Tuesday, 27 October 2009

6’th Birthday@Mangrove Paradise Resort

Alhamdulillah….tercapai hasrat dan impian anakku sempena hari ulang tahunnya…Grand dan meriah, walaupun dibuat ala sederhana.

Selamat Ulang Tahun yang ke 6 ( 23 Okt)

IMG_0131

yen1yen3yen2 yen4yen5

Tersandar, kelu, terharu, dan hanya memandang orang sekeliling bila melihat para tetamu yang hadir sebaik saja masuk ke dewan makan.

Kejutan demi kejutan yang dibuat untuknya. Bermula dari mengatakan lupa akan hari ulang tahunnya, kek kecil, bangun tengah malam, dan akhir sekali majlis hari ulang tahun. Tercapai hajat dan impiannya untuk diraikan bukan dirumah. Resort pilihan kami suami isteri. Berbagai helah dibuat agar ‘little princess’ tidak perasan akan dibuat kejutan. Untuk beberapa ketika, tidak terkata dan akhirnya barulah tersenyum, keadaan dewan hanya bercahayakan suram, sebaik melangkah masuk, nyayian lagu harijadi bergema.

Little princess ku suruh untuk memberikan ucapan kepada para tetamu yang hadir… Terima kasih kerana datang ke harijadi eyein..kata-kata yang pertama kali keluar dari mulutnya. Sengaja ku biasakan anakku untuk memberikan ucapan agar timbul rasa yakin dan keberanian berhadapan dikhalayak ramai.

Terasa lapang dan senang hati bila kemua ahli keluarga turut bergembira dan bersama-sama meraikan majlis ini. Terima kasih kami sekeluarga ucapkan. Dipohonkan doa agar keluarga kami senantiasa bahagia dan damai. Dimurakan rezeki. Semoga anak-anakku akan menjadi anak yang soleh, berjaya dan berbakti kepada orang tuanya. Amn, Amin, Amin Ya Rabbul Izzati.

Nurin –Cahaya    Izz – Kekuatan    Zawwanah – Kepintaran 

Semoga nama memberikan impak kepada personalitinya

Polisi@Policy hanya untuk 2 orang?

IMG_0051 ‘ Kan request xtra bantal’

Tetapi yang dijawab..’polisi kami hanya untuk 2 orang sebilik’. Kemudian meninggalkan AKU dan pekerjanya dengan langkah yang cepat.nAdakah fasiliti ini tidak difikirkan jika yang menginap ini biasanya berkeluarga? ……….. mengapakah tempat penginapan lain boleh? Aku memahami bahawa beliau seorang yang ada kuasa dikawasannya…perniagaan keluarga…..lupakah beliau yang pelanggan bukan untuk dikuasai.

Patut kah pelanggan dilayan dengan kurang mesra? perlukah pelangan ditanya dengan ayat…AHH APA LAGI…..Biasanya orang yang kurang menyenangkan ini akan pedas telinga olehku. tapi kali ini ku tersenyum dengan sikap yang dipamerkan.

AKU yang hendak bertanya lain pun rasa tawar hati dan memendam bara dihati. Demi mengenangkan tujuan untuk beriadah, ku hanya menahan rasa geram hati sambil tersenyum.

Tetapi kawasan, layanan, kemudahan asas serta suasana tempat ini memang ku rasa perlu diberikan pujian, dan disokong. Memang cantik pemandangan diwaktu malam, santai, damai dan sesuai untuk tempat rehat dan riadah.

Kisah diatas jika difikirkan hanyalah resam perniagaan dan resam pelanggan. Ramah mesra tidak merugikan. 

IMG_0046IMG_0045

 

 

 

 

IMG_0043 IMG_0054

IMG_0508 IMG_0306 IMG_0317

  Tahniah kepada pengusaha tempat ini…..

Friday, 23 October 2009

Mini Surprise

   Happy Birthday to Our beloved girl

surpriseIMG_0030surpirse1

Tepat jam 12 mlm, 23 Oct, Kami membuat kejutan eyein…Memang sudah dirancang sebelumnya. Hari ulang tahunnya dibuat-buat lupa hingga B’Day girl merajuk. Dipujuk dengan hanya diraikan Kek kecil. Setelah tiba waktunya, si Abg dikejutkan dari tidur untuk bersama-sama komplot. Pakatan berhasil.

