Beberapa ekor bangau kelihatan hinggap di atas pokok kelapa sebelum pulang ke ganggang. Berkumpul bersama. Kurakamkan dengan kamera DSLR ku ketika hendak maghrib. Memang indah pemandangan bila mereka terbang pusing keliling secara berkumpulan. Bila ada yang hinggap, maka keseluruhannya pun hinggap di pokok. ( Gambar bawah tiada superimpose atau editing untuk menambah burung )Oh Bangau oh Bangau
Kenapa engkau kurus, Macam mana aku tak kurus, Ikan tidak timbul 2x
Oh ikan oh ikan
Kenapa engkau tidak timbul, Macam mana aku nak timbul, Rumput panjang sangat 2x
Oh rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat, Macam mana aku tak panjang, Kerbau tak makan aku2x
Oh kerbau oh kerbau
Kenapa engkau tak makan rumput, Macam mana aku nak makan, Perut aku sakit2x
Ok perut oh perut
Kenapa engkau sakit, Macam mana aku tak sakit, Makan nasi mentah2x
Oh nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah, Macam mana aku tak mentah, Kayu api basah2x
Ok kayu oh kayu
Kenapa engkau basah, Macam mana aku tak basah, Hujan timpa aku2x
Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu, Macam mana aku tak timpa kayu, Katak panggil aku2x
Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan, Macam mana aku tak panggil, Ular nak makan aku2x
Ular oh ular
Kenapa engkau kau nak makan katak, Macam mana aku tak makan katak, Memang makanan aku2x
Di atas adalah lagu kanak-kanak yang menceritakan rangkaian masalah dan puncanya. Mulai dari burung bangau yang kurus hinggalah kepada ular yang memakan katak. Lagu ini seolah-olah cuba mengelak punca masalah. Bangau yang kurus tidak makan sebab ikan tidak timbul. Disalahkan ikan, ikan pula memberikan alasan rumput panjang. Kerbau disalahkan sebab tidak makan rumput hingga rumput tumbuh panjang. Kerbau pula berdalih dengan alasan perut sakit, sebab itu tidak mampu untuk makan. Sebab nasi mentah perut sakit. Kayu basah pula menjadi sandaran untuk beralasan. Ular akhirnya menjadi punca masalah sebab hendak makan katak, walhal itu adalah makanannya. Demi untuk mengelak diri menjadi mangsa, katak memanggil hujan. Hujan pula disalahkan ? jadi semua itu salah siapa? apa penyelesaiannya? bolehkan mencari penyelesaian daripada saling menyalahkan.
Itu adalah senario bila berlaku masalah. Masing-masing cuba untuk membuktikan diri tidak bermasalah. Fenomena ini paling ketara di tempat kerja. Bila rakan sekerja tidak mempunyai wibawa selaku pekerja yang beramanah. Ataupun bila mempunyai ketua yang selalu marah, bengis atau terlalu menekan. Maka inilah akibatnya, semua berdalih. Seperkara lagi bila kakitangan ini merupakan seorang kaki bodek, ampu dan mengutamakan pujian ketua. Hanya bekerja bila dihadapan ketua. Bila ketua marah atau ketua kurang memerhatikan, mulalah membuat karenah atau bermasam muka dengan teman sekerja.
Gelagat ini memang lucu dan menyakitkan hati. Sebermula perkara ini, bila ku sendiri merasainya. Baru menjadi pegawai sudah berlagak dan menunjukkan diri menguasai pengetahuan. Namun bila diberi tugasan, mulalah kucar-kacir dan tidak sempurna. Tidak mahu bertanya, alasan takut dianggap kurang berpengetahuan. Tidak salah untuk bertanya jika kurang memahami, dan tidak salah untuk bekerjasama untuk kemajuan. Terpulanglah pada diri sendiri untuk menimba ilmu. Berbagai cara untuk belajar.
Berbalik pada lagu tadi, jika sudah tugasan tidak menentu, maka mulalah dikatakan kurang kerjasama, kurang bahan dan menyalahkan orang lain. Bolehkan fenomena ini berubah? Insyallah…..
Kenawai ( dalam bahasa melayu Brunei ) atau burung bangau ini, jarang sekali kita melihat mereka bergaduh..dan yang sering kita lihat adalah berkumpulan..bahkan apabila hendak pulang ke sarang mereka, mereka akan terbang bersama secara berkumpulan. Perkara ini boleh kita aplikasikan dalam harian kita. Kurangkan rasa untuk gaduh, saling bekerjasama dan saling membantu.
Moral of the story : tidak usah menjadi seorang kaki bodek kepada ketua. Tidak usah menjadi ekor kepada ketua. Bekerja dengan ikhlas tanpa rasa untuk menjatuhkan orang lain. Ingatlah bahawa kita sendiri makhluk yang tiada kuasa… tidak berkuasa…
No comments:
Post a Comment