Monday, 29 November 2010

Penawar Alami

Entri yang lalu, aku ada menceritakan pengalamanku bila diserang sakit batu karang. Sakitnya memang menyakiti. Beberapa petua ku usahakan, merebus daun Krakatau, minum air perahan epal hijau, air kelapa dan lobak putih. Cuma Lobak putih ini sahaja aku tidak mencubanya. Air rebusan daun Krakatau memang terasa pahit, namun ku minum juga. Baru-baru ini, ku diterangkan ada daun yang boleh menghancurkan batu karang yang ada dalam perut.

Ianya tumbuhan liar dan biasanya ada di kawasan pantai. Maka aku dan teman yang memberitahu aku mengenai daun ini pun memulakan projek mencari daun tersebut. Jika rezeki akan terjumpa, dan jika tidak maka rezeki belum terbuka. Pencarian kami berjaya. Pada mulanya memang sukar untuk mencarinya. Namun dengan kesabaran, akhirnya tercapai. Ku harap penawar dan ubat alami ini akan membawa hasil yang baik. Sekarang pun sakitku sudah tidak menyerang lagi. Namun ku harus berjaga-jaga juga agar ia tidak akan ada lagi. Alhamdulillah sejauh ini ku rasa aman.

pacaramok1    pacaramok2    pacaramok3

Inilah daun yang dimaksudkan. Dipanggil sebagai Daun Pacaramok.

Sekadar untuk kongsian bersama.

Tuesday, 23 November 2010

Serangan waktu tidur

Sedang lena tidur, aku terasa sesuatu yang kurang enak pada tubuhku. Pada awalnya ku biarkan saja, namun lama kelamaan ku rasa semakin menyakitkan pada belakang pinggang hingga ke perut. Kawasan paha juga terasa seperti senggal. Semakin ku tahan semakin itu juga ia menyakitkan. Akhirnya aku bangun dan mengerang kesakitan. Senghaja aku tidak mahu mengejutkan isteri yang sedang tidur. Sangkaanku hanya sakit biasa sahaja. mungkin ‘muscle’ menegang pada perutku. Aku bangun dan bawa duduk, masih juga terasa sakit. Ku bawa berdiri namun terasa badanku lemah dan kaki terasa berat untuk melangkah. Dengan suara ku itu, isteri terbangun dan bertanya kenapa. Aku hanya menjawab sakit pada pinggangku dan perut. beliau menyarankanku untuk ke hospital. Ku rasa tidak perlu kerana sangkaan ku hanya sakit biasa. Ku cuba bertahan. Terasa sukar untuk bernafas. sakit yang ku alami dan menahan kesakitan itu membuatkan nafas terasa pendek.

Sedang menahan kesakitan dengan rasa gundah gulana…akhirnya kesakitan ku rasa beransur reda sedikit. sebelumnya semua posisi badan tidak selesa. berdiri salah, melimpang, bertiarap duduk pun terasa sakit. Dengan Tawakal ku berselawat dan membaca zikir agar reda. Bila beransur sakit hilang, ku bawa tidur semula. Kejadian berlaku dalam jam lebih kurang pukul 1 pagi. Sedang tidurku terasa selesa, kira-kira jam 2 pagi, sakit itu menyerang lagi bahkan lebih sakit sebelumnya. Terasa menyayat dan terasa perut semakin mengencang. Kaki seperti hendak kebas. Pinggang ku rasa seperti hendak beralih kehadapan. Akhirnya aku menyerah dan isteriku pun membawa aku ke hospital bahagian kecemasan. Mujur tidak jauh. Anak-anakku pun ikut sama sebab tiada yang menemani mereka di rumah. Terasa kesihan bila mereka terpaksa bangun dari tidur lena mereka. Isteriku tanpa lengah memandu dengan hati-hati. Nampak riak mukanya yang tenang. Terima kasih keluargaku.

Bila dihospital, aku diperiksa dan diberi suntikan menahan sakit. Bila reda, aku pun pulang dan diarahkan untuk datang semula jam 9 pagi bagi pemeriksaan lanjutan. Hasil ultra sound, ku disahkan mengalami batu karang. Masyallah. Tidak hairan sakitnya sangat menikam. Sebelumnya ku dengar dari keluarga atau rakan-rakan yang pernah mengalaminya. Sekarang aku sendiri diberi peluang untuk mengalaminya sendiri.

