Sudah lama tidak mengambil gambar sunset. ini memandangkan bulan Ramadhan, yang memerlukan aku duduk di rumah untuk bersungkai. Tetapi kali ini aku mengambil kesempatan merakamkannya. Awan kelihatan cantik dan tersusun indah. Ku rasa cahaya kemerahan hasil dari matahari terbenam akan memberikan pemandangan yang boleh membuatkan hati teruja. Kebetulan aku bersama Abangku dan masing-masing membawa ‘gear’ sendiri.
Beraksi dengan DSLR mencuba pelbagai setting,WB,mode. Anak-anakku pun mengambil kesempatan mengambar menggunakan Handphone ibu mereka. Nampak keriangan di raut wajah mereka kerana tidak mahu ketinggalan beraksi.
No comments:
Post a Comment