Tamu dalam bahasa orang-orang Brunei bermaksud tempat berniaga, berjual buah-buahan, sayur dan sebagainya. Istilahnya berjual barang-barang basah dan mentah.
Sekali ini berpeluang bersama rakan membawa kamera untuk merakamkan beberapa aksi dan barangan yang dijual. Terdapat bermacam-macam keperluan masakan harian dan buah-buahan yang dijual. tidak kurang juga makanan yang sedia dimasak.
Tamu Tutong selalunya beroperasi pada setiap hari Khamis dan Jumaat. Tamu Tutong memang diketahui umum dengan harga yang murah dan masih baru ( segar ). Biasanya pengunjung tidak hanya daripada penduduk Daerah Tutong tetapi juga daripada daerah lain yang senghaja berkunjung sebagai destinasi mereka.
silalah berkunjung dan penuhi keperluan awda di sini.
Antara haiwan pelkiharaan yang turut dijual seperti burung ( dalam gambar) ayam hidup, kucing, Arnab dan sebagainya.
Pencinta bunga Orkid, berbagai jenis bunga juga ada dijual seperti bunga Raya, Bunga Janda Kaya.
Warga muda yang turut berjunkung dan menemani keluarga mereka berjaja
Barang-barang antik juga ada dijual, sebagai contoh Pedang Temanggong ( sebagaimana yang dinyatakan oleh penjual )Kepada yang berminat dengan batu cincin, disini juga boleh memilih mana yang disukai.
No comments:
Post a Comment