Monday, 30 May 2011

Acara Pembukaan Resmi – Waterfront Brunei

1

Semalam 28.05.2011 adalah perasmian bagi Waterfront di Bandar Seri Begawan. Tempat yang menjanjikan keadaan dan suasana yang tenang. Gerai makan dan juga tempat beristirehat. Perasmian dengan beberapa persembahan seperti tarian, permainan bunga api serta acara cucur di air. Para pengunjung berduyun-duyun manyaksikan sendiri secara lebih dekat. Acara perarakan cucul di air ( perahu yang dihiasi dengan lampu-lampu neon yang berwarna warni ) mampu menarik perhatian orang ramai. Sebelumnya adalah persembahan bunga api yang juga menjadi daya tarikkan untuk dinikmati. Ku ucapkan tahniah atas berjayanya acara ini dilansungkan.

Aku sendiri datang bagi memberi peluang keluargaku menyaksikan sendiri acara cucul di air tersebut, biar anak-anak menyaksikan sendiri acara perayaan tersebut. Menjadi kenangan mereka dan menjadi pengalaman mereka. Sebetulnya aku amat tidak mengemari keadaan yang sesak dan penuh orang. Bukan anti sosial, namun bila dikenang keadaan jalan raya, mencari tempat letak kereta, keadaan yang panas, memang membuatkan aku kurang selesa. Aku sendiri cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Ku bawa alatan mengambar agar ku dapat merakamkan beberepa senario yang berlaku serta mungkin akan dapat merakamkan beberapa gambar yang menarik, namun gagal akibat tempat yang tidak mengizinkan. hanya beberapa gambar sahaja yang sempat ku rakamkan. Gegaran tangan akibat berlaga dengan badan orang membuatkan aku kurang bersemangat.

Khuatir akan keselamatan keluarga dengan kesesakkan itu. Bila ada ruang yang sedikit selesa, ku arahkan keluarga ku menuju tempat itu. dan aku sendiri cuba mencari tempat yang sesuai untuk mengambar. Walau apapun, ku harap dengan adanya tempat serupa ini, akan menjadikan Negara Brunei menjadi salah satu destinasi lawatan pelancong. Tempat ini akan sentiasa dalam keadaan yang bersih dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Apa yang ku muatkan dalam blog ini hanyalah ringkas sahaja.

2

IMG_4425

Nanti aku akan membawa keluargaku makan malam disini…….

No comments:

Post a Comment