Dengan samar-samar cahaya, Eyein kami banguni.

Surprise……..” ungkapan yang kami laungkan.

Dalam mengantuk, eyein tersenyum. Gembira nampaknya bila diraikan tanpa pengetahuannya.
Buat Eyein, nanti Kau akan memahami, Ayah dan mama tidak pernah lupa akan hari ulang tahun Mu. Senghaja buat lupa untuk menilai betapa engkau mendambakan hari lahirmu diingati. Tiada pilih kasih untuk anak-anak kami. Kasih sayang yang diberikan memang setara.

Wahai Anakku, semoga panjang Umur, menjadi anak yang pintar, mendengar kata indung, anak yang solehah dan berjaya dalam mencapai pendidikan yang cemerlang dna berjaya dalam kehidupan. Usahlah mudah terpengaruh dengan opera dunia. Biar Dunia mengejar kita dan jangan kita yang mengejar dunia.

Kejutan seterusnya sempena Hari lahir Mu…..Raikan ulangtahun sebagaimana as your wish.

Love YOU from US all……….

Thursday, 22 October 2009

Zoom In

Sepasang Kekasih

IMG_0130IMG_0130

 

Lookin’ at….

IMG_0012 IMG_0012

Halatuju

IMG_0014 IMG_0014

Hangging

IMG_0015  IMG_0015

Memburu….

IMG_0023

 BEBAS……….

IMG_0023IMG_0023

Sekadar ingin merakamkan beberapa aksi…memang seronok menyaksikan alam sekeliling. Banyak pengajaran yang boleh kita terokai dan dapat kita aplikasikan pada minda dan kehidupan kita.

Seperti istilah, lebah menghisap madu, pasangan serindit dan sebagainya. Orang-orang dahulu menciptakan pepatah berdasarkan pada pengamatan alam sekeliling dan pengalaman.

Usang atau Terbiar?

IMG_0091IMG_0030IMG_0028usang3IMG_0086IMG_1361

Perlu kah sesuatu yang sudah lama kita miliki, yang sudah lama berkhidmat dan berbakti kepada kita, sesuatu yang dahulunya memberikan kedamaian, kenikmatan untuk dibiarkan begitu sahaja apabila sudah ada sesuatu yang lebih bagus, apabila ada sesuatu yang baru?

Memang ada berbagai jawapan mengikut situasi dan keperluan. Umpama habis madu sepah dibuang atau bagai koran buruk. Diguna bila ingini dan dibuang atau dibiar bila tidak diperlukan.

Apa komen dan perasaan kita, apabila nanti kita tidak dperlukan di masa tua? umpama kita hanya memberikan beban. Dalam hal perasaan memang kita tidak mahu itu berlaku. Tapi bagaimana halnya dengan benda? perlukah dibuang atau dibiar hingga usang, rosak atau dibiarkan sahaja bila kita tidak memerlukannya?

Hal ini hanya ingin menilai, samaada sesuatu itu hanya sesuai terbiar hingga menjadi usang, dan akhirnya menyakitkan mata melihat. ataupun mungkin menjadi tempat kejadian yang tidak diingini. Malah mungkin menjadi tempat pembiakan sesuatu yang boleh mengundang bahaya, binatang berbisa. Atau mengundang bahaya. Jika rumah usang, minda biasa akan mengatakan ia akan dihuni makhluk halus. Dan mungkin juga bagi meransang aktiviti kurang sihat.

Sama-samalah kita mencari kedamaian dan estetika dalam kehidupan.

Friday, 16 October 2009

B$20.00 – Buah ‘berduri’

IMG_1371  Selepas melaksanakan lawatan kerja di Kg Long Mayan, aku terserempak dengan orang kampong yang baru pulang dari kebun dengan membawa hasil mereka. Raja Buah_ Durian. Mereka menawarkan padaku B$20.00 untuk sebakul. Murah atau mahal? bila terkenang keluarga, ku beli sahaja.

