Salam Ramadhan
Kini ia datang lagi seperti lazimnya membawa rahmat dan keberkatan serta keredhaan Illahi. Sesungguhnya bulan ini banyak perkara yang patut diteladani dan diraih akan fadhilatnya. Ku percaya ramai yang memahami dan mengerti apa yang tersurat dan tersirat disebalik Ramadhan ini. Sering para ahli Agama memberikan syarahan samaada di radio atau televisyen.
Namun masih ada segelintir kita yang tersilap tafsir mengenai Ramadhan tersebut. lapar, haus, tertunda aktiviti dan bermacam-macam lagi. Perasaan rindu pada Ramadhan juga merupakan salah satu keajaiban yang terkandung di dalamnya. Namun menyedihkan tangganpan mengenai perasaan menunggu kedatangan Ramadhan ini disalah ertikan (tidak semua). Menunggu kedatangan bulan puasa dengan alasan meraih keuntungan berniaga, namun tinggal amalan puasa bila letih menyediakan barangan jualan. Ini luahan dari peniaga yang ku kenali dan bertanyakan hasil perniagaannya dulu. Berniaga tidak salah bahkan merupakan aktiviti yang sihat dalam mencari rezeki tetapi biarlah selari dengan tuntutan Syariat.
Ku kira setakat ini sahaja dulu mengenai perkara di atas. Harap-harap kita mendapat rahmat dan diterima amalan kita. Amin
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa…
p/s: Maaf jika artikel ini sesuatu yang sensitif.