Monday, 21 June 2010

Rahmat Dalam Lindungan

Panik bila diberitahu ada insiden kemalangan..

Memang kawasan yang dilalui itu kawasan yang bahaya untuk pengguna jalan raya. Dengan Simpang yang kurang kelihatan, rumput yang tinggi..laluan jalan leburaya…tiada tanda zebra line, atau peringatan tentang perlahan dan sebagainya…umpama sesuatu yang terlepas pandang. IMG_4145

Kawasan ini yang pernah meragut nyawa beberapa tahun yang lepas dan penumpang terselamat tetapi cedera teruk, kawasan yang sering melibatkan kemalangan samaada masuk atau keluar simpang. Perlu diingat juga, para pemandu harus bijak mengemudi kenderaan, jangan lalai, berkhayal, laju dari had dan sebagainya yang boleh membahayakan. Sikap yang bijaksana boleh membawa kepada keselamatan. Jangan seperti perumpamaan ‘ tidak pandai menari, dikakata lantai tidak rata’. ‘Bila terantuk baru tegadah’. Sikap pengguna dan sistem jalan harus seiring.

Tetapi akur dengan apa yang berlaku. Cuma terkilan dan sedih bila kemalangan melibatkan ahli keluarga. Setentunya menimbulkan rasa kurang enak, fobia, trauma dan sebagainya. Bersyukur hadrat Illahi atas lindungan dan bantuan yang diberikan. Walaupun kemalangan dikira kecil tetapi memberikan impak yang mendalam kepada yang mengalaminya. Mujurlah waktu kemalangan itu tidak banyak kenderaan yang melaluinya..jika tidak, sesuatu yang lebih teruk dan tidak diingini pasti berlaku.

Ayahku panik, ibuku rasa trauma dan ‘beuri’, Adik2 juga kelu bahasa. Syukur tiada yang cedera. kemuskilan timbul bagaimana boleh berlaku…??

 IMG_4139

Teman, saudara bahkan jiran juga mengadu kepadaku betapa bahayanya simpang tersebut, bahkan ada yang terlepas simpang dan terpaksa berpatah balik. Harap-harap perkara ini diambil maklum. Insyallah akan ku usahakan berjumpa dengan pihak yang berkenaan berhubung dengan keadaan ini. Ku harap usahaku membawa hasil untuk kelesesaan dan keselamatan semua. Ku juga khuatir perkara yang tidak diingini berlaku..Nauzubillah

Ya Allah padaMU ku panjatkan doa dan syukur atas rahmat dan lindunganMu kepada kedua ibubapaku serta keluargaku..

Friday, 18 June 2010

Tamu Tutong

Tamu dalam bahasa orang-orang Brunei bermaksud tempat berniaga, berjual buah-buahan, sayur dan sebagainya. Istilahnya berjual barang-barang basah dan mentah.

Sekali ini berpeluang bersama rakan membawa kamera untuk merakamkan beberapa aksi dan barangan yang dijual. Terdapat  bermacam-macam keperluan masakan harian dan buah-buahan yang dijual. tidak kurang juga makanan yang sedia dimasak.

Tamu Tutong selalunya beroperasi pada setiap hari Khamis dan Jumaat. Tamu Tutong memang diketahui umum dengan harga yang murah dan masih baru ( segar ). Biasanya pengunjung tidak hanya daripada penduduk Daerah Tutong tetapi juga daripada daerah lain yang senghaja berkunjung sebagai destinasi mereka.

silalah berkunjung dan penuhi keperluan awda di sini.

IMG_3779

Antara haiwan pelkiharaan yang turut dijual seperti burung ( dalam gambar) ayam hidup, kucing, Arnab dan sebagainya.

IMG_3780 IMG_3797 IMG_3799 IMG_3806 IMG_3811IMG_3823IMG_3824IMG_3825IMG_3827IMG_3873

Pencinta bunga Orkid, berbagai jenis bunga juga ada dijual seperti bunga Raya, Bunga Janda Kaya.

IMG_3885IMG_3845

Warga muda yang turut berjunkung dan menemani keluarga mereka berjaja 

IMG_3818  IMG_3819IMG_3898

Barang-barang antik juga ada dijual, sebagai contoh Pedang Temanggong ( sebagaimana yang dinyatakan oleh penjual )IMG_3941IMG_3946Kepada yang berminat dengan batu cincin, disini juga boleh memilih mana yang disukai.IMG_3947

         

 

 

@ Tamu Kiangeh

Jika hendak mencari barang-barang keperluan harian, barang-barang buatan orang-orang melayu Brunei seperti keperluan untuk persediaan bersalin, perkahwinan ataupun senjata rutin ( parang), pengalu ataupun kiuh-muih tradisi berkunjunglah ke Tamu Kiangeh, BSB.

Aku sekadar berjalan-jalan sempena masih bercuti dan mencari kuih melayu untuk anak lelakiku, sudah lama tidak berkunjung ke tempat ini. Belum banyak perubahan yang berlaku tetapi barang-barang yang dijual sangat menarik.

Bertempat di ibukota Negara ini, sentaiasa menerima kunjungan dari pelbagai tempat. 

IMG_3542 IMG_3548IMG_3554 IMG_3555IMG_3559 IMG_3556 IMG_3557  IMG_3560 IMG_3561 IMG_3563IMG_3577 IMG_3572 

Ternyata, orang-orang Brunei memang mempunyai kerativiti dan berbakat dalam manganyam, pandai besi, tahu pelbagai jenis kayu-kayuan yang bermanfaat dan sebagainya. Masalahnya, adakah pengetahuan ini sudah diwarisi oleh generasi muda selaku penyambung warisan… ku sendiri hanya mengetahui beberpa jenis kayu yang boleh dijadikan ubat dan perlu mempelajari banyak perkara lagi daripada orang-orang tua kitani. Penyataan yang pernah didengar adalah, sudah tidak relevan dengan arus kemodenan…Adakah awda bersetuju dengan komen yang pernah ku dengar itu?

Justeru itu, genarasi sekarang perlu didedahkan dengan yang mungkin akan pupus. Institusi yang berkaitan perlu mengambil maklum akan hal ini. Syukurlah Negara Brunei ada menubuhkan Muzium Teknologi Brunei, Pusat Kesenian, dan ini adalah langkah yang baik untuk mengekalkan warisan kitani.adakah anda bersetuju?

Memburis perahu, tidak banyak yang mengetahuinya sekarang, warga yang tinggal di Kampong air masih mengekalkan pembuatannya dan bersaing dengan perahu diperbuat daripada fibreglass…

Paradigma perlu seiring dengan warisan dan komodenan…

Raikan bersama

Pada 17 Jun 2001 selamat diijabkabulkan selaku suami Isteri dan hasil perkongsian hidup, dianugerahkan sepasang anak. Alhamdulillah

Hidup berumahtangga memang banyak dugaan, pancaroba, bahkan dugaan-dugaan yang kadang-kadang kita sendiri mengetahui perkara tersebut. Ada juga dugaan yang kita tidak menduga akan kehadirannya bahkan diluar kawalan kita. semua itu adalah dugaan selaku suami atau isteri. dan keduanya harus saling memahami dan bertoleransi. Hidup hanya sekali dan pergunakan dengan sebaik mungkin peluang yang ada. Anak-anak adalah cermin kepimpinan kita. Mereka  dicorak mengikut acuan yang dibuat. Kain putih akan menjadi berwarna-warni dan akan menarik jika dipandang. Tetapi jika coraknya berbentuk abstrak, sesuatu perlu difikirkan. Lain halnya dalam bentuk seni lukis, yang abstrak itu menarik dan penuh dengan pandangan dan misteri. Berbeza dengan alam rumahtangga, yang berbentuk misteri itu adalah perjuangan hidup.

