Saturday, 30 October 2010

Perjalanan ke Ho Chi Minh City ( Saigon )

Wings

Buat pertama kali ku menjejakkan kaki ke tanah bersejarah, Vietnam. Negara yang dulunya mengamalkan sistem komunisme. Tetapi itu kisah dulu, sekarang mereka tidak lagi mengamalkan fahaman itu. Kemajuan dan pembangunan sudah semakin jelas di negeri Vietnam ini. Negara yang mengalami saat-saat getir, zaman penjajahan dan peperangan.

Memang aku tidak terbayang bagaimana dengan kehidupan dan orang-orang Vietnam ini. Dalam hati dan fikiran, memang ku akan merasa kelainan budaya dan cara hidup mereka. Tanggapan serta penerimaan mereka terhadap para pelancong. Saat-saat untuk berlayar ke negeri ini memang sangat mengujakan dan aku memang tidak sabar untuk menjejakkan kakiku di sana. Setelah membuat perundingan dengan Abangku akhirnya kami melaksanakan hajat kami untuk ke sana. Bagiku ini akan menjadikan lawatan yang menarik memandangkan aku sendiri belum pernah ke sana. Manakala  bagi beliau akan menjadi kunjungan yang keduanya. Melalui cerita dan pengalamannya melawat Vietnam belum cukup bagiku. Aku sendiri ingin merasainya. Tempat yang ingin dituju adalah tempat bersejarah negeri itu… Yang popular bagi para pelancong adalah Chu Chi Tunnel. Tempat berlakunya peperangan dengan tentera Amerika. Sebetulnya aku tidak begitu mengetahui sejarahnya. Nah di sana nanti akan ku terokai sejarah mereka. Disamping itu, kawasan kampong-kampong. Sebetulnya aku kesana disamping untuk melawat, aku juga ingin mengambil gambar dengan Kamera DSLR ku. Sekadar untuk mencuba skill.

Adakah aku berjaya mengambil gambar-gambar yang menarik nanti?

Lawatan yang singkat selama 4 hari 3 malam itu, adakah akan memadai bagi ku?

Sekarang sudah dua hari aku pulang ke tanah air. Masih terasa suasana dan merasa rindu dengan negeri tersebut. Banyak perkara yang akan ku kongsikan nanti melalui blog ini. Insyallah

Untuk setakat ini, memadai dulu cerita mengenai kunjungan ku itu.. akan bersambung entri ini secara epilog journal. Hari pertama hinggalah terakhir ( hari ke tiga ). Dan dengan yakinnya aku akan menjejakkan kaki lagi di sana. Insyallah jika masa, kewangan dan kesihatan mengizinkan.

inFlight Good Bye Ho Chi Minh City And Welcome Back Home To Brunei Darussalam

Monday, 25 October 2010

Triple treat ( 7th Birthday)

Di raikan sebanyak 3 kali…..Dirumah Nenek, sekolah dan Restoran

Semoga hari-hari yang dilalui semakin mematangkan anak-anaku. Kepada Anakku selamat hari lahir dan semoga menjadi anak yang bijak, taat pada orang Tua dan beroleh hikmah Dunia untuk meneruskan penghidupan….. AMIN.

Kami sekeluarga amat menyayangi kamu…

IMG_1082IMG_1085

Bersama keluarga di rumah nenek

yen bday 2010Raikan bersama teman sekelas 

yen1

Restoran d Rizqun, hanya bersama famili

Friday, 15 October 2010

Catur @ Chess

Entri kali ini berkisar tentang permainan catur. Anakku sering melihat aku bermain catur dalam komputer hingga timbul rasa di hatinya untuk berlajar mengenainya. Hari ini ku penuhi impiannya untuk belajar. Papan catur ku beli dan berikan mereka asas permainan tersebut. Diberikan jalan setiap buah yang ada, Rock/Castle, Bishop, Knight, Pawn, Queen dan King. Setiap langkah diterangkan dan aturannya juga diterangkan. Aku sendiri bukan mahir bermain catur ini, namun untuk bermain ku kira boleh juga sedikit sekadar memberikan sedikit saingan kepada lawan. Untuk mengetahui peraturannya sila klikz disini.

IMG_8731IMG_8741IMG_8736IMG_8735 Apabila diajar, mereka menunjukkan minat untuk belajar dan tidak sabar untuk mencuba bermain. Sikap ingin tahu dan mahu belajar ini, sering ku titik beratkan dan berharap sikap positif tersebut akan sentiasa berkembang kearah yang mempunyai nilai-nilai murni dan membangun. Ku tidak mengharapkan mereka akan menjadi permain handal tetapi cukup memberi saingan yang sengit kepada lawan mereka. siapa tahu nanti mereka boleh menjadi juara dikalangan mereka. peringkat sekolah, daerah ataupun negeri. Terpulang pada nasib dan usaha mereka. Aku sendiri mula bermain sewaktu bersekolah diperingkat menengah. Diajar satu persatu jalannya dan kemudian mula cuba bermain.

Catur ini sewaktu ketika dahulu adalah permainan golongan bangsawan. Sejauh mana kesahihannya belum dapat ku pastikan. Mungkin awda diluar sana lebih mengatahui lagi mengenainya. namun Sejarah mulanya permainan ini dipelopori daripada Persia. Sila Klikz disini mengenai sajarahnya  

Banyak manfaat yang boleh diperolehi melalui permainan ini. Diantara adalah bagi mencetuskan idea-idea yang dinamik. Dengan sendirinya melatih minda kita untuk berfikir. Selain itu strategi yang dipakai adalah berlainan dari masa kesemasa, hal ini berkaitan dengan kaedah berfikir untuk menyelesaikan masalah. setersnya;

  • Catur menjadi inspirasi kepada motivasi diri sendiri - Ia menggalakkan anda mencari jalan yang terbaik, perancangan yang rapi sehinggalah tamat permainan, motivasikan diri anda supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama dan mengurus masa berfikir.
  • Catur dan sains - Catur membangunkan pemikiran yang saintifik. Sewaktu bermain, anda cuba untuk memperkayakan variasi cara buka mainan anda, anda cuba untuk mencari idea-idea baru, cuba untuk teka dan hasilkan keputusan, anda tentukan hipotesis dan seterusnya anda membuat pergerakan disamping menguji pergerakan anda tadi.
  • Catur dan teknologi - Apa pemain catur buat ketika bermain? Hampir sama dengan sebuah komputer. Anda akan cuba mencari jalan yang terbaik pada masa yang ditetapkan.
  • Catur dan matematik - Catur melibatkan pengiraan nombor sehingga infiniti iaitu sebarang pengiraan melibatkan dari awal permainan, memastikan bagaimana untuk menyerang dan bertahan dan yang pasti anda menggunakan otak anda sendiri, tidak seperti sesetengah mesin.
  • Catur melatih daya penumpuan - Sewaktu bermain, anda hanya menumpukan pada satu tujuan, bagaimana untuk ‘Checkmate’ lawan dan seterusnya menang.
  • Kehidupan - yang paling penting bermain catur sebenarnya berkaitan dengan kehidupan seperti mengajar tidak tamak, belajar berkorban, berfikiran terbuka, selalu berhati-hati, merancang strategi dengan penuh teliti, bijak menguruskan masa dan sebagainya.

Aku sendiri seronok bila bermain, namun jika kalah teruk memang terasa sedih, apalagi atas kecuaian mengatunya…Silalah mencuba.

Tuesday, 12 October 2010

Dino Attack

Bermain dengan anak dan permainannya.  Sekadar aktiviti. Dinosour menyerang. Jika benar perkara ini berlaku di zaman sekarang, apa yang awda akan lakukan?