Sebelum ini ku bertugas selaku pengawas dan memeriksa harta benda kerajaan yang sudah usang dan menasihatkan untuk dihapuskan dari kira-kira sebagaimana Peraturan Kewangan 1983,NBD.
Selama hampir 4 tahun lebih di Unit tersebut, memang banyak karenah ragam dan peristiwa yang dihadapi. Paling menyeronokkan adalah membuat lawatan ke ulu daerah Tutong, SR Belabau ( sekarang ditutup) menggunakan Temuai. , melawat di keseluruhan sekolah di keempat-empat daerah.
Kenangan yang masih dalam ingatan juga ada apabila ku dilawan dan dilayan dengan sinis apabila memberi teguran dan nasihat serta pertanyaan tentang kerja yang tidak selesai olehnya. Dan hakikatnya aku sendiri yang dikata tidak menjalankan tugas dan tidak mengikut ekita kerja. Ku hanya berserah dan bersabar untuk tidak melaporkan perkara sebenar, sebab besar kemungkinan akan melibatkan banyak pihak yng tidak berkaitan angkara kerjanya tidak selesai. lupakan lah saja.
Teman sekerja sangat-sangat membantu dan perihatin serta seperti sebuah keluarga dalam menjalankan tugas. Segala perkara yang diragukan akan dibawa berbincang dan mencari solusinya.
Terima kasih Teman atas segala kebaikkan dan teguran serta bimbingan selama ini. Terima kasih juga memberiku peluang untuk belajar untuk berfikir dan bertindak sewajarnya. Terima kasih juga memberikan kepercayaan untuk mengetuai salah satu cawangan dari keempat-empat daerah
Disini ku abadikan beberapa memori yang sempat dirakamkan
Sewaktu Mesyuarat
Sewaktu membuat lawatan
Sewaktu mengadakan taklimat
Mengadakan bengkel
Majlis-majlis
Lawatan Penolong Pengarah ke PejabatkuTerima kasih dan kemaafan dipinta andai selama ini ada kesalahan dan kesilapan yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment