Wednesday, 29 June 2011

Panggilan Illahi – Kembali Kerahmatullah

Petang tadi ku menerima khabar melalui SMS..

Terkejut dan tidak menyangka, bekas guruku, seorang mentor, penasihat dan menjadi sahabat telah kembali kerahmatullah. Semoga Roh beliau dicucuri rahmat. Hampir kesemua keluarganya ku kenali dan menjadi teman.

Ku ingat gaya pengajarannya dahulu..tegas namun mudah untuk difahami. Guru bidang sains – Chemistry. Dan sebelum menghembus nafasnya yang terakhir, beliau menjawat jawatan selaku Pengarah Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan. Pernah menjadi Pengetua di sekolah menengah dan Teknikal. Prestasi yang baik dan dipercayai oleh pihak atasan Kementerian. Mempunyai karisma yang menarik. Mudah diajak berbincang serta tidak kekok untuk memberikan nasihat dan pandangan.

Pastinya ramai yang terkesan dengan pemergiannya. Dan sudah pasti pemergian Beliau satu kehilangan bagi Kementerian.

Para pembaca yang budiman..ku pohonkan sedekahkan Al-Fatihah dan panjatkan doa kepada Ibrahim bin Hj Abd Rahman, semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin Yaa Rabbil Alamin.


P/s: Apakah aku nanti menjalani khusnul khotimah dan ada yang datang menziarahiku serta mendoakanku? 

Tuesday, 28 June 2011

Vietnam lagi…. June 2011

Untuk sekian kalinya..aku datang lagi ke Vietnam. Pertama kali bersama abangku bagi mengambil gambar suasana di Vietnam. Kali kedua bersama keluarga dan teman. Sekadar untuk riadah dan melawat tempat-tempat yang menarik dan membeli belah. Dan kali ini, aku mengikuti teman untuk belajar dan mengetahui bagaimana mereka melaksanakan perniagaan mereka. Ku belajar dan banyak yang di perolehi. Dimana dan bagaimana untuk memborong. Bagaimana menguruskan barang yang banyak, menguruskannya sewaktu di lapangan terbang, memasukkan barangan tersebut dinegara sendiri. Mengetahui barangan yang ada nilai komersial apabila diniagakan di tempat sendiri. Keberadaanku disana tidak lama cuma 3 hari 2 malam sahaja.  Sebelum ini, jika membeli di Benh Than Market, ku hanya melihat dan ada tawar menawar sahaja, ini kerana membeli bukan dengan borong. harga memang akan berbeza jika membeli secara borong. Seperkara lagi. Kita hanya perlu memilih apa yang kita hendak, dan kedai tersebut akan menghantarnya ke hotel kita secara percuma, tanpa susah payah kita membawa kemana-mana. Itu antara kebaikkanyya di Vietnam. Dan ku pasti di negara lain juga namun ada bayaran mungkin. Ketika asyik melihat tersebut , aku terlupa untuk mengambil fotonya.

Makanan pula, jika dulu ku hanya 1 mengetahui restoran halal sahaja. Iaitu restoran 4 season yang dimiliki oleh orang yang beragaman Islam dari Champa. Terdapat banyak lagi restoran-restoran halal yang lainnya. Namun terpulang pada harga yang ditawarkan oleh sesebuah restoran itu. sebagai contoh seperti restoran Bombay, yang dikendalikan oleh India Muslim. Harga berpatutan dan masakan kari juga ada. Goreng dan sebagainya. Tidak kekok kita memilih menunya. Malah sewaktu kami menikmati jamuan di sana, warga Eropah jua makan di situ. Masakan sedap dan pedas. Sepanjang berada di Vietnam, Jika hendak makan, maka di situlah destinasi kami sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Untuk menuju resoran ini mudah sahaja, Cari masjid dan ia terletak berhadapanan dengannya.

.IMG_1194 Ini adalah restoran halal yang ada berdekatan di sekitar masjid tersebut.

IMG_1195 IMG_1196 IMG_1197

Manakala tempat tinggal (hotel juga ada berdekatan dengan Benh Than tersebut. Harga yang ditawarkan juga mudah dan keadaan bilik juga selesa. dianggarkan dibawah USD$100.00

IMG_1205

IMG_1198 IMG_1199 IMG_1200

Suasana hotel diwaktu malam di kala sendirian… dari tingkap bilik kecilku..dekat sangat dengan kedai.

 IMG_1202 IMG_1204 

Sempat merasa sotong bakar. enak dan rangup….

