Di Cu Chi Tunnel ku sempat merasai senjata AK 30….memang kuat dan bertenaga. Berdasarkan bentuknya memang berat dan kesan menembak juga terasa. Gegaran dan bunyi letupannya. Seronok….
HANDICAPPED HANDICRAFTS
Setelah melawat di Cu Chi Tunnel..Kami berkesempatan melawat kilang kraftangan. Yang menjadi tarikanku adalah kesenian dan kemahiran mereka membuat lukisan. Bukan menggunakan seperti biasa ( lukis dan warna ) tetapi daripada kulit telur dan juga kulit tiram. Memang cantik. Tambahan pula yang membuatnya juga terdiri dari mereka yang kurang upaya, orang istimewa. Mereka juga peramah dan ceria sewaktu kami membuat lawatan tersebut. Melambai tangan, senyum dan mahu bercerita. Cuma bahasa tidak mengizinkan. Hasil yang telah siap akan dijual samaada dipamerkan di dewan galeri mereka ataupun di ekspot ke luar. Bahkan juga akan dibawa jika ada pertemuan perniagaan seperti ekspo dan sebagainya. Cukup cantik, berkualiti dan kreatif….silalah datang kesini jika berminat dan membeli hasil mereka sambil menderma.
Disini ku sempat membeli sebentuk cincin berpermata batu jade Vietnam. Abangku pula membeli beberapa hasil lukisan kraftangan mereka. Berb
KEDAI MAKAN MELAYU ( MELAYU CAMPA )
Tidak sangka yang kami juga akan menikmati juadah kami di restoran yang Halal. Restoran ini disyorkan oleh abangku, kerana beliau pernah ke sini sewaktu lawatan kerja beliau pada 2008. Menu lebih kurang dengan kita cuma beza pada nama dan cara juadah disediakan dan dihidangkan. Memang unik dan lain dari kita. Makanan tradisi disaring dengan moden. Memang sedap ( adakah kerana perut sudah lapar atau memang sedap ? ) Tetapi memang sedap..sos, kuah, kari sayurnya memang sedap. Kami sempat berbual dengan pemilik restoran ini. Dan sekarang Pemiliknya telah membuka lagi sebuah cawangan lain. Bagiku biarlah semakin banyak restoran-restoran melayu dan halal dinegara ini. Biar mudah untuk pelawat Muslim untuk mencari makan. Suasana dalam restoran juga selesa, santai dan menarik.
Anak Pemilik restoran dan pelayannya yang juga tahu berbahasa Melayu. Cuma pelat mereka sahaja sedikit berlainan dengan kita. Masih ada pelat Vietnam. Dan kami juga berinteraksi dengan bahasa yang mudah. Anak pemilik restoran juga cerdik dan mahu bercakap. Bersalam dan mengucapkan terima kasih. Terkenang pada anak yang tinggal di tanah air. Adat kita orang melayu adalah bersalam dan yang muda selalunya akan tunduk hormat dan mencium tangan yang lebih tua. Adat ini membuatkan pemandu pelancong kami terkejut dan tertarik. Budaya Melayu memang cantik dan penuh dengan kasih sayang dan hormat menghormati. Harga makanan kami VND$724,900.00 = USD38.15. Memang murah dengan pelbagai menu yang kami tempah. Alhamdulillah kenyang.
Akan ku sambung lagi nanti….Vietnam memang tempat yang menarik untuk dilawati. Soal makan jangan terlalu dihiraukan.
No comments:
Post a Comment