Buat pertama kali ku menjejakkan kaki ke tanah bersejarah, Vietnam. Negara yang dulunya mengamalkan sistem komunisme. Tetapi itu kisah dulu, sekarang mereka tidak lagi mengamalkan fahaman itu. Kemajuan dan pembangunan sudah semakin jelas di negeri Vietnam ini. Negara yang mengalami saat-saat getir, zaman penjajahan dan peperangan.
Memang aku tidak terbayang bagaimana dengan kehidupan dan orang-orang Vietnam ini. Dalam hati dan fikiran, memang ku akan merasa kelainan budaya dan cara hidup mereka. Tanggapan serta penerimaan mereka terhadap para pelancong. Saat-saat untuk berlayar ke negeri ini memang sangat mengujakan dan aku memang tidak sabar untuk menjejakkan kakiku di sana. Setelah membuat perundingan dengan Abangku akhirnya kami melaksanakan hajat kami untuk ke sana. Bagiku ini akan menjadikan lawatan yang menarik memandangkan aku sendiri belum pernah ke sana. Manakala bagi beliau akan menjadi kunjungan yang keduanya. Melalui cerita dan pengalamannya melawat Vietnam belum cukup bagiku. Aku sendiri ingin merasainya. Tempat yang ingin dituju adalah tempat bersejarah negeri itu… Yang popular bagi para pelancong adalah Chu Chi Tunnel. Tempat berlakunya peperangan dengan tentera Amerika. Sebetulnya aku tidak begitu mengetahui sejarahnya. Nah di sana nanti akan ku terokai sejarah mereka. Disamping itu, kawasan kampong-kampong. Sebetulnya aku kesana disamping untuk melawat, aku juga ingin mengambil gambar dengan Kamera DSLR ku. Sekadar untuk mencuba skill.
Adakah aku berjaya mengambil gambar-gambar yang menarik nanti?
Lawatan yang singkat selama 4 hari 3 malam itu, adakah akan memadai bagi ku?
Sekarang sudah dua hari aku pulang ke tanah air. Masih terasa suasana dan merasa rindu dengan negeri tersebut. Banyak perkara yang akan ku kongsikan nanti melalui blog ini. Insyallah
Untuk setakat ini, memadai dulu cerita mengenai kunjungan ku itu.. akan bersambung entri ini secara epilog journal. Hari pertama hinggalah terakhir ( hari ke tiga ). Dan dengan yakinnya aku akan menjejakkan kaki lagi di sana. Insyallah jika masa, kewangan dan kesihatan mengizinkan.
Good Bye Ho Chi Minh City And Welcome Back Home To Brunei Darussalam
No comments:
Post a Comment