Friday, 22 April 2011

Keluarga berkumpul

Selamat ulang tahun buat Aisah. Semoga sehat selalu dan Murah Rezeki dan diucapkan terima kasih juga juga buat Salmah atas menjemput keluarga bagi makan malam dan didoakan semoga murah rezeki. bertempat di Tamu Selera, Bandar Seri Begawan. Sebagaimana ku difahamkan, bahawa jemputan makan malam sahaja. Tetapi ada agenda lain disebaliknya. kira 2 dalam 1. Walau apapun ku ucapkan ribuan terima kasih atas pelawaannya dan dijamu selera. Keluarga sebelah Isteri, itu belum semua yang dapat menghadirkan diri. Jika semua hadir, memang penuh meja yang ditempah.

Kawasan yang sentiasa penuh, ramai pelanggan dan boleh memilih pelbagai jenis menu. Harga dianggarkan sederhana, dan malam itu untuk makan seramai lebih 20 orang hanyalah $150.00 sahaja. bolehlah untuk berbelanja secara ekonomi.

Namun kusarankan, tempat makan ini perlu diambil perhatian tentang kawasannya. Sempit dan kecil. Faktor keselesaan dan kebersihan perlu diambilkira.

2 3

1 4

Selamat Ulang Tahun dan Terima Kasih. Ada sesiapa lagi hendak menjemput makan, Jika ada, akan ku kosongkan perut dari pagi, lolz…

Monday, 11 April 2011

Kreatif dan Menarik

Seketika ketika hendak masuk bilik tersebut, ku sangka ia adalah stor tempat menyimpan barang. Tetapi rupanya satu krativit telah dihasilkan. Ku teruja dan suka melihatnya….Memang menarik. Alangkah baiknya perkara ini dilaratkan legi pada perkara-perkara lain..Apapun ku ucapkan tahniah dan memang menarik. Dinegara lain sudah setentunya perkara ini sudah lama dibuat….dengan warna yang kontras dan suasana yang bersih dan selesa..Memang menjadi keutamaan agar keselesaan pelnggan dijaga. Biar ia tempat yang senang dan selesa. Ubah imej buruk yang selama ini menghantui minda kita. Nah bukan hanya menunjung jari siapa yang bertanggungjawab untuk merealisasikan perkara tersebut. Restroom yang selesa dan harum. Sila lihat dibawah ini..bagaimana pandangan Awda?

IMG_1010 Kereta dalam dalam bangunan? biar betul.

Bagaimana kereta ini boleh ada dalam bangunan?

Jangan hairan, jawapan ada dibawah ini. Minda kita perlu kreatif ke arah mencapai sasaran yang menjadi projeksi

IMG_1010

 IMG_1013

Tuesday, 5 April 2011

Badminton - Beraksi

Setelah sekian lama tidak bermain sukan ini, akhirnya malam ini aku cuba memulakan untuk bersukan. Kali ini badminton menjadi pilihan. Kasut sudah tersedia, raket dan kelengkapannya sudah ada sedari dulu. Sudah lima tahun ku rasa aku tidak bermain badminton. Dan tadi, ku hanya bermain sekadar untuk kesihatan sahaja, mengeluarkan peluh sambil membuat pergerakkan badan dan tangan. Cuma berbeza dari dulu, pergerakkan ku terbatas, ku khuatir akan cedera lagi. Lutuku memang sudah mengalami cedera untuk beberapa kalinya. Memang sakit dan susah untuk bergerak.

Apa yang ingin ku kongsikan adalah aktiviti sukan dan motivasinya. Ku beli kasut sukan ini, sekadar untuk mengambil mood sukan. Kasut untuk berjogging juga sudah ku sediakan, entah bila agaknya mood berogging ini akan bermula. badan sudah semakin lemah bila tidak bersukan. Kerja hanya duduk menghadap kertas kerja dan komputer. Kurang pergerakkan. Ini juga boleh menyumbangkan kepada penyakit-penyakit lain sebagai contoh ‘penyakit malas bergerak’ ini disebabkan sudah selesa duduk dan terbiassa dengan rutin kurang bergerak. tidak kurang juga sindrom kesan selalu menghadap komputer. Memang sekarang ini, banyak kerja yang menggunakan komputer. Itu ku akui dan ku akui juga semakin kita menghadap kerja yang yang kurang pergerakkan maka semakin itu juga kita akan semakin malas. Sambil minum munuman panas dan kuih atau makanan ringan. memang sedap. Aktiviti sukan ku ini, ku harap akan berkekalan dan perpanjangan demi menjaga kesihatan. Akan ku laratkan juga kepada seluruh ahli keluargaku. Amalkan gaya hidup yang sihat.

Semoga dengan adanya sukan ini, badanku akan bertambah sehat dan berstamina serta boleh mengurangkan penyakit-penyakit yang ada. Mengurangkan kolestrol, darah tinggi dan kencing manis adalah yang hendak dicapai. setakat ini aku tidak mengalami penyakit tersebut tetapi akan cuba dihindari dari menyerang.

Bermain 2 set bagi ku cukup dahulu buat permulaan. jangan terlalu mengikut rasa seronok bermain, ku harus berhati-hati demi menjaga keadaan lututku. bila bermain placing atau net memang aku kalah. tak mampu untuk mengejarnya.

Sekarang sudah masa untuk tidur, dan ku rasa tidurku akan nyenyak……..ZZzzzzzzzzzzz

Badminton GADGET

Raket : Wilson,    Kasut: Dunlop     Stokin: Donny      Shuttlecock: Ashway     Kneeguard: Star

Sunday, 3 April 2011

Riadah Kewangan – Perlawanan Bowling

Tahun Kewangan : Biasanya merujuk pada tarikh 1 April hingga 31 Mac.

Pada tahun ini, Riadah kewangan dianjurkan oleh Bahagian Kewangan tempat ku bertugas. Acara dirancang dan merupakan trial @ percubaan kepada aktiviti yang lain. Acara seumpama ini dihasratkan untuk mengeratkan antara kakitangan dan juga tujuannya yang khusus adalah bagi menghargai segala usaha dan kerja yang dilaksanakan sepanjang tahun Kewangan 2010/2011.

Pertandingan Bowling bagi acara riadahnya dan majlis kesyukuran adalah hari penghargaan. Kumpulanku hanya mendapat tempat kedua daripada 5 kumpulan. Perlawanan berjalan dengan lancar dan kebanyakkan pemain menunjukkan semangat keintiman dan perlawanan yang posotif. Diselangi dengan gelak ketawa bila melihat gelagat yang mampu menumbangkan pin Bowling penuh, ada juga insiden yang mengelikan hati bila dengan yakin cuba untuk mengelongsorkan bola tiba-tiba bolanya terlepas dan tergelongsor ke belakang. Tidak kurang juga dengan gelagat yang lucu bila bola hanya mengelongsor ke tepi ( longkang ). Namun semua merasa gembira. Sekurang-kurangnya melepaskkan rasa tekanan kerja sewaktu bekerja.

Tahniah dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Terima kasih juga kepada penyumbang-penyumbang, hadiah, tenaga dan buah fikira demi untuk merealisasikan acara Riadah Kewangan ini.

IMG_3873-a

IMG_3881

IMG_3879

page1 page2-Group