Thursday, 22 October 2009

Usang atau Terbiar?

IMG_0091IMG_0030IMG_0028usang3IMG_0086IMG_1361

Perlu kah sesuatu yang sudah lama kita miliki, yang sudah lama berkhidmat dan berbakti kepada kita, sesuatu yang dahulunya memberikan kedamaian, kenikmatan untuk dibiarkan begitu sahaja apabila sudah ada sesuatu yang lebih bagus, apabila ada sesuatu yang baru?

Memang ada berbagai jawapan mengikut situasi dan keperluan. Umpama habis madu sepah dibuang atau bagai koran buruk. Diguna bila ingini dan dibuang atau dibiar bila tidak diperlukan.

Apa komen dan perasaan kita, apabila nanti kita tidak dperlukan di masa tua? umpama kita hanya memberikan beban. Dalam hal perasaan memang kita tidak mahu itu berlaku. Tapi bagaimana halnya dengan benda? perlukah dibuang atau dibiar hingga usang, rosak atau dibiarkan sahaja bila kita tidak memerlukannya?

Hal ini hanya ingin menilai, samaada sesuatu itu hanya sesuai terbiar hingga menjadi usang, dan akhirnya menyakitkan mata melihat. ataupun mungkin menjadi tempat kejadian yang tidak diingini. Malah mungkin menjadi tempat pembiakan sesuatu yang boleh mengundang bahaya, binatang berbisa. Atau mengundang bahaya. Jika rumah usang, minda biasa akan mengatakan ia akan dihuni makhluk halus. Dan mungkin juga bagi meransang aktiviti kurang sihat.

Sama-samalah kita mencari kedamaian dan estetika dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment