Perancangan dibuat tahun lepas 2009. ‘SUKMA’, Melaka Malaysia. Itulah destinasi yang hendak dituju. Melaka tanah tumpah darah pahlawan lagenda Hang Tuah.
Dengan harga tiket yang dikira murah ( kurang dari B$200), kami bersetuju untuk menyaksikan pertandingan silat disamping untuk meninjau perkembangan dan pengurusan perwasitan.
Tetapi perancangan hanya tingal perancangan. Semua itu terpaksa dibatalkan, bila mendapat khabar bahawa Sukan SUKMA tersebut diganjakkan ke tarikh lain. Menahan rasa sebak bila beberapa rakan terpaksa kensel atas sebab tarikh diganjakkan itu, masalah cuti, masalah keluarga dan sebagainya. Tiket ditangan masing-masing. Usaha untuk menuju ke tarikh tersebut sudah diusahakan tetapi tidak berjaya. Akhirnya bila beberapa orang rakan terpaksa membatalkan hasrat, yg lain juga turut berbuat demikian.
Yang aku, sehingga waktu ini masih memikirkan untuk meneruskan atau tidak. jika meneruskan juga, mungkin hanya berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur atau ke Melaka seorang diri. Bosan memang melanda. Flight pada 28/5/10 hingga 4/6/10.
Hikmahnya, jimat belanja dan beriadah bersama keluarga sahaja di negeri sendiri. Next palnning akan ke Hongkong untuk merealisasikan hajat anak-anak ke Disneyland. Insyallah
Keputusanku akan ku nyatakan. Jika ku meneruskan, pengambaran sepanjang di Malaysia akan ku rakamkan dengan DSLRku.
Akhirnya, Dengan rasa kesal, hasrat untuk ke Melaka & Kuala Lumpur terpaksa ku batalkan juga.
Pepatah: Kita Hanya Merancang, Tetapi Allah Juga Yang Menentukan Segalanya. Perhitungannya adalah yang terbaik. Ada hikmahnya yang tersirat belum tersurat.
Untuk info SUKMA Malaysia 2010 akan bermula pada 10 hingga 19 Jun 2010 yang sebelumnya dijadualkan bermula pada 28 Mei ini. Acaranya;
Gambar dipetik daripada laman resmi SUKMA Malaysia 2010
Kepada kontinjen Brunei dalam apa jua acara, semoga berjaya dan menjadi saingan yang memberikan impak kepada pesert lain.
No comments:
Post a Comment