Untuk sekian kalinya..aku datang lagi ke Vietnam. Pertama kali bersama abangku bagi mengambil gambar suasana di Vietnam. Kali kedua bersama keluarga dan teman. Sekadar untuk riadah dan melawat tempat-tempat yang menarik dan membeli belah. Dan kali ini, aku mengikuti teman untuk belajar dan mengetahui bagaimana mereka melaksanakan perniagaan mereka. Ku belajar dan banyak yang di perolehi. Dimana dan bagaimana untuk memborong. Bagaimana menguruskan barang yang banyak, menguruskannya sewaktu di lapangan terbang, memasukkan barangan tersebut dinegara sendiri. Mengetahui barangan yang ada nilai komersial apabila diniagakan di tempat sendiri. Keberadaanku disana tidak lama cuma 3 hari 2 malam sahaja. Sebelum ini, jika membeli di Benh Than Market, ku hanya melihat dan ada tawar menawar sahaja, ini kerana membeli bukan dengan borong. harga memang akan berbeza jika membeli secara borong. Seperkara lagi. Kita hanya perlu memilih apa yang kita hendak, dan kedai tersebut akan menghantarnya ke hotel kita secara percuma, tanpa susah payah kita membawa kemana-mana. Itu antara kebaikkanyya di Vietnam. Dan ku pasti di negara lain juga namun ada bayaran mungkin. Ketika asyik melihat tersebut , aku terlupa untuk mengambil fotonya.
Makanan pula, jika dulu ku hanya 1 mengetahui restoran halal sahaja. Iaitu restoran 4 season yang dimiliki oleh orang yang beragaman Islam dari Champa. Terdapat banyak lagi restoran-restoran halal yang lainnya. Namun terpulang pada harga yang ditawarkan oleh sesebuah restoran itu. sebagai contoh seperti restoran Bombay, yang dikendalikan oleh India Muslim. Harga berpatutan dan masakan kari juga ada. Goreng dan sebagainya. Tidak kekok kita memilih menunya. Malah sewaktu kami menikmati jamuan di sana, warga Eropah jua makan di situ. Masakan sedap dan pedas. Sepanjang berada di Vietnam, Jika hendak makan, maka di situlah destinasi kami sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Untuk menuju resoran ini mudah sahaja, Cari masjid dan ia terletak berhadapanan dengannya.
. Ini adalah restoran halal yang ada berdekatan di sekitar masjid tersebut.
Manakala tempat tinggal (hotel juga ada berdekatan dengan Benh Than tersebut. Harga yang ditawarkan juga mudah dan keadaan bilik juga selesa. dianggarkan dibawah USD$100.00
Suasana hotel diwaktu malam di kala sendirian… dari tingkap bilik kecilku..dekat sangat dengan kedai.
Sempat merasa sotong bakar. enak dan rangup….
Hari terakhir terpaksa awal bangun untuk pergi kelapangan terbang dan pulang ke tanah air.
Baranganku tidak banyak, namun beg barangku rosak dan koyak. Tidak tahan kualitinya atau juga mungkin kerana sarat dan berat..
Cutiku masih berbaki…perjalananku seterusnya adalah Indonesia…selaku Backpackers…………Jumpa lagi
No comments:
Post a Comment