Sebetulnya aku memang alergik dengan buah durian ini, sangat ‘berduri’ ku rasa. Akan timbul sakit kepala, terasa mual, dan boleh membuatkan ku demam bila mencium baunya. Bila sudah bau boleh membuatkan ku alah, untuk memakannya memang sangat dijauhi. Teman-teman yang mengenaliku dan bergaul denganku memang sudah maklum mengenai ini. Kedua ibu bapa juga maklum dan apabila mereka membeli buah durian, mereka akan cuba makan bila aku tiada dirumah, atau mereka akan memakannya didapur dan di luar rumah. Sekarang isteri ku juga seperti ini. Makan waktu ku tiada atau makan diluar rumah. Kesihan mereka. Mereka tahu akau akan pening dan sakit kepala berhari-hari. Terima kasih kerana memahami aku, [Kata para pendekar dahulu dan cerdik pandai- kelemahan sendiri jangan didedahkan ]

IMG_1389Apabila sampai dirumah, ku simpan sahaja digarage  kereta, kira memberi kejutan pada isteri. [ seronok sakan bila ia melihat ada durian]. Bila sudah rezeki dijanjikan, aku menerima pemberian buah tarap dari kawan. Syukurlah, mereka menikmati buah durian dan aku menikmati buah tarap..terasa manis dan lunak……SEDAAAP..

 

Ku selitkan juga panorama Tasek Merimbun…Laluan pulang

IMG_1384 IMG_1376

Monday, 12 October 2009

Perjalanan Hujung Minggu

Minggu lepas hajatku terlaksana….membawa famili untuk melawat dan meninjau Mangrove Paradise Resort. Kami berhasrat untuk mengadakan majlis Ulang tahun untuk anak perempuanku di tempat ini. Semua dalam perancangan dan berharap semua ahli keluarga akan dapat hadir. Disamping ini, aku melaksanakan impian untuk melawat Muzium yang terletak di Kota Batu. Alhamdulillah terlaksana. Lawatan di Muzium ini memberikan impak kepada pengetahuan baru kepada anak-anakku. Syukurlah……… 

DESTINASI PERTAMA

MANGROVE PARADISE RESORT

mg1 mg2 IMG_0958 IMG_0959 IMG_0973

DESTINASI KE DUA

MUZIUM TEKNOLOGI BRUNEI

Terletak Di Kota Batu, Bandar Sri Begawan. Lawatan ini memrikan pengajaran buat anak-anakku. Moral yang mereka perolehi setelah meninjau keadaan kehidupan orang-orang dahulu ternyata membuka minda mereka. Banyak soalan yang mereka ajukan. Akhirnya mereka berdua mengatakan bahawa orang-orang dahulu hidup susah dan tidak seperti sekarang. Mereka harus bekerja kuat untuk makan, seperti menjadi nelayan, bertukang ataupun memburu.

Kepada mereka yang belum berkesempatan, kunjungilah Muzium kitani. Muzium Maritim juga akan diadakan selain Muzium yang sedia ada. dibukakan kepada orang ramai secara percuma dan tutup pada jam 5 petang. Dan pintu masuk akan ditutp 30 minit sebelum waktu lawatan berakhir.

IMG_1110

Muzium ini mempamerkan perihal kehidupan seharian orang-orang kampong air dahulu kala, Penduduk yang tinggal di ‘darat’ seperti puak kedayan,Dusun,Lun Bawang (Murut). Bentuk rumah, alat mencari rezeki, pekerjaan harian. Perhiasan, senjata dan sebagainya.

muzium10 muzium1 muzium3 muzium4 muzium5 muzium6 muzium7 muzium8 muzium9 muzium2

DESTINASI TERAKHIR

RESTORAN TARINDAK D’ SENI

Dalam perjalan untuk pulang, kami terserempak kereta abangku melintas. melalui telefon, kami berpakat untuk singah minum petang. Restoran ini pun tidak kurang hebatnya. dengan suasana yang tenang, berhawa dingin dan mempunyai pemandangan kampong ayer. Baru dibuka pada pertengahan tahun ini.

IMG_1142 TS1 TS2

Akhir sekali berpakat untuk mengintai matahari terbenam