Happy Birthday to Our beloved girl
Tepat jam 12 mlm, 23 Oct, Kami membuat kejutan eyein…Memang sudah dirancang sebelumnya. Hari ulang tahunnya dibuat-buat lupa hingga B’Day girl merajuk. Dipujuk dengan hanya diraikan Kek kecil. Setelah tiba waktunya, si Abg dikejutkan dari tidur untuk bersama-sama komplot. Pakatan berhasil.
Dengan samar-samar cahaya, Eyein kami banguni.
“ Surprise……..” ungkapan yang kami laungkan.
Dalam mengantuk, eyein tersenyum. Gembira nampaknya bila diraikan tanpa pengetahuannya.
Buat Eyein, nanti Kau akan memahami, Ayah dan mama tidak pernah lupa akan hari ulang tahun Mu. Senghaja buat lupa untuk menilai betapa engkau mendambakan hari lahirmu diingati. Tiada pilih kasih untuk anak-anak kami. Kasih sayang yang diberikan memang setara.
Wahai Anakku, semoga panjang Umur, menjadi anak yang pintar, mendengar kata indung, anak yang solehah dan berjaya dalam mencapai pendidikan yang cemerlang dna berjaya dalam kehidupan. Usahlah mudah terpengaruh dengan opera dunia. Biar Dunia mengejar kita dan jangan kita yang mengejar dunia.
Kejutan seterusnya sempena Hari lahir Mu…..Raikan ulangtahun sebagaimana as your wish.
Love YOU from US all……….
No comments:
Post a Comment