Kini Nokia E71 kini menjadi miliknya, Isteriku. Kegirangan jelas tergambar dari raut wajahnya. Cuma waktu ini jarang Hp itu duduk diam sebab perisian game puzzle word menjadi rebutan kami sekeluarga. Bagus juga kan sebab boleh mengeratkan lagi kasih sayang kami sekeluarga.
Sunday, 28 March 2010
Friday, 19 March 2010
Hari terakhir selaku fasilitator
Kemarin ( Khamis – 18/3/10) adalah hari terakhirku memberikan bengkel berkenaan tugasanku. Harap-harap selepas ini ku dapat mengharungi dan melaksanakan tugasan baru di tempat baru yang berbeza dengan bidangku sebelum ini.
Semoga ku akan tetap dapat melaksanakan tangunggajawab dan amanah yang diberikan seperti sebelumnya..Amin
Tanggungjawab yang diberikan biarlah menjadi pegangan untuk bersikap seorang yang profesional. Jangan hanya sekadar mendapat imbalan pada hujung bulan walhal kerja tidak selesai sebagaimana hendaknya.
“Ya Rabbi, permudahkanlah urusanku dan janganlah ku dipersulitkan. DugaanMu untuk melihat sejauhmana kami menjadi khalifah di bumi Mu Ya Rabb..”
Wednesday, 17 March 2010
Pelawat tidak diundang
Sungguh berani. Memang berani untuk melakukan perkara yang salah.
Pencuri, mencuri, kecurian.
Kesihan sebab hanya itu sahaja caranya untuk menyara hidup. Padahal banyak perkara yang boleh diusahakan untuk mendapatkan rezeki. atau paling tidak meminta sedekah. Kesihan. dan lebih kasihan apabila didapati bersalah, maka akan merengok dalam penjara dan mungkin sebelum itu akan dikerjakan ataupun di amuk.
Secara peribadi, memang geram dan sakit hati bila rasa diri diganggu. Ketenteraman dan keselamatan diri sudah terjejas. Dan ini perkara yang pantang bagiku. Laporan polis sudah dibuat. Tunggu dan lihat sejauh mana bumi yang dipijaknya tidak dapat dikesan, langit mana yang tempatnya berlindung itu tidak dapat dicari. sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jyga ke bumi, tesungkur.
Sabar dan redha, cuma rasa tercabar bila diperlakukan seperti itu. harap yang mencuri dan memasuki rumahku akan sedar dan insaf, sebelum ajal datang menjemput.
Heran sebab rumah sudah terkunci rapi..tetapi bagaimana pencuri ‘bertauliah’ ini masuk. Sempat membawa ole-ole 2 biji laptop, 2 handphone dan 2 beg duit isteri. Syukurlah tidak banyak yang sempat dijadikan ole-ole sewaktu menjadi PELAWAT YANG TIDAK DIUNDANG