Muzakarah, perbincangan dan perundingan adalah jalan terbaik untuk menentukan hala tuju dan perancangan yang terbaik. mempunyai dua pandangan adalah lebih baik daripada hanya satu pandangan. Bahkan lebih banyak pemikiran lebih baik, tinggallah kepada ahli fikir tersebut mencari yang mana lebih bernas dan boleh digunapakai. Cuma tinggal segelintir, bila duduk dikerusi perundingan hanya berdiam diri kerana kurang keyakinan untuk menyatakan pandangan, ataupun disebabkan merasa yakin pandangan tidak akan dihiraukan. Kelaziman berlaku. Timun dan Durian istilahnya.
Memang ada dalam perkara ini, kadangkala kita merasa geram dan kecewa dengan cara perundingan. Tidak menghasilkan manfaat dan akhirnya menimbulkan persengketaan. Namun jangan hanya agguk dan geleng serta terus bersetuju dengan keputusan yang dibuat. Biarlah lebih teliti, dan perihatin tentang isu yang dibincangkan. Jika tiada yang membantah, tidak mustahil perkara yang buruk juga dipersetujui..Terpulanglah kepada kita untuk merenungkannya bersama.