Sunday, 9 May 2010

Selamat Hari Ibu

Ucapan

Selamat hari Ibu…

Happy Mother’s Day..

Adakah kita memahami makna setiap ucapan dan ungkapan yang kita luahkan..Adakah apabila tiba hari ibu baru kita akan mengenang Ibu kita. Adakah bila tiba hari Ibu baru kita akan memberikan hadiah kepada ibu?

Jawapan semua ada pada diri kita sendiri. Terserah pada persepsi masing-masing dan juga pada hemat sendiri untuk menginterpretasikan makna HARI IBU.

Bagiku secara peribadi, Hari Ibu adalah setiap hari. hari Ayah adalah setiap masa, tiada membataskan hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Cuma ditetapkan tarikh hari ibu ini agar kita lebih membawa erti dan makna. biar IBu-ibu seluruh dunia merasai dihargai oleh anak-anak.

Disini juga ku ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan buat Ibu yang dikasihi, disanjungi dan yang berjasa buat ku. Semoga Ibu sentiasa mendapat Rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang berkekalan. Sentiasa didalam lindungi Illahi..Amin

IMG_2230

SELAMAT HARI IBU BUAT IBUKU, MERTUAKU DAN SELURUH IBU-IBU DIDUNIA INI. Ibu adalah insan yang berjaya secara peribadi buat kita semua.

IMG_2245

Alhamdulillah hari ini, semoga dapat mengembirakan hati Mama..

Kepada Isteriku, Ku Ucapkan Selamat Hari Ibu, dan terima kasih atas pengorbanan susah senang bersamaku. Dan terima kasih juga menjadi ibu yang baik dan penyayang kepada anak-anak kita.

p/s: Maafkan kami anak-anak kita atas segala salah dan silap kami.

No comments:

Post a Comment