Hari terakhir terpaksa awal bangun untuk pergi kelapangan terbang dan pulang ke tanah air.

IMG_1209 IMG_1210

Baranganku tidak banyak, namun beg barangku rosak dan koyak. Tidak tahan kualitinya atau juga mungkin kerana sarat dan berat..

Cutiku masih berbaki…perjalananku seterusnya adalah Indonesia…selaku Backpackers…………Jumpa lagi

Sunday, 19 June 2011

Perjalanan dikala cuti

IMG_1129

Waktu bercuti..biasanya diisikan dengan aktiviti dan perancangan masing-masing. Keluar negeri, atau memyelesaikan urusan peribadi ataupun hanya berehat dirumah sahaja. Bagiku pula bila ada terluang untuk bercuti akan kuisikan dengan pelbagai perkara. mana yang harus diuruskan akan cuba diselesaikan. Kata orang, bila bercuti maka buatlah cara bercuti. cutiku kali ini, ku isikan dengan pelbagai perancangan. Kewangan hanya cukup-cukup sahaja. Bersama isteri kami keluar negeri dengan urusan dan seterusnya menikmati cuti yang ada.

Perjalanan bermula; Miri destinasi awal untuk flight >Johor Bahru bagi urusan > Singapura hanya untuk makin angin dan melihat keadaan negara tersebut menaikki teksi dan seterusnya dengan menaikki bas menuju Kuala Lumpur yang hanya memakan masa tidak lebih dari 5 jam perjalanan > Brunei Darussalam.

Ke Negara Singapura adalah kali pertama bagiku, memang negara yang membangun dan dibawah arus kemodenan..Hanya sempat membeli peralatan Kamera sahaja. Nilai duit yang sama membuatkan kuasa membeliku terbantut.

 

IMG_1214IMG_1212 

Berurusan di UTM ( Universiti Teknologi Malaysia, Johor )

Disini ku hanya singgah sebentar sahaja. Sebelum ini ku ada memohon untuk melanjutkan pengajianku disini. Aku diterima namun ada rezeki bagiku. Mengambil surat tawaran baru untuk akan datang.

IMG_1242 IMG_1141 IMG_1134

 

Perjalanan ke Singapore

Melalui teksi ke Singapura dari Johor memang tidak jauh. Harga teksi S$30 seorang.

IMG_1142

Di Singapura

Hanya untuk beberapa hari sahaja. Terus terang ini adalah kali pertama ku menjejakkan kaki di negara tersebut. Memang kota metropolitan dan membangun. Infrastruktur dan keadaan negara yang bersih. Dikhaskan bagi para perokok.. Dan setentunya dimaklumi sebagai country of fine. Undang-undang ketat. Hanya membeli beberapa barangan sahaja. Nilai wang sama dengan nilai wang negara sendiri embuatkan berfikir untuk membeli belah. 

IMG_1247IMG_1252

  IMG_1262 IMG_1278

 IMG_1153IMG_1147

Kuala Lumpur

Dari Singapura menuju Kuala Lumpur melalui bas memakan masa 5 jam. Memang tidak boleh tidur lena bila berada dalam bas. Harga sekali perjalanan ada S$25.00 seorang. Namun harga tersebut tertakluk kepada agensi-agensi yang ada disana ( Golden Mall ). sampai di Bukit Bintang pada jam 5 pagi. Jadi untuk menunggu waktu..hanya minum dan jalan-jalan sahaja.

 IMG_1315IMG_1306 

IMG_1307 IMG_1174

 IMG_1178 IMG_1179IMG_1164

 

Kembali Pulang

Setelah beberapa hari, akhirnya tiba masa untuk pulang ke tanah air sendiri. Semestinya banyak pengalaman dan pengetahuan diperolehi. Insyallah jika ada rezeki, akan membawa keluarga melawat Universal Studio Singapore.Melawat sesuatu yang ada di Johor.

IMG_1320

Perjalananku seterusnya ke Vietnam..Akan ku kongsikan nanti

Sunday, 12 June 2011

Dalam entry status Facebook

Beginilah antara komen-komen para teman untuk mengisikan ruangan komen di statusku…status ini dibuat ketika aku berada Kuala Lumpur baru-baru ini.. 10/6/11 – sampai ke Bukit Bintang daripada singapore menggunakan bas pada jam 4.40 pagi.

Dah sampai daah kat bukit bintang...kena tukar slang lagi la nie...wei apa hal lu brader...wa ok
  • Pedang Alam Ghaibku :
    • tumpang tanya.. Kat mane tempat berkemih..?”
    • Berkemih - kencing

  • Mohd Yardi Haji Ya'akub
    • Bang, Air sikoi satu!!! Hahaahhahah... Panaslah kat bukit bintang ni.. Ayuh kita berlimbu..!!! Tinggi sangatlah bukit bintang  ni...hijab saya!!!!
    • Sikoi – tembikai
    • berlimbu – berlindung dari panas
    • Hijap - Takut

  • Masliza Talib
    • kirim salam kat artis2 yg awak kilale ye...
    • Kilale - Kenal

  • Zamy Phoenix

    • “Adui apee nie banyaknyer kuyuk-kuyuk berleri”
    • Kuyuk-kuyuk – anjing-anjing
    • berleri ( berlari - tiada perubahan, cuma cara sebutan mengikut gaya orang KL )
  • Jaafar Fizah
    • “Di mana toilet bang? saya nak terkamih lah?
    • Terkemih - terkencing

  • Jaafar Fizah
    • “Kadang2 saya ayong la dengan keadaan kota ini”
    • Ayong - pening

  • Max Koey
    • ‎"Cik...kat sini tak bari ijap ke tukar usin, nanti ada org membuyuk. Susah saya nanti nak menguyung org tu kalau dia lari. Saya pernah menguyung orang jahat tapi tak dapat sebab dia meniang pagar sebelah. Tapi tak apa lah, saya masih ada duit pacah untuk hari ani. By the way pakcik, kalau saya beliun di sana boleh tak atau saya mesti gostan ikut jalan sini?"
    • Bari ijap – memberi takut
    • Usin – duit
    • Membuyuk – menipu
    • Menguyung – mengejar
    • Meniang – memanjat
    • Duit pacah – Duit syiling
    • Beliun – berpusing
    • Gostan - berundur

  • Zamy Phoenix

    • Pelayan restoran: bang nak minum apa?

    • Zamy: Ok I nak aing tihi campur susu.
      Pelayan restoran: apa bang?????   ( ku tersenyum ja, mengibur hati d awal pagi...)

    • Aing tihi – air teh

  • Mohd Yardi Haji Ya'akub
    • “Jauhlah saya jalan kaki..dari sini hinggan nuhun tu!!! “
    • Hinggan nuhun – hingga situ

  • ALeeakbar Hg
    • ‎"Encik, tumpang tanya, dari Bkt Bintang ke KLCC jauh hantap kah? Boleh jalan batis ke sana?"
    • hantap – sangat
    • batis - kaki

    Mohd Yardi Haji Ya'akub

    • Merah sangat lah dik... Merah menala begini tak mahu lah... Nak yang cawir-cawir usul dia...”
    • Merah menala – merah yang sangat kuat
    • cawir-cawir - sederhana

  • Mohd Taib
    • bang zamy, hati2 berjalan yer... jgn sampai terkulipit bila naik tangga rumat urut nanti...”
    • Terkulipit - tersandung

  • Masliza Talib
    • hahaha, korang nie.. Asyik nak beceli saja dari tadi. Tepakai saye mbacenye.
    • beceli ( bercali ) - bergurau ( bercali - tiada perubahan, cuma cara sebutan mengikut gaya orang KL )

  • Zamy Phoenix

    • Dik saya nak warna yang tu..
      Warna pa bang?
      Tu kat sana yang warna pacah talur tu...
    • warna pacah talur – seperti warna oren

     

    Sekadar hiburan, kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Kisah ini hanyalah khayalan belaka, umpama hendak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Namun berlaku kesilapan ketika menggunakan gaya bahasa tempat kita berada sebab terbawa-bawa dengan kebiasaan penggunaan bahasa sendiri. Di atas adalah beberapa istilah bahasa Brunei yang lazim digunakan. selamat membaca lagi sekali..

  • Sunday, 5 June 2011

    Pelangi Pagi

     

    pelangi

    Pelangi Keindahanmu sangat menawan hati. Kecantikkan mu dikagumi. Kewujudan mu menjadi inspirasi. Engkau tidak menyinar namun berseri. Namun keindahanmu dan kecantikkan mu hanyalah sementara. Dikau datang dengan kerelaan namun diarah pergi tanpa sungut bila kehadiran tidak diperlukan. Inilah resam dunia. Dengan 7 warna manifesstasi corak kehidupan, resam, perangai manusia. Warna adalah perlambangan warna hidup. Hitam putih penghidupan.

    Ddisini ingin ku kongsikan beberapa sikap manusia yang sering ku lihat dan ku jumpai. ‘Mistaken Identity’ dalam jiwa. Soalnya jangan kita terus menyalahkan segelitir ini, perhatikan dan cuba fahami mengapa berlakunya mistaken identity ini. Setiap perkara berlaku dengan alasan dan sebab musababnya. Bila kita memahami dan menyelami perasaan mereka, maka mudahlah kita untuk membentuk atau membantu kekosongan jiwa tersebut. Perkara ini pernah ku lakukan apabila berhadapan dengan para penuntut. Gagah, samseng, malas dan pelawan namun ku suntik dengan kata-kata islamik, kekeluargaan dan masa depan. Alhamdulillah ada perubahan dan telah memasuki alam Universiti. Syukur. Bukan bermakna aku telah berjaya merubahnya, namun semua itu adalah bantuan persekitaran juga.

    Nah pelangi yang datang dan pergi ini juga mempunyai makna dalam hidup kita. “Easy come n easy go” apa maknanya..anda sendiri tahu. Pro dan kontra mengenainya dan terpulang kita mentafsirkannya. Dari segi kewangan, persahabatan, orang berhutang atau percintaan dan bermacam-macam lagi. Namun yang penting adalah keikhlasan. Cantiknya tidak semestinya indah, hodohnya tidak semestinya buruk.

    Allahyarham Sudirman
    Pelangi Petang
    Kumeniti awan yang kelabu
    Kutempuhi lorong yang berliku
    Mencari sinar yang menerangi
    Kegelapanku
    Kupercaya pasti suatu masa
    Sang suria kan menyinar jua
    Membawa harapan yang menggunung
    Bersamanya...
    ( korus )
    Engkau tiba bagaikan pelangi
    Tak bercahya namun kau berseri
    Tapi cukup menghiburkan
    Hati ini
    Seharian waktu bersamamu
    Tak terasa saat yang berlalu
    Bagai pelangi petang kau kan pasti
    Pergi jua...

    Berusaha untuk yang terbaik…

    Thursday, 2 June 2011

    Perniagaan

    Bidang perniagaan memang aku menyukainya sedari dulu. Dan pernah menceburi bidang ini secara kecil-kecilan. Dulu aku pernah berjaja di kawasan tapak pembinaan rumah, dekat tempat tinggalku. Aku dilatih oleh emakku untuk berniaga. Cuma menjual minuman kepada pekerja-pekerja. Bayangkan dalam usia yang masih kecil aku sudah diasuh dan dilatih untuk mencari rezeki. Minuman sejuk yang disimpan pada plastik kecil dan harga hanyalah 20 sen seingatku. Laku dan sentiasa habis. Itulah rutin yang ku buat sehinggalah emak menyuruhku berhenti. Itulah kali pertama aku menceburi bidang penjualan. Memang waktu itu aku belum mengerti mengenai strategi jualan, komunikasi dan menarik perhatian pelanggan. Tetapi asuhan tersebut sedikit sebanyak mengajar aku. MLM atau Multi level Marketing juga aku pernah menceburi seperti Omegatrend, Be Young, CNI, Elken, Yes 2 You, Susen, dan banyak lagi. Semuanya kecundang namun yang aku sempat bertahan lama dan memperolehi sedikit keuntunggan adalah dalam Elken. Aku mendapat pangkat dalam masa yang singkat dan mempunyai kaki ( downline ) yang banyak.

    Sewaktu cuba mengejar rezeki ini, aku membuat promosi siang dan malam, waktu bekerja sesama rakan setugas, sambil menerangkan produk, kaedah pemasaran dan kelebihan jika mengikuti perniagaan ini. Selepas waktu kerja, akan disambung semula untuk menyusul yang ada membuat temujanji. Memang berbaloi dan menyeronokkan walau letih. Seluruh Keluarga ku jemput masuk menjadi downline, orang yang baru dikenali juga ku perkenalkan. rakan –rakan lama juga dihubungi, teman sekampung dikunjungi. Strategi pemasaran difahami dan diteliti, produk yang dijual juga mesti diketahui. Membuat seminar di hotel-hotel dan ke rumah-rumah memang suatu pengalaman yang menarik. tetapi semua itu terhenti bila komitmen keluarga dan kerja semakin menuntut. Lama kelamaan akhirnya tewas juga. Namun bersyukur dengan rezeki yang ku perolehi.

    Setelah itu, aku hanya cuba-cuba mempromosikan barangan teman-teman, membantu menjadi orang tengah tanpa ku meminta imbuhan. Sekadar untuk mencuba skill komunikasi dan pasaran. Sekarang ini siber semakin canggih, banyak pautan-pautan yang boleh mempromosikan secara lebih meluas lagi seperti Web, blog, tweeter ataupun Facebook dan sebagainya. Cara mencari pelanggan semakin mudah asalkan barangan yang dijual tersebut diminati dan barangan baru. yang diminati tidak mengira masa seperti kain, beg tangan dan sebagainya. NAmun apa yang penting adalah strategi. Ku cuba memahami dan mengaplikasikan konsep atau prinsip 4P iaitu perancanaan, Perancangan, Pelaksanaan dan akhirnya Pemantauan. semua ini amat berguna bagi mencapai hala tuju. Berniaga dalam masa pendek, sederhana atau jangka masa panjang. semua terpulang pada kita. Perniagaan pun hendaklah mempunyai modal, samaada bermula dari kecil-kecilan atau terus kepada projek yang besar. Asal ada modal semua boleh jadi. “Sepintar mana pun seseorang itu jika tiada modal akan susah juga” itulah kata-kata ayah mertuaku. Beliau memang salah seorang ahli perniagaan.

    Bidang Forex juga sempat ku pelajari. perkara ini adalah tanpa dirancang. waktu itu ku duduk santai bersama teman, kemudian datang seseorang bertanya mancis. Cerita pun bermula dan akhirnya masuk ke tajuk Forex. Temu janji dibuat dan kami diajar secara percuma selok belok bermain Forex. Ku pelajari dengan tekun bagaimana untuk membeli dan menjual. Memang mendatangkan hasil. Sayangnya modal yang digunakan hanyalah berupa virtual money, iaitu khusus untuk belajar sahaja sebelum bermain dengan wang betul. Tetapi ketika hendak bermain sebetulnya, duit yang hendak digunakan pun terpaksa digunakan bagi keperluan lain. Hinggalah terhenti seketika hingga sekarang. Ku harap ‘Master’ tempat ku belajar itu dapat ku hubungi semula.

    Nah sekarang minat aku timbul semula lebih-lebih lagi aku ada berjumpa dengan beberapa orang teman dan orang yang memang dalam perniagaan, Nasihat dan pandangan diberikan, kaedah diterangkan, etika juga ada disentuh. perkara yang mula-mula ku usahakan adalah mencari dana, dan mencari tempat yang boleh ku perolehi dengan harga yang baik. Lawatan ku ke Vietnam yang lalu juga ku cuba mencari kaki disana untuk urusan perniagaan secara kecil-kecilan seperti kain, tudong dan sebagainya. Ada saranan juga pergi ke Bangkok sebab disana barangannya banyak yang baru dalam pasaran dan belum menembusi di Brunei. Semoga usaha ini akan mendatang hasil. Ku perlukan sokongan keluarga terutama Isteri. Agar diri difahami. Kebahagiaan keluarga dan memenuhi impian keluarga adalah tajuk utama.

    Memang tidak dinafikan aku juga menghadapi beberapa masalah dan karenah dari perniagaan itu. Duit modal habis lesap, dan ditagih oleh pelanggan. Namun harus dihadapi dan diterangkan mengenai kerugian itu.

    Vietnam, Thailang, China merupakan tempat yang biasa dikunjungi orang Brunei untuk membeli belah dan untuk mencari barangan perniagaan. Namun kali ini, jika melancong akan diusahakan membawa semula rezeki. Aku juga mahu mengubah nasib diri. Mengikuti jejak langkah abangku dalam perniagaan. mempunyai kecekalan dan ketabahan hati. Cuma sejauh mana perniagaan secara kecil ini akan diambil perhatian. Semoga apa yang telah dan sedang dilaksanakan akan membawa hasil.

    Sekarang mengapa aku terbuka mata semula untuk mencuba bidang perniagaan secara sampingan? Tidak lain hanyalah untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan keluarga disamping untuk menambah pendapatan. Ku rasa awda mengerti perkara itu. Sebetulnya juga aku sebelum ini cuba mengejar cita-cita untuk menyambung semula pengajianku, namun rezekiku belum tiba mengenainya. Kekecewaan sangat terkesan dihati. Hinggalah aku merajuk untuk bekerja dengan lebih komitmen yang tinggi. Namun fikiranku berubah sedikit demi sedikit agar jangan putus asa, serta mungkin juga rezekiku untuk belajar kembali tiada tetapi ada rezeki lain yang sedang menunggu atau hikmahnya yang anak-anakku akan menyambung pengajian tinggi. Amin