Bila mengetahui punca sakit itu, aku pun menghubungi kedua ibubapaku dan bertanya mengenai daun krakatau yang mempunyai keistemewaan untuk menghancurkan dan mampu mengeluarkan batu karang tersebut.

Kita hanya berusaha dan Allah juga yang akan menyampaikannya. Doa, Usaha dan Tawakal adalah senjata kita. Ketika entri ini dibuat,anak perempuanku menyediakan air rebusan daun krakatau yang diberi oleh ibu ku. Semoga akan membawa manfaat. 

Daun Krakatau

Sunday, 14 November 2010

Perjalanan ke HCMC ( Saigon ) –Pt6 : Pencari rezeki

Berada selama 4 hari 3 malam itu ku rasa belum cukup untuk meninjau dan melihat secara dekat suasana dan peri kehidupan mereka. Kita bersyukur bahawa negara kita dianugerahkan rezeki yang melimpah ruah dari hasil bumi, Minyak dan Gas. Dewasa ini jarang kita melihat orang berjual dibandar-bandar dengan membawa bebanan dagangan mereka. Jualan mereka kebanyakkannya menjual makanan samaada buah-buahan atau untuk makan tengahari atau malam. Namun ada juga mereka menjual barangan selain makanan. IMG_0672

     IMG_0244    IMG_0443     IMG_0469 

      IMG_0695      IMG_0709

     IMG_0697      IMG_9869

     IMG_9775      IMG_9964

     IMG_0696      IMG_9870

     IMG_9872      IMG_9878

     IMG_9894      IMG_9896 

 

                   IMG_9867                   IMG_9866

Ada juga penjual jalanan yang sering ku lihat bila melawat dibeberapa destinasi, seperti buku, poskad, bunga, tisu dan berbagai lagi. Mereka akan mengekori kita sehinggalah kita akan membeli barangan mereka. Perlu diingat bila kita tidak mehu membelinya biarkan sahaja dan tidak perlu dilayan. Namun jika kita menawar harga kemudian tidak meneruskan belian, mereka akan marah. Maka tawarlah serendah-rendahnya jika tidak mahu membeli hingga mereka sendiri akan lari dari kita. Seperkara lagi, sewaktu kami di pasar malam, seorang budak dalam linkungan 5 atau 7 tahun datang menghampiri kami dan menawarkan tisunya, sambil berkata “ Buy me sir, baby at home hungry”..kami sebetulnya kasihan melihat senario ini. Budak lelaki ini menawarkan dan berkata sambil matanya liar melihat tempat lain dan tidak melihat kami. Kami tersenyum dan beranggapan, budak tersebut telah diajar dengan perkataan tersebut. Kisah berlaku juga bila seorang budak dalam lingkungan belasan tahun menawarkan jualannya kepada kami. Kami sebetulnya tidak berminat untuk membeli. Tetapi apabila diekori dan terlalu memaksa untuk kami membeli, maka abangku mempunyai idea yang bernas…tindakannya membuatkan budak belasan tahun itu tidak mahu mengekori kami lagi..Abangku juga menawarkan barangannya untuk dijual pada budak itu…berjaya. perjalanan kami pun selesa selepas itu.

Don’t miss out here..barangan di nite market ini adalah murah-murah dan boleh ditawar-tawar…silalah berkunjung jika ada kesempatan.

Saturday, 13 November 2010

Boy : Wondering ( The Remnants Museum Vietnam )

Baby Wonder

Salah satu gambar yang dapat ku rakamkan sewaktu lawatan ke destinasi ini. Para pengunjung yang datang dari pelbagai tempat. Melihat sendiri kesan-kesan daripada peperangan, sejarah dan hakikat bila ‘peluru tidak bermata’ yang diolahkan oleh manusia untuk manusia berlaku.

Ku Harap dunia akan aman dan tempat selamat untuk menjalani kehidupan sebelum menempuh dunia hakiki…….

Sunday, 7 November 2010

Perjalanan ke HCMC ( Saigon ) Part 5 – Bangunan

Berbagai bentuk dan rupa bangunan yan dibina disini, samaada bangunan lama ataupun baru. Bangunan yang dibina pada Era Perancis juga masih ada dikekalkan. Bahkan Tour agensi yang mengurus lawatan kami juga berpejabatkan bangunan lama binaan Perancis. Strukturnya juga berbeza dan ada kelainan. Bercirikan eropah zaman dahulu.

Tempat-tempat menjadi destinasi kami adalah, Pejabat Pos, Pejabat VidoTour Tourist agencies, War Remnant Museum, Unification palace.

PEJABAT POS

IMG_9790

Kami hanya singgah untuk membeli simcard bagi memudahkan perhubungan ini dengan keluarga di tanah air serta hubungan komunikasi kami bersama pemandu pelancong kami ( Miss Lan )

 IMG_9788  IMG_9783 IMG_0845

WAR REMNANTS MUSEUM

IMG_0497

IMG_0500IMG_0619IMG_0514IMG_0503

IMG_0525

 

 

Penjara yang dinamakan sebagai ‘Tiger Cage’ disebabkan cara tahanan akan dipersusahkan dan makanan akan diberi daripada atas dan dilontar ke bawah. Penjara yang memuatkan beberapa orang. Bayangkan dengan seksaan yang sedemikian rupa. boleh mengakibatkan ganguan emosi yang sangat hebat, disamping siksaan dan deraan.

 

 

.IMG_0544

 

Manakala gambar sebelah pula adalah tempat pemancungan dizaman perancis, ‘Guillotine’ setinggi 4.50M dan berat pisaunya adalah 50 kg. tempat pemancungan ini juga diperkenalkan disini dan digunapakai

 

 

 

 

IMG_0552 IMG_0587

IMG_0602 IMG_0607  

Kamera yang digunakan sewaktu perang Vietnam tersebut. Bawah: sebahagian gambar yang terdapat di musium itu. Menceritakan kisah duka mangsa dan tentera yang bertempur.

IMG_0556IMG_0575  

 

CATHEDERAL CHURH

IMG_0679

 

Tidak banyak dapat ku ceritakan mengenai bangunan ini, tiada berkesempatan untuk memasukinya. Tetapi bangunan yang cantik dari segi binaannya. Merupakan di antara bangunan lama

 

 

 

TEMPAT IBADAT MUSLIM ( MASJID )

IMG_4602

 

 

Terletak ditengah HCMC. Kami sempat singah disini dan bertemu dengan Imam masjid tersebut.

 

 

PEJABAT VIDO TOUR INDOCHINA TRAVEL

IMG_9698IMG_9704

 

Berpaksikan daripada binaan Perancis. Memang cantik. Hanya singgah sebentar bagi membuat pembayaran Tour kami.

 

 

TEMPLE CINA

IMG_9902 IMG_9901

Dikatan diantara bangunan lama yang adadi HCMC ini. Sempat masuk dan mengambar beberapa shot.

RUMAH-RUMAH DAN BANGUNAN PERNIAGAAN

Rumah-rumah mereka memang berbeza dengan kita. Dibina sederhana besar, namun tinggi sehingga 3 tingkat. bentuk yang nipis. Aku ingin sekali untuk memasuki salah sebuah rumah tersebut untuk melihat bagaimana mereka menyusun perabot dan design mereka.

IMG_9957 IMG_9958 IMG_9984 IMG_9998 IMG_9962

UNIFICATION PALACE

IMG_0653  IMG_0648  IMG_0654

Markas tentera Perancis sewaktu ketika dulu. Daripada sinilah berakhirkan era pemerintahan dan jajahan Perancis apabila markas pusat ini di bom dan pagarnya dirempuh oleh dua buah kereta kebal dan menyerang bangunan ini. Akhirnya dengan kejayaan menakluki bangunan ini, Vietnam berjaya memperolehi kemerdekaan mereka. Kami tidak berkesempatan untuk memasukinya kerana waktu lawatan sudah habis.Anda boleh mengoogle mengenainya.

Banyak lagi bangunan yang tidak sempat kami lawati. pada hari ketiga itu kami berdua bersantai untuk mengambar suasana bandar HCMC ini. hasilnya juga akan dikongsikan nanti dalam tajuk entri yang lain.