Kenalkah kita akan wajah ini? wajah yang sudah mengalami pelbagai peristiwa dan setentunya mempunyai berbagi pengalaman hidup sejak dari muda lagi..Syukurlah di Usia begini beliau masih mempunyai ingatan yang kuat. Ayahanda Yassin Affendi. Tengahari tadi, Mentuaku membawa tetamu yang sememangnya ku kenal ke rumah. Sudah setentunya peluang ini ku manfaatkan bertanya tentang rahsia hidup, hikmah pentas dunia dan nasihat. Sayangnya masaku terlalu singkat, aku harus pulang ke pajabat semula..Nanti insyallah akan ada masa lagi.. Ku suka bercakap, bersembang dengan orang tua-tua sebab banyak perkara yang kita boleh ambil manfaat dan iktibar.
Kita sering mendengar ungkapan..." masa mencemburui kita".."Masa mengejar kita". Dua Ungkapan tentang masa..mana satu yang lebih sesuai dengan kehiduan kita? sudah setentunya masa akan tetap berjalan dan berlalu. Masa tidak akan menunggu kita,masa tidak akan berhenti..jika berhenti, maka akan selesailah segala urusan..tidak percaya..bila hayat kita sudah habis maka terhentilah segala urusan kita. Masa hidup kita sudah tamat. Itu hal dunia. bagaimana hal ukhrawi? menunggu kah masa untuk kita? setentunya tidak...maka gunakanlah masa yang tersisa dengan baik. peringatan untuk diriku sendiri dan nasihat untuk semua..
Wednesday, 29 July 2009
Sunday, 26 July 2009
MD Bull Pre Reunion
MD Bull inspired N 1st Established di Maktab Duli oleh para seniorku..Im yang baru masuk MD, kira culture shock dengan suasana yang baru. Mujur ada kawan senior yang boleh membawai. Suasana Orientasi sesi 1994-95 masih lagi kukuh dalam ingatan..Terima Kasih kepada pengalaman...sure it's so benefit untuk ku
Perjumpaan secara tidak lansung di hari persandingan kawan, telah mengamit semula nostalgia sewaktu zaman persekolahan..6th Form di zaman ku dulu boleh dikatakan zaman anjakan pemikiran, erti persahabatan, pelajaran, kepimpinan, sosial dan berbagai perkara lagi yang diperolehi..yang pastinya..Maktab Duli adalah paling seronok sewaktu belajar dulu..Dan syukur boleh menjejakkan kaki belajar dan seterusnya peringkat Universiti.
Namun sekarang bila kita lihat sekarang ini, sosial lebih dipentingkan hingga melupakan tanggungjawab selaku penuntut. Padahal pelajaran adalah kunci kepada kejayaan..Dan tidak kurang juga aras pemikiran yang kurang daya untuk berfikir untuk menuju kejayaan..Last minit studi...sangat membebankan dan tidak mustahil berakhir dengan kegagalan..Namun tidak semua last minit tidak membawa kejayaan..berserah kepada Qada dan Qadar..Sebagaimana yang dianjurkan adalah Usaha, Doa dan tawakal.
Maktab Duli..Inspirasi..titik awal kejayaan bagi yang mahu berjaya..Sekarang sudah banyak ditubuhkan pusat tingkatan enam..harap Belia dan para pelajar anak jati kitani akan sentiasa berjaya dan memiliki ciri-ciri KeBruneian yang luhur.
MD Bull insyallah akan bergabung semula dalam masa terdekat..Reunion sebenar akan difikirkan..Bila tiba masanya, setentunya akan menjadi gamat sebab masing-masing akan terkenang suka dan duka sewaktu menuntut di MD ( Sesi 1993-94 dan 1994-95). Sekarang ini para ahlinya menjawat jawatan yang lumayan..Sudah ada yang menjadi Dr, Pegawai pentadbir, Pilot, BSP, Pegawai Pelajaran, Pegawai Bank, Pegawai berunifom, businesman sebagainya..Tahniah kepada semua teman-temanku..Pengalaman mengajar kita erti kedewasaan..Kepada teman yang masih diluar negeri (belajar dan bertugas), MD Bull masih wujud lagi...
Kita perlu ingat ..apabila kita melihat awan jangan lupa bumi yang kita pijak..insyallah akan selamat Dunia Akhirat...JUMPA LAGI MD BULL MEMBERZ....

Selamat Pengantin Baru...
Selamat Pengantin Baru --> Adi Aizal dan Isteri <--
26 Julai 09..Sekian lama tidak mendengar khabar..tau-tau ada jemputan dari teman lama..Maktab Duli sesi 1993-1994.. Anyway Selamat menempuh Alam rumahtangga yang setentunya banyak hikmahnya. Semoga kebahagiaan akan berkekalan.
Perkahwinan..Ada berbagai persepsi mengenainya..Dan ada berbagai cara manusia mengimpretasikannya..Namun bagi kita selaku Umat Islam..Perkahwinan adalah Sunnah Rasulullah S.A.W. Sebahagian mengatakan berkahwin akan menambah ekonomi dan ada juga sebaliknya..Tentang rezeki ini tidak 100% ditentukan melalui perkahwinan tetapi cara kita mengolahkan rezeki dan cara kita mencari rezeki..Jika boros cara berbelanja..maka susutlah wang di saku..jika bijak, perkahwinan akan menjadi pemangkin kepada ekonomi yang stabil. Dan tidak dinafikan juga kewangan juga memainkan peranan penting untuk melayari bahtera hidup bersama. Selain itu kesefahaman dan berbagai perkara yang boleh menyumbang kepada kerukunan rumahtangga. Sikap, kefahaman, pengetahuan, Ekonomi, keadaan sekeliling , masing-masing ada pro & kontranya kepada alam perkahwinan. Terpulanglah kita untuk melihat sesebuah perkahwinan..Intipati, Hikmah........

