Sungguh berani. Memang berani untuk melakukan perkara yang salah.
Pencuri, mencuri, kecurian.
Kesihan sebab hanya itu sahaja caranya untuk menyara hidup. Padahal banyak perkara yang boleh diusahakan untuk mendapatkan rezeki. atau paling tidak meminta sedekah. Kesihan. dan lebih kasihan apabila didapati bersalah, maka akan merengok dalam penjara dan mungkin sebelum itu akan dikerjakan ataupun di amuk.
Secara peribadi, memang geram dan sakit hati bila rasa diri diganggu. Ketenteraman dan keselamatan diri sudah terjejas. Dan ini perkara yang pantang bagiku. Laporan polis sudah dibuat. Tunggu dan lihat sejauh mana bumi yang dipijaknya tidak dapat dikesan, langit mana yang tempatnya berlindung itu tidak dapat dicari. sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jyga ke bumi, tesungkur.
Sabar dan redha, cuma rasa tercabar bila diperlakukan seperti itu. harap yang mencuri dan memasuki rumahku akan sedar dan insaf, sebelum ajal datang menjemput.
Heran sebab rumah sudah terkunci rapi..tetapi bagaimana pencuri ‘bertauliah’ ini masuk. Sempat membawa ole-ole 2 biji laptop, 2 handphone dan 2 beg duit isteri. Syukurlah tidak banyak yang sempat dijadikan ole-ole sewaktu menjadi PELAWAT YANG TIDAK DIUNDANG
No comments:
Post a Comment