Tuesday, 27 October 2009

6’th Birthday@Mangrove Paradise Resort

Alhamdulillah….tercapai hasrat dan impian anakku sempena hari ulang tahunnya…Grand dan meriah, walaupun dibuat ala sederhana.

Selamat Ulang Tahun yang ke 6 ( 23 Okt)

IMG_0131

yen1yen3yen2 yen4yen5

Tersandar, kelu, terharu, dan hanya memandang orang sekeliling bila melihat para tetamu yang hadir sebaik saja masuk ke dewan makan.

Kejutan demi kejutan yang dibuat untuknya. Bermula dari mengatakan lupa akan hari ulang tahunnya, kek kecil, bangun tengah malam, dan akhir sekali majlis hari ulang tahun. Tercapai hajat dan impiannya untuk diraikan bukan dirumah. Resort pilihan kami suami isteri. Berbagai helah dibuat agar ‘little princess’ tidak perasan akan dibuat kejutan. Untuk beberapa ketika, tidak terkata dan akhirnya barulah tersenyum, keadaan dewan hanya bercahayakan suram, sebaik melangkah masuk, nyayian lagu harijadi bergema.

Little princess ku suruh untuk memberikan ucapan kepada para tetamu yang hadir… Terima kasih kerana datang ke harijadi eyein..kata-kata yang pertama kali keluar dari mulutnya. Sengaja ku biasakan anakku untuk memberikan ucapan agar timbul rasa yakin dan keberanian berhadapan dikhalayak ramai.

Terasa lapang dan senang hati bila kemua ahli keluarga turut bergembira dan bersama-sama meraikan majlis ini. Terima kasih kami sekeluarga ucapkan. Dipohonkan doa agar keluarga kami senantiasa bahagia dan damai. Dimurakan rezeki. Semoga anak-anakku akan menjadi anak yang soleh, berjaya dan berbakti kepada orang tuanya. Amn, Amin, Amin Ya Rabbul Izzati.

Nurin –Cahaya    Izz – Kekuatan    Zawwanah – Kepintaran 

Semoga nama memberikan impak kepada personalitinya

No comments:

Post a Comment