Bermacam-macam perkara yang dilalui dan ia menjadi pengalama bagiku sewaktu berada di HCM City, Vietnam. Bermula daripada Tan Soo Nhat Airport hinggalah lawatan-lawatan ke beberapa Destinasi. Dihari Pertama hingga lah hari terakhir. Banyak perkara cerita yang diketahui melalui Abangku sendiri dan jua pemandu pelancong kami. Memang betul kata pepatah ‘jangan menilai pada luaran, dan jangan membuat andaian jika tidak mengetahui keadaan sebenar”. Terus terang aku memang tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan Vietnam waktu itu, tetapi setelah melihat sendiri, barulah minda mengatakan yang sebenarnya. Dan inilah yang dinamakan pengalaman itu adalah guru yang paling berkesan. Negara yang mundur tetapi sebetulnya adalah negara yang meningkat maju, dan pembangunan yang dibina adalah pantas. Perkara ini ku berani mengatakan disebabkan kelutanan dan kemahiran yang ada pada rakyat negara ini.
Sesi lawatan dan perjalanan kami sepanjang 4 hari 3 malam tersebut ku linkkan pada link dibawah ini
Hari Pertama / Hari Kedua / Hari Ketiga dan Hari Terakhir
Ku tidak banyak mencatat disebabkan teruja dan sering memerhatikan cara hidup dan suasana di negara itu. Dan ku kira adalah cukup padat dan berinformasi yang dinyatakan pada link tersebut. ( Journal Max – Waitseminit ). Terima kasih atas maklumat dan journal perjalanan ini.
Bermula pada lapangan terbang mereka, Para pemandu dan keadaan kereta hinggalah bangunan dan sejarah negara ini. lapangan terbang yang nampaknya kecil tetapi sebetulnya luas dan maju. kereta yang digunakan juga menggunakan sistem ala barat iaitu pemandu disebelah kiri dan berbeza dengan keadaan kita iaitu paemandu disebelah kanan. Ada cerita mengenainya dan jika ku terkenang, aku akan tersenyum sendiri. Selepas selesai semua perkara, kami di nanti oleh pemandu pelancong di luar ‘airport’. Setelah berkenalan dan berbincang mengenai tour kami, kami pun ingin bertolak mengikut aturan yang telah kami persetujui. Aku pun ingin duduk disebelah hadapan dan bagiku ini akan memudahkan bagiku untuk mengambil gambar sepanjang perjalanan. Apabila aku hendak membuka pintu penumpang. Pemandu melarang aku, dan aku tetap mahu duduk dihadapan. Ku kira pemandu mahu aku duduk dibelakang. Aku tetap mengatakan yang ku hendak duduk hadapan juga. Pemandu nampak panik dan aku juga hairan mengapa aku dilarang. Pemandu berkata sesuatu dengan pemandu pelancong kami ( Miss Lan) dalam bahasa mereka. Sewaktu mereka berbincang aku meninjau dalam kereta dan terus ketawa. Dan belum sempat Miss Lan menerangkan padaku, aku pun menerangkan keadaan sebenar. Rupanya tempat yang ingin ku masuki adalah tempat pemandu. Semua tertawa. Dan kata Miss lan pula, pemandu mengadu bahawa aku tidak boleh memandu di Vietnam melkainkan ada lesen memandu negara itu. Itulah perselisihan faham kecil. Salah perhitungan. Kesilapanku juga…Hahaha memang lucu. Pemandu kereta kami juga tertawa bila diterangkan situasi tersebut.
Perjalanan kami seterusnya menuju Cu Chi Tunnel ( Tapak berlakunya peperangan mereka ) Disini aku amat teruja dan cuba mebayangkan situasi yang berlau pada waktu itu. Terowong yang amat sempit dan kompleks. Mempunyai sistem yang unik dalam pembinaannya. Semua adalah daripada hasil bumi dan natural. Dibina dengan tulang empat kerat tentera itu sendiri tanpa menggunakan mesin. Cukup dengan bakul, cangkul dan sebagainya. Kepintaran untuk mengelirukan pihak musuh dan mengalihkan perkiraan tentera musuh. Pengajaran yang diperolehi disini amat banyak. Antaranya kecintaan pada tanah air hingga sanggup mengadaikan nyawa. Kepatuhan kepada arahan ketua dalam melaksanakan tugas. Kepatuhan ini yang membuatkan mereka semakin matang dan berani menghadapi apa jua kemungkinan. Dalam lubang terowong ini juga kemudahan diperolehi, seperti markas tentera, bilik tidur dan rehat, pusat pemerintahan, tempat rawatan, mengitar semula senjata, bilik masak dan sebaginya. Cuma membuang air besar dan kecil sahaja di luar. Bayangkan kehidupan mereka sepanjangnya dalam terowong itu. Cukup masa keluar untuk bertempur dan jika selamat, akan pulang semula ke asal. Itulah yang asam garam Tentera Viet Cong waktu itu. Dipermukaan tanah adalah markas tentera musuh. Bila malam mereka akan beroperasi dengan pakaian serba hitam. Makanan mereka perolehi melalui bantuan rakyat Vietnam sendiri. Sebetulnya aku sendiri kurang arif mengenai sejarah peperangan itu secara tepat. Senergi yang berlaku waktu itu antara tenta dan penduduk setempat sangat erat dan saling bantu membantu. Para wanita juga menggangkat senjata untuk bertempur. Mengikut cerita, tentera Viet Cong telah memenangi peperangan mereka. Negara ini mengalami jajahan dan peperangan dalam masa yang amat lama. Peperangan bersama tenteran Perancis, Jepun dan Britain dan juga Amerika. Mungkin negara ini sangat strategik bagi tentera-tentara asing tersebut.
Senjata alami meraka juga daripada alam sekitar mereka, seperti kayu dan buloh. Jerangkap samar yang sangat teliti dan memakan mangsa yang buka sedikit. Dibuat samaada bagi membunuh atau untuk melenggahkan kemaraan tentera musuh. Bentuk jerangkap samar itu juga sangat mengerunkan. Bayangkan jika kaki ditembusi benda tajam, badan seperti disiat-siat. Inilah dinamakan usaha. Namun dengan menggunakan senjata kurang moden, kemenangan diperolehi. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Apakah melalui senjata yang digunakan, kawasan strategik dalam mengatur sahsiah peperangan, lorong rahsia ataupun tentera asing tidak mempunyai pengetahuan bertempur ala gerilla? anda sendiri boleh mencari jawapannya. Secara terus terang aku kagum dengan terowong Cu Chi ini.
Yang lucunya, aku tidak boleh memuatkan badanku untuk memasuki lubang rahsia yang ada dipermukaan tanah. Lobang yang ku masuki juga menyukarkan bagiku untuk bergerak. Terpaksa berundur merangkak untuk keluar. pemandu pelancong kami gelisah dan sering menaggil namaku untuk memastikan kami dalam keadaan yang selamat. Tidak tahan dengan suhu, dan keadaan dalam lubang itu. Aku pun menyerah dan keluar. Kesukaran untuk bernafas disamping keletihan merangkak. Namun aku merasa beruntung kerana berpeluang sendiri merasai terowong tersebut.
Terowong Cu Chi yang dibina dalam tanah, gambar di atas merupakan gambaran sebahagian sistem yang digunakan. Mempunyai ruang udara, terowong untuk keluar ( Emergency exit ), telaga dan sebagainya.
Gambar dibawah ini , adakah awda boleh mencari dimana lubang rahsianya?
No comments:
Post a Comment