Thursday, 21 July 2011
Wednesday, 20 July 2011
Pencak Silat ( martial arts )
Dirgahayu Kebawah Duli Tuan Patik.
Seperti lazimnya apabila menjelang Hari Keputeraan Baginda Sultan Brunei, Negara ini akan menjadi terang terutama di pusat bandar, Bandar Seri Begawan. Banyak program-program telah diungkayahkan sepeti acara pentas perayaan di kesemua daerah, Pertandingan dan perlawanan sempena perayaan Ulang tahun ini. Aku sendiri terlibat dalam acara pertandingan silat selaku wasit Juri. Amanah yang dipikul bukan ringan. Keadilan, kepantasan mata serta kredibiliti seorang wasit pertandingan amat dititikberatkan. silap kita menguasai atau mengatur pertandingan itu, maka pesilat akan dalam bahaya atau dalam keadaan yang kucar kacir. Ini maksudnya Wasit tengah yang mencorak bagaimana keadaan emosi pada pesilat yang bertanding. memastikan semua peraturan diikuti dan membimbing pertandingan itu.
Pencak silat ini ku rasa tidak perlu lagi diterangkan apa, sebab telah ku nyatakan pada entri yang sebelumnya. Namun apa yang hendak ditekankan di sini adalah kebudayaan yang harus dikekalkan. Permainan silat Brunei iaitu Silat cakak dan kuntau.
Sudah lama aku tidak berpencak, bila faktor umur, kesibukkan dan komitmen lain, maka turun gelanggang sudah semakin kurang. Silat sekarang ini selain untuk pengetahuan diri, ia juga diistilahkan sebagai senaman badan untuk kekal sihat dan bertenaga.
Monday, 11 July 2011
Hari Lahir Mu - Zawir
8 Julai
Hari lahir anak lelaki ku..
Kami sekeluarga mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan yang terbaik buat Mu…
Restoran d’Season
Menikmati menu yang ada.. Aiskrim sudah setentunya dinikmati sebagai penutup makan..
Menyambut hanya seluarga kecil kami..
Semoga menjadi anak yang soleh, pintar, hormat ibubapa, sehat selalu dan berjaya dunia Akhirat.. Amin
“Close your eyes, make a wish..”
We all Loves you, Mohd Zawir..
Saturday, 2 July 2011
Binatang reptilia
baru-baru ini ku ada datang ke expo jualan, dan yam menarik minat aku adalah pameran “exotic Pets”. Menurut krew yang betugas disana, mengatakan bahawa binatang-binatang tersebut telah dipelihara n tidak akan menderakan manusia. ini kerana reptilia tersebut telah jinak dan hidup dalam komuniti manusia. jesteru itu, reptilia tersebut sudah jinak dan terbiasa dengan belaian dan kasih sayang manusia.
Dibawah ini yang sempat ku rakamkan potretnya…