Tutong – Minggu lepas pertandingan uji kemahiran dan ketahanan kereta di lumpur telah diadakan. Kereta 4WD dari pelbagai jenis telah turut serta. Sebetulnya aku sendiri tidak memahami apakah ‘rules & regulation’ serta cara pertandingan ini. Namun ku tertarik pada gaya dan cara pemandu mengemudi kenderaan mereka dalam keadaan yang susah dan menghadapi pelbagai rintangan.
Tanpa kemahiran dan pengetahuan sebegini memang akan merumitkan pemandu. Dan setentunya kemahiran akan boleh diguna pakai apabila menghadapainya dalam situasi sebenar seperti tayar kereta terkubur di pasir atau lumpur.
Aku sekeluarga ada terdengar yang pertandingan itu diadakan, jadi kami pun pergi untuk menyaksikannya. Aku ingin mengambil beberapa keping gambar aksi yang ada, tetapi sayangnya aku tidak banyak kesempatan disebabkan kereta yang beraksi adalah yang terakhir. Aku dan anak perempuanku pun cuba merakamkan mana yang sempat..
No comments:
Post a Comment