Hujung minggu ini dihabiskan di rumah saja , jadi orang rumahku mengisikan masa terluang dengan mem’bake’ kek Tapak Kuda dan roll Durian.Tahun ini first time Isteriku membuat kek roll, biasanya setiap tahun sempena menjelang Hari Raya selalunya kami akan menempah atau membeli di kedai jualan promosi raya. Kata Isteriku, berbaloi membuat kek sendiri walaupun penat tetapi seronok. Belanja membuat sendiri lebih jimat daripada membeli. Namun aku sempat juga menempah beberapa kek roll sekadar menambah menu dalam hidangan nanti apabila tetamu berkunjung. Aktiviti ini insyallah akan diteruskan pada tahun akan datang dan Isteriku juga berhasrat akan mempelajari lagi berjenis-jenis kek dan masakan, baik di layar Televisyen ataupun melalui buku. Berkongsi dan bertukar-tukar bahan dengan temannya, adik beradik, ipar serta mertua memang lazim dibuat. Memang naluri wanita suka memasak. Aku sendiri memang suka memasak namun tiada bakat. Tetapi untuk menikmati juadah memang bakatku….Hehe. Setakat ini beberapa kek sudah menjadi hidangan sewaktu santai menonton TV. Maaf ya…memang sedap.
Ku akui Isteriku memang pandai memasak dan berusaha untuk menyediakan masakan kesukaan kami sekeluarga. Terima Kasih atas usaha yang dilaksanakan selama ini.
Entry dibawah ini adalah antara juadah berbuka puasa kami tadi atas permintaan anak perempuanku yang berumur 6 tahun, dan Nasi Ayam. Biarlah isteriku berehat dari memasak bagi memberi ruang padanya untuk aktiviti membuat kek Raya
Selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini akan diterima Illahi..Amin
No comments:
Post a Comment