Friday, 2 April 2010

Majlis Perpisahan

June 2006 - 31Mac2010

IMG_0947 Terima kasih kepada teman sekerja yang telah membantuku menjalankan tugas dan tanggungjawab selama ini. mulai Jun 2006 hinggalah pada tarikh di atas. Sepanjang bersama itu, ku rasa banyak pengalaman dan perkara baru yang dipelajari. Pengurusan, pentadbiran, komunikasi, penyelesaian masalah dan berbagai lagi. Ditambah lagi dengan pengalaman membuat lawatan di kawasan urban, samaada dengan temuai, heli atau kereta. Semua itu akan dijadikan kenanganyang terpahat dan akan sentiasa dikenang. Pergaulan yang erat dan rapat, tiada perselisihan malah berkongsi masalah dan pengalaman serta pengetahuan. Menjadi Ketua Unit di cawangan bukan semudah yang dipandang. Semuanya berkisar tentang tanggungjawab yang perlu ditangani dengan fikiran yang rasional dan melihat pada keadaan dan senario yang ada.

Sekarang bertugas diempat yang baru dan lain dari suasana dahulu. Memang memerlukan fokus yang lebih. Menjadi pendidik mempunyai kepuasan yang tersendiri, selaku pentadbir memberikan integriti dan kolaborasi yang memberikan pengetahuan dan membuatkan menjadi ahli fikir. Semoga kita sentiasa maju dan mencapai apa yang diharapkan.
Tiada banyak yang disampaikan d waktu majlis yang diadakan, terasa sedih dan sayu bila meninggalkan unit yang ku rasa sangat bernilai. Disini ku belajar menjadi pentadbir, disini ku belajar erti kesabaran bila menghadapi kritikan dan masalah. Terima kasih semuanya.

Sekali lagi secara peribadi ku memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang kadangkala disedari ataupu tidak. Terima kasih juga atas kerjasama yang diberikan serta pengetahuan yang dikongsisama.

Terima Kasih ku Ucapkan kepada Write-off Unit, di kesemua Daerah. Persahabatan dan hubungan tidak akan terhenti setakat ini.

Insyallah Entri seterusnya akan dikongsi sebahagian kenangan sewaktu bertugas bersama-sama di unit ini.

No comments:

Post a Comment