Entri kali ini berkisar tentang permainan catur. Anakku sering melihat aku bermain catur dalam komputer hingga timbul rasa di hatinya untuk berlajar mengenainya. Hari ini ku penuhi impiannya untuk belajar. Papan catur ku beli dan berikan mereka asas permainan tersebut. Diberikan jalan setiap buah yang ada, Rock/Castle, Bishop, Knight, Pawn, Queen dan King. Setiap langkah diterangkan dan aturannya juga diterangkan. Aku sendiri bukan mahir bermain catur ini, namun untuk bermain ku kira boleh juga sedikit sekadar memberikan sedikit saingan kepada lawan. Untuk mengetahui peraturannya sila klikz disini.
Apabila diajar, mereka menunjukkan minat untuk belajar dan tidak sabar untuk mencuba bermain. Sikap ingin tahu dan mahu belajar ini, sering ku titik beratkan dan berharap sikap positif tersebut akan sentiasa berkembang kearah yang mempunyai nilai-nilai murni dan membangun. Ku tidak mengharapkan mereka akan menjadi permain handal tetapi cukup memberi saingan yang sengit kepada lawan mereka. siapa tahu nanti mereka boleh menjadi juara dikalangan mereka. peringkat sekolah, daerah ataupun negeri. Terpulang pada nasib dan usaha mereka. Aku sendiri mula bermain sewaktu bersekolah diperingkat menengah. Diajar satu persatu jalannya dan kemudian mula cuba bermain.
Catur ini sewaktu ketika dahulu adalah permainan golongan bangsawan. Sejauh mana kesahihannya belum dapat ku pastikan. Mungkin awda diluar sana lebih mengatahui lagi mengenainya. namun Sejarah mulanya permainan ini dipelopori daripada Persia. Sila Klikz disini mengenai sajarahnya
Banyak manfaat yang boleh diperolehi melalui permainan ini. Diantara adalah bagi mencetuskan idea-idea yang dinamik. Dengan sendirinya melatih minda kita untuk berfikir. Selain itu strategi yang dipakai adalah berlainan dari masa kesemasa, hal ini berkaitan dengan kaedah berfikir untuk menyelesaikan masalah. setersnya;
- Catur menjadi inspirasi kepada motivasi diri sendiri - Ia menggalakkan anda mencari jalan yang terbaik, perancangan yang rapi sehinggalah tamat permainan, motivasikan diri anda supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama dan mengurus masa berfikir.
- Catur dan sains - Catur membangunkan pemikiran yang saintifik. Sewaktu bermain, anda cuba untuk memperkayakan variasi cara buka mainan anda, anda cuba untuk mencari idea-idea baru, cuba untuk teka dan hasilkan keputusan, anda tentukan hipotesis dan seterusnya anda membuat pergerakan disamping menguji pergerakan anda tadi.
- Catur dan teknologi - Apa pemain catur buat ketika bermain? Hampir sama dengan sebuah komputer. Anda akan cuba mencari jalan yang terbaik pada masa yang ditetapkan.
- Catur dan matematik - Catur melibatkan pengiraan nombor sehingga infiniti iaitu sebarang pengiraan melibatkan dari awal permainan, memastikan bagaimana untuk menyerang dan bertahan dan yang pasti anda menggunakan otak anda sendiri, tidak seperti sesetengah mesin.
- Catur melatih daya penumpuan - Sewaktu bermain, anda hanya menumpukan pada satu tujuan, bagaimana untuk ‘Checkmate’ lawan dan seterusnya menang.
- Kehidupan - yang paling penting bermain catur sebenarnya berkaitan dengan kehidupan seperti mengajar tidak tamak, belajar berkorban, berfikiran terbuka, selalu berhati-hati, merancang strategi dengan penuh teliti, bijak menguruskan masa dan sebagainya.
Aku sendiri seronok bila bermain, namun jika kalah teruk memang terasa sedih, apalagi atas kecuaian mengatunya…Silalah mencuba.
No comments:
Post a Comment