Saturday, 25 July 2009
Wednesday, 22 July 2009
Air & Air
Gambar air, sekadar mencuba untuk melihat line of droping....
Air adalah kehidupan atau air is life? Perkataan yang sama tetapi benda yang berlainan. Namun kedua-duanya penting dalam kehidupan kita. Air( H2O)atau Air (Udara). Kedua-duanya sangat bermakna, dan tanpanya hidup kita tidak akan sempurna bahkan tiada kehidupan. Tumbuhan mengeluarkan oxigen dan kita mengeluarkan hidrogen. Kedua makluk ciptaan Illahi ini saling memerlukan dan saling membantu serta saling mencukupi keperluan. Namun kita sering menghancurkan sumber udara kita hingga lapisan ozon semakin nipis serta mengakibatkan radiasi dan mendedahkan kepada sebarang penyakit. Its our real life..
Entri akan datang Insyallah mengenai 4 unsur alam yang sangat penting dalam kehidupan kita....

Sunday, 19 July 2009
* isra dan Mi'raj 1430* - * 2009 *
Saturday, 18 July 2009
Friday, 17 July 2009
Gerai Perayaan Tutong
Gerai perayaan merupakan agenda setiap tahun di negara ini bila tiba musim perayaan sempena Puja Usia KDYMM. Namun tahun ini, aktiviti perayaan dan gerai perayaan telah dikurangkan memandangkan masalah global mengenai Inluenza A H1N1 masih lagi melanda Negara kita. Pengurangan ini adalah baik dan bijak bagi membendung Pandemik tersebut daripada lebih merebak.
Satu perkara yang sesetengah orang tunggu-tunggu bila tiba musim gerai perayaan ini..Sotong tutok..Teringat soalan mengenainya..binatang apa yang bila matinya lebih sengsara? ditangkap,dijemur,dibakar,ditutok dan kemudian dikunyah....hmmmm memang sedap..cubalah

Wednesday, 15 July 2009
Aktiviti cuti @ Pantai SK
Bersempena cuti menyambut Hari Puja Usia KDYMM, kami sekeluarga mengambil peluang untuk beriadah di pantai Seri Kenangan. Selain beriadah kami ingin menyampai hajat anak-anak yang ingin bermain pasir dengan menggunakan mainan baru mereka. bermain pasir adalah satu aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak. Mereka juga dapat mengembangkan psikomotor dan daya kreativiti. Terasa lapang dada bila berjaya menyampaikan hajat mereka, selagi belum terpenuhi selagi itulah mereka akan bertanya bila..Untuk menanam dan memberikan pendedahan tentang daya fikir kognitif dan psikomotor, bermain pasir adalah diantara modul untuk merealisasikannya. Bagaimana mereka mengolahkan pasir mengikut acuan permainan mereka. Jika dulu kita dilarang untuk bermain pasir, cuba lihat pendidikan yang diterapkan oleh negara Barat. Mereka sering membawa anak-anak mereka ke taman-taman untuk perkara ini. Nah terpulang pada kita untuk mengadaptasikan perkara ini mengikut budaya dan resam kita selaku orang Asia dan Melayu. Dari segi Afrektif pula, kita boleh mengajarkan tentang menerima arahan dan menerangkan bahaya-bahaya seperti apabila dipantai bermain air laut terlalu jauh dan jangan melontar pasir pada kawan. Biar apa yang kita terapkan terpahat kukuh difikiran dan hati mereka sebagai teras pemikiran yang cemerlang.
Tuesday, 14 July 2009
Puja Usia 63 Tahun
Wednesday, 8 July 2009
Ulang Tahun yg ke 7
Seperyi biasa ada dibuat kejutan..mini birthday party
Hari ini adalah hari Ulang tahun anak pertamaku yang ke 7 tahun. Hari ini saja sebanyak 3 kali ia meniup lilin. Disekolah, kedai minum dan di rumah. Sebelumnya, anakku selalu bertanyakan tarikh 8 Julai kepada kami, menghitung hari. Pernah juga ku katakan bahawa 8Julai sudah berlalu. Nampak raut mukanya seperti orang yang hampa. saja ja untuk membiarkan ia lupa sejenak tentang hari lahirnya sebab kami sudah ada perancangan untuk anak kami ini.
Selamat Ulang tahun anakku, Ayah dan mama selalu mendoakan akan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kepintaran dan semoga juga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat..Amin (tolong aminkan juga aa)
Insyallah majlis ulang tahunnya akan dibuat nanti bersama seluruh keluarga. Gembira bila melihat anakku tawa riang bila disambut hari lahirnya. