Tuesday, 31 May 2011

Seminar MIB

MIB – Melayu Islam Beraja

IMG_4241

Falsafah Negara Brunei Darussalam yang mempunyai 3 unsur penting bagi menjamin keutuhan, sustainabiliti, keamanan agama, politik, budaya bahkan ekonomi. MIB ini juga merupakan penghayatan kearah gaya hidup bernegara. Dengan berlandaskan falsafah ini, semua aspek kehidupan boleh menjadi rujukan. Melayu boleh dirujuk kepada budaya yang berasaskan kepada KeIslaman, dan kekuatan Islam ini dijamin oleh sistem beraja.

Entri kali ini, ku tidak akan menyentuh mengenai apa yang dimaksudkan MIB secara keseluruhannya. Sudah seringkali perkara ini dibincangkan bahkan telah dihayati oleh segenap rakyat. Telah diaplikasikan dalam silibus persekolahan bahkan hingga ke peringkat Universiti di Universiti Brunei Darussalam. Dalam profesionalisma juga telah diterapkan iaitu dalam tajuk etika kerja.

pada bulan lepas, ku telah menghadiri satu seminar yang kurasa sangat berbaloi. Ini kerana, para menyampai kertas kerja terdiri dari ketua-ketua kementerian atau Jabatan. Para setiausaha tetap telah membentangkan kertaskerja yang rata-ratanya membincangkan mengenai halatuju MIB dalam Kementerian, cabaran dan tindakan kearah mengaplikasikan dan menghayati konsep MIB ini. Antara lain adalah Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan beberapa lagi.

Sebanyak 19 resolusi telah dirumuskan dan telah diserahkan kepada Jawatankuasa Tertinggi Majlis Melayu Islam Beraja Brunei.

Kita Selaku rakyat berasa amat bersyukur kerana berada didalam negara yang aman makmur dan berada di negara yang Baldatun Toyibattun Warabbun Ghafur…negara yang aman sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah..

Monday, 30 May 2011

Acara Pembukaan Resmi – Waterfront Brunei

1

Semalam 28.05.2011 adalah perasmian bagi Waterfront di Bandar Seri Begawan. Tempat yang menjanjikan keadaan dan suasana yang tenang. Gerai makan dan juga tempat beristirehat. Perasmian dengan beberapa persembahan seperti tarian, permainan bunga api serta acara cucur di air. Para pengunjung berduyun-duyun manyaksikan sendiri secara lebih dekat. Acara perarakan cucul di air ( perahu yang dihiasi dengan lampu-lampu neon yang berwarna warni ) mampu menarik perhatian orang ramai. Sebelumnya adalah persembahan bunga api yang juga menjadi daya tarikkan untuk dinikmati. Ku ucapkan tahniah atas berjayanya acara ini dilansungkan.

Aku sendiri datang bagi memberi peluang keluargaku menyaksikan sendiri acara cucul di air tersebut, biar anak-anak menyaksikan sendiri acara perayaan tersebut. Menjadi kenangan mereka dan menjadi pengalaman mereka. Sebetulnya aku amat tidak mengemari keadaan yang sesak dan penuh orang. Bukan anti sosial, namun bila dikenang keadaan jalan raya, mencari tempat letak kereta, keadaan yang panas, memang membuatkan aku kurang selesa. Aku sendiri cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Ku bawa alatan mengambar agar ku dapat merakamkan beberepa senario yang berlaku serta mungkin akan dapat merakamkan beberapa gambar yang menarik, namun gagal akibat tempat yang tidak mengizinkan. hanya beberapa gambar sahaja yang sempat ku rakamkan. Gegaran tangan akibat berlaga dengan badan orang membuatkan aku kurang bersemangat.

Khuatir akan keselamatan keluarga dengan kesesakkan itu. Bila ada ruang yang sedikit selesa, ku arahkan keluarga ku menuju tempat itu. dan aku sendiri cuba mencari tempat yang sesuai untuk mengambar. Walau apapun, ku harap dengan adanya tempat serupa ini, akan menjadikan Negara Brunei menjadi salah satu destinasi lawatan pelancong. Tempat ini akan sentiasa dalam keadaan yang bersih dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Apa yang ku muatkan dalam blog ini hanyalah ringkas sahaja.

2

IMG_4425

Nanti aku akan membawa keluargaku makan malam disini…….

Friday, 20 May 2011

Kes Jantung

Pada minggu lepas, ku terdengar khabar yang teman baikku telah dihantar dan dimasukkan ke wad JPMC ( Jerudong Park Medical Centre ). Temanku ini memang suka membuat lawak, memberikan nasihat ( umur pun matang ), teman berbual, teman sengkatan selaku Wasit silat. Keseluruhannya adalah teman yang baik dan sentiasa mengambil berat akan sahabat.

Aku terkejut apabila dikhabarkan beliau sedang mengharungi saat-saat getir ketika menghadapi sakit jantung. Aku bersama keluarga pun melawat beliau. Pada waktu sehatnya, apabila baru berjumpa mesti hati-hati kerana geraknya selalu memberi buah pukulan. kali ini beliau tiada daya berbuat sedemikian. terharu dan sedih melihat keadaan beliau yang tidak dapat banyak bergerak selepas membuat rawatan jantungnya.

JPMC Gleaneagles JPMC,adalah tempat pusat bagi rawatan jantung, Alhamulillah beliau sudah semakin sehat dan ku doakan agar kesehatan beliau akan sentiasa terjaga. Terima kasih juga atas inisiatif pemimpin Negara kita, KDYMM yang telah mewujudkan pusat rawatan ini.

Teringat suatu waktu dahulu ketika membawa nyawa yang sedang nazak akibat diserang sakit jantung. dari kampong dengan derasnya sambil dipasang lampu isyarat kecemasan menuju hospital Tutong. Setelah diberi rawatan, doktor mengatakan bahawa yang ku bawa itu sudah tamat riwayatnya. Mujur suaminya ( saudara aku ) masih berdegil agar diberi rawatan lagi. Emakku pun menyarankan agar aku membacakan surah Yaasin. Dengan rasa rendah diri dan ikhlas serta berharap akan lindungan Illahi bacaan ku mulakan. Kisah ini adalah nyata dan ku alami sendiri. dalam pertengahan ku mambaca tersebut, kaki saudaraku itu pun bergerak-gerak. Doktor dipanggil semula dan diberi rawatan lanjut. setelah agak stabil sedikit beliau pun dibawa juga ke JPMC untuk rawatan sepenuhnya. ‘Bypass’ itu yang seingatku rawatan yang diberi. Manakala teman aku itu diberi rawatan ‘blowing’ iaitu bagai membesarkan saluran urat jantungnya agar tidak tersumbat lagi. Syukur pada Illahi

Rahmat Allah ada dimana-mana, dan selagi belum ajal selagi itu kita akan masih bernyawa walaupun keperitan dan kesakitan yang melanda.

Pengalaman dikongsi padaku oleh teman, beliau dinasihatkan untuk sentiasa minum air jus epal hijau bagi kesehatan jantung. nantilah ku cari faktanya insyallah.

Teh Tarik dan Santai

Bermula dari zaman sekolah hinggalah sekarang, hubungan persahabatn masih terjalin. Hubungan terputus sewaktu masih dbangku sekolah apabila berpindah tempat belajar ke daerah lain. Dan akhirnya berjumpa dan terjalin semula hubungan persahabatan. Cerita disini adalah mengenai hubungan ikhlas antara sahabat, teman dan kawan.

Minggu Lepas, setelah ada perunding singkat, kami berdua bersetuju untuk duduk minum dan santai-santai. Teh tarik jadi minuman membasahai tekak untuk lebih enak dan selesa untuk berbual. Banyak cerita kuluar, bermula dari pertanya khabar, kerjaya, kehidupan dan seterusnya mengenai ekonomi. Banyak perkara dibindangkan sambil mengenang kisah-kisah lama. Aku masih ingat sewaktu kecil dahulu, berkongsi untuk membeli kodak dan bergambar bersama. Antara pose adalah bergambar dengan basikal BMX. Maklumlah waktu itu hanya harapkan orang tua sahaja untuk memberi belanja. duit dihimpun untuk tujuan membeli kodak. Entah di mana ku simpan gambar-gambar lama itu. Berpindah randah menyebabkan lupa menyimpannya.

Teh tarik kurang manis dihirup perlahan-lahan, dari satu topik ke satu topik dibicarakan. Masih terasa keakraban sebagai sahabat. Ku bersyukur kerana berteman dengan teman yang ikhlas dan tidak sombong walau menjawat jawatan yang besar dalam tentera. Namun apa yang menarik hati dalam perbualan kami adalah bagaimana untuk menjana ekonomi sendiri. Dewasa ini, terasa duit semakin mudah keluar tanpa masuk ke akaun. Harapkan gaji sahaja memang tidak mencukupi. Belanjawan kadang-kadang melebihi dari gaji. Nah sekarang pengalamannya akan diambil iktibar. Perkongsian liku-liku kehidupan masing-masing dikongsi. Nasihat saling diberi dan diterima dengan hati terbuka.

teh tarik Teh tarik kurang masih sudah habis dan masa pun sudah semakin larut. Insyallah perjumpaan akan diusahakan lagi.

Sekarang ini aku bersemangat untuk manjana ekonomi yang lebih baik. Ada kaedah dan cara yang ku bincang dan dengar daripada yang membuat perniagaan. Nasihat, petunjuk, akan diusahakan. menunggu ‘capital’ saja lagi untuk memulakannya. Mentor dan jurupandu sudah ada tinggal lagi untuk berdayung sebelum belayar dengan enjin.

Lepak dahulu dan sekarang sudah jauh bezanya. Sekarang bukan sebarang lepak kosong tetapi lepak yang berhemah dan bermanfaat.