Tuesday, 29 September 2009

Dian Sepucuk – kesamaran cahaya

IMG_0042Semalam aku menerima jemputan saudara di Lumut, makan soto. Sewaktu perjalanan kesana, keadaan seperti biasa. Namun setelah sampai diLumut, keadaan sangat gelap hanya lampu kereta menjadi penyuluh. Rupa-rupanya tiada bekalan eletrik. Kami sekeluarga dijamu dalam keadaan samar-samar, hanya diterangi cahaya lilin. Setelah selesai kami memohon pulang setelah mengetahui keseluruhan tempat di negara tiada ‘karan’. ini bererti di tempatku juga mengalami keadaan yang sama.

Aku kurang jelas jam berapa bekalan letrik ada semula, mungkin sekitar jam 2 pagi. Suasana hangat ditambah lagi waktu siang cuaca terik matahari terasa dikulit. Tadi pagi ku rasa badan seperti hendak demam.

Bagaimana keadaan kita diera baru ini jika tanpa bekalan eletrik? susah bukan, ini kerana keperluan eletrik sangat penting dalam kehidupan kita. keseluruhan teknologi diasaskan dengan tenaga letrik. Namun bagaimana jika ketiadaan air? halnya akan lebih rumit . Air adalah asas utama kehidupan kita [sumber kehidupan].

Ku rasa semua yang terlibat dengan semua ini merasakan kesulitan dan menjadi masalah. Dan Tahniah kepada Jabatan Eletrik kerana telah membaikpulih keadaan.

IMG_0031IMG_0039

No comments:

Post a Comment