Sunday, 13 February 2011

Insfrastruktur untuk keselesaan

Sudah lama tidak pergi ke pantai. Hari ini selepas minum pagi, ku mengajak famili untuk ronda-ronda Pantai Seri Kenangan , Tutong. Isteri menyarankan untuk singah sekejap dan membawa anak-anak menghirup udara segar di pantai. Secara lateralnya, memang belum banyak perubahan yang ada. Suasana masih seperti dahulu. Pemandangan memang masih cantik. masih ada gerai-gerai yang berjual. Pondok untuk berkelah.

Namun satu perkara yang menarik adalah, Kerajaan KDYMM telah menyediakan permainan untuk kanak-kanak dan dewasa. Permainan yang bukan sekadar untuk bermain bahkan juga disediakan peralatan bersenam. Peralatan yang digunakan untuk latihan senam di Gym dimanifestasikan dipantai dalm keadaan yang sedikit berbeza namun mempunyai kaedah, cara dan matlamat yang sama. Ku rasa bersyukur dengan kemudahan yang disediakan. Harap-harap sikap yang maharajalela suatu ketika dahulu tidak berulang lagi iaitu sikap pemugut atau suka merosakkan harta benda. Kemudahan ini adalah untuk awam menggunakannya, maka sama-samalah untuk menjaga. Bukan sedikit belanja yang dikeluarkan. Dan harap-harap juga harta benda ini akan sentiasa dijaga. Pantai bukan setakat dikunjumgi oleh tempatan bahkan juga pelancong asing. Di sini kita memainkan peranan dan menunjukkan budaya kita adalah budaya yang bertamadun. Mungkin melerat entri ini…dan mungkin juga terbawa-bawa dengan emosi tugas. Walau apa pun kita harus bersyukur kerana memiliki negara yang aman damai untuk hidup dengan keadaan yang selesa dan ekonomi yang beranjak maju.

p1                      p2

p3                     p4

                                          p5

Sekali sekala membawa keluarga ke pantai tidak rugi, bahkan kian mengeratkan institusi kekeluargaan…..Cuma kadang-kadang komitmen semasa yang membuatkan kita terhalang untuk mengadakannya…Terpulanglah pada kita sendiri untuk mengurus masa…Selamat berlibur di hujung minggu

No comments:

Post a Comment