Selepas melaksanakan lawatan kerja di Kg Long Mayan, aku terserempak dengan orang kampong yang baru pulang dari kebun dengan membawa hasil mereka. Raja Buah_ Durian. Mereka menawarkan padaku B$20.00 untuk sebakul. Murah atau mahal? bila terkenang keluarga, ku beli sahaja.
Sebetulnya aku memang alergik dengan buah durian ini, sangat ‘berduri’ ku rasa. Akan timbul sakit kepala, terasa mual, dan boleh membuatkan ku demam bila mencium baunya. Bila sudah bau boleh membuatkan ku alah, untuk memakannya memang sangat dijauhi. Teman-teman yang mengenaliku dan bergaul denganku memang sudah maklum mengenai ini. Kedua ibu bapa juga maklum dan apabila mereka membeli buah durian, mereka akan cuba makan bila aku tiada dirumah, atau mereka akan memakannya didapur dan di luar rumah. Sekarang isteri ku juga seperti ini. Makan waktu ku tiada atau makan diluar rumah. Kesihan mereka. Mereka tahu akau akan pening dan sakit kepala berhari-hari. Terima kasih kerana memahami aku, [Kata para pendekar dahulu dan cerdik pandai- kelemahan sendiri jangan didedahkan ]
Apabila sampai dirumah, ku simpan sahaja digarage kereta, kira memberi kejutan pada isteri. [ seronok sakan bila ia melihat ada durian]. Bila sudah rezeki dijanjikan, aku menerima pemberian buah tarap dari kawan. Syukurlah, mereka menikmati buah durian dan aku menikmati buah tarap..terasa manis dan lunak……SEDAAAP..
Ku selitkan juga panorama Tasek Merimbun…Laluan pulang
No comments:
Post a Comment