Ku kira cukup setakat itu sahaja dulu tentang asam garam berumahtangga. dan Aku bersyukur dilimpahi keluarga yang aman, harmoni dan dianugerahkan anak-anak yang baik, lucu dan menjadi teman serta pelengkap rumahtangga ku. Terima kasih Ya Rabb atas limpah kurnia MU kepada kami sekeluarga.

IMG_3962IMG_3976Sempena tarikh itu, kami merayakannya dengan sederhana. Dengan doa dan makan malam di Millenium Restorant. Dengan ini juga dengan seikhlas hati, ku ucapkan ribuan terima kasih atas restu Kedua ibubapa kami, dan memohon seribu kemaafan kepada Isteriku atas salah dan silap yang dilakukan selama ini. semoga Rumahtangga akan lebih harmoni, berkat dan sentiasa dalam lindungan Illahi. Amin

Tuesday, 8 June 2010

Cuti-cuti ( KNK )

Kenali Negara Kitani ( KNK )

Bersempena cuti sekolah penggal ke 2, ku ambil peluang untuk membawa anak-anak bersiar-siar di pantai Muara dan Serasa. Sambil itu menerangkan beberapa aktiviti yang biasa dibuat di pantai ini seperti berjogging, berkelah, mandi pantai, aktiviti keluarga, riadah dan sebagainya. Begitu juga di pantai Serasa, terdapat syarikat yang menyewakan perahu layar dan sebagainya. Tempat atlit berlatih perahu lumba.

Destinasi ku teruskan ke Ibu Negara, Regalia Alat-alat Kebesaran Diraja. Sebetulnya perancangan bercuti ke Kuala Lumpur namun dibatalkan dan perancangan ke Kota Kinabalu masih dalam list destinasi.

Sewaktu berkunjung ke regalia ini, anak-anakku bertanyakan banyak soalan. Mana sejarah yang diketahui disalurkan kepada mereka. Diceritakan detik-detik Kemerdekaan Negara kita. Adat Perpusapaan KDYMM. Begitu juga persembah daripada negara-negara jiran dan negara yang menghubungkan diplomatik dengan negara kita. Secara peribadi, aku sendiri tertarik dengan Koleksi Peralatan DiRaja yang dipamerkan.

Kepada sesiapa yang belum berkesempatan berkunjung, silalah datang dan terdapat juga beberapa barangan dijual sebagai kenangan.

IMG_3198

RG5  IMG_3257 RG1 RG2 Para pengunjung yang juga terdiri dari pelancong asing. Pastikan Sebelum masuk buka kasut, selipar dan peralatan kamera tidak dibenarkan dibawa di dalam ruang pameran.RG3

Arahan dan waktu melawat di Royal Regalia. Ini adalah bagi memastikan keadaan selamat dan tenang untuk melawat

RG4IMG_3227  Sebahagian barangan yang dijual sebagai tanda kenangan melawat Brunei.

Pameran Alat Kebesaran DiRaja merupakan mekanisme untuk kita mengenal Pemimpin ( Raja ) dan Negara Tercinta.

 

Sunday, 6 June 2010

Linear Trees

Pokok siluete

Saturday, 5 June 2010

Tutong Town

Daerah Tutong.

IMG_2781 IMG_2789IMG_2796IMG_2794IMG_2792IMG_2800

Sebahagian pemandangan dari Menara Bomba, Tutong. Sungai Tutong yang memang dikenali tempat penduduk Tutong memancing. Jika rezeki, udang galah memakan umpan pemancing.

Pulut panggang yang suatu ketika dulu amat terkenal dengan kelazatannya.

Daerah inilah yang tempat bermulanya ku bertugas, tempat tinggal setelah ayahku bersara dari tentera. Insyallah akan cuba mengambar daerah lain dari atas. Tinggal lagi Daerah Belait dan Temburong.