Friday, 20 May 2011

Kes Jantung

Pada minggu lepas, ku terdengar khabar yang teman baikku telah dihantar dan dimasukkan ke wad JPMC ( Jerudong Park Medical Centre ). Temanku ini memang suka membuat lawak, memberikan nasihat ( umur pun matang ), teman berbual, teman sengkatan selaku Wasit silat. Keseluruhannya adalah teman yang baik dan sentiasa mengambil berat akan sahabat.

Aku terkejut apabila dikhabarkan beliau sedang mengharungi saat-saat getir ketika menghadapi sakit jantung. Aku bersama keluarga pun melawat beliau. Pada waktu sehatnya, apabila baru berjumpa mesti hati-hati kerana geraknya selalu memberi buah pukulan. kali ini beliau tiada daya berbuat sedemikian. terharu dan sedih melihat keadaan beliau yang tidak dapat banyak bergerak selepas membuat rawatan jantungnya.

JPMC Gleaneagles JPMC,adalah tempat pusat bagi rawatan jantung, Alhamulillah beliau sudah semakin sehat dan ku doakan agar kesehatan beliau akan sentiasa terjaga. Terima kasih juga atas inisiatif pemimpin Negara kita, KDYMM yang telah mewujudkan pusat rawatan ini.

Teringat suatu waktu dahulu ketika membawa nyawa yang sedang nazak akibat diserang sakit jantung. dari kampong dengan derasnya sambil dipasang lampu isyarat kecemasan menuju hospital Tutong. Setelah diberi rawatan, doktor mengatakan bahawa yang ku bawa itu sudah tamat riwayatnya. Mujur suaminya ( saudara aku ) masih berdegil agar diberi rawatan lagi. Emakku pun menyarankan agar aku membacakan surah Yaasin. Dengan rasa rendah diri dan ikhlas serta berharap akan lindungan Illahi bacaan ku mulakan. Kisah ini adalah nyata dan ku alami sendiri. dalam pertengahan ku mambaca tersebut, kaki saudaraku itu pun bergerak-gerak. Doktor dipanggil semula dan diberi rawatan lanjut. setelah agak stabil sedikit beliau pun dibawa juga ke JPMC untuk rawatan sepenuhnya. ‘Bypass’ itu yang seingatku rawatan yang diberi. Manakala teman aku itu diberi rawatan ‘blowing’ iaitu bagai membesarkan saluran urat jantungnya agar tidak tersumbat lagi. Syukur pada Illahi

Rahmat Allah ada dimana-mana, dan selagi belum ajal selagi itu kita akan masih bernyawa walaupun keperitan dan kesakitan yang melanda.

Pengalaman dikongsi padaku oleh teman, beliau dinasihatkan untuk sentiasa minum air jus epal hijau bagi kesehatan jantung. nantilah ku cari faktanya insyallah.

No comments:

Post a Comment