Tuesday, 8 June 2010

Cuti-cuti ( KNK )

Kenali Negara Kitani ( KNK )

Bersempena cuti sekolah penggal ke 2, ku ambil peluang untuk membawa anak-anak bersiar-siar di pantai Muara dan Serasa. Sambil itu menerangkan beberapa aktiviti yang biasa dibuat di pantai ini seperti berjogging, berkelah, mandi pantai, aktiviti keluarga, riadah dan sebagainya. Begitu juga di pantai Serasa, terdapat syarikat yang menyewakan perahu layar dan sebagainya. Tempat atlit berlatih perahu lumba.

Destinasi ku teruskan ke Ibu Negara, Regalia Alat-alat Kebesaran Diraja. Sebetulnya perancangan bercuti ke Kuala Lumpur namun dibatalkan dan perancangan ke Kota Kinabalu masih dalam list destinasi.

Sewaktu berkunjung ke regalia ini, anak-anakku bertanyakan banyak soalan. Mana sejarah yang diketahui disalurkan kepada mereka. Diceritakan detik-detik Kemerdekaan Negara kita. Adat Perpusapaan KDYMM. Begitu juga persembah daripada negara-negara jiran dan negara yang menghubungkan diplomatik dengan negara kita. Secara peribadi, aku sendiri tertarik dengan Koleksi Peralatan DiRaja yang dipamerkan.

Kepada sesiapa yang belum berkesempatan berkunjung, silalah datang dan terdapat juga beberapa barangan dijual sebagai kenangan.

IMG_3198

RG5  IMG_3257 RG1 RG2 Para pengunjung yang juga terdiri dari pelancong asing. Pastikan Sebelum masuk buka kasut, selipar dan peralatan kamera tidak dibenarkan dibawa di dalam ruang pameran.RG3

Arahan dan waktu melawat di Royal Regalia. Ini adalah bagi memastikan keadaan selamat dan tenang untuk melawat

RG4IMG_3227  Sebahagian barangan yang dijual sebagai tanda kenangan melawat Brunei.

Pameran Alat Kebesaran DiRaja merupakan mekanisme untuk kita mengenal Pemimpin ( Raja ) dan Negara Tercinta.

 

No comments:

Post a Comment