Jika hendak mencari barang-barang keperluan harian, barang-barang buatan orang-orang melayu Brunei seperti keperluan untuk persediaan bersalin, perkahwinan ataupun senjata rutin ( parang), pengalu ataupun kiuh-muih tradisi berkunjunglah ke Tamu Kiangeh, BSB.
Aku sekadar berjalan-jalan sempena masih bercuti dan mencari kuih melayu untuk anak lelakiku, sudah lama tidak berkunjung ke tempat ini. Belum banyak perubahan yang berlaku tetapi barang-barang yang dijual sangat menarik.
Bertempat di ibukota Negara ini, sentaiasa menerima kunjungan dari pelbagai tempat.
Ternyata, orang-orang Brunei memang mempunyai kerativiti dan berbakat dalam manganyam, pandai besi, tahu pelbagai jenis kayu-kayuan yang bermanfaat dan sebagainya. Masalahnya, adakah pengetahuan ini sudah diwarisi oleh generasi muda selaku penyambung warisan… ku sendiri hanya mengetahui beberpa jenis kayu yang boleh dijadikan ubat dan perlu mempelajari banyak perkara lagi daripada orang-orang tua kitani. Penyataan yang pernah didengar adalah, sudah tidak relevan dengan arus kemodenan…Adakah awda bersetuju dengan komen yang pernah ku dengar itu?
Justeru itu, genarasi sekarang perlu didedahkan dengan yang mungkin akan pupus. Institusi yang berkaitan perlu mengambil maklum akan hal ini. Syukurlah Negara Brunei ada menubuhkan Muzium Teknologi Brunei, Pusat Kesenian, dan ini adalah langkah yang baik untuk mengekalkan warisan kitani.adakah anda bersetuju?
Memburis perahu, tidak banyak yang mengetahuinya sekarang, warga yang tinggal di Kampong air masih mengekalkan pembuatannya dan bersaing dengan perahu diperbuat daripada fibreglass…
Paradigma perlu seiring dengan warisan dan komodenan…
No comments:
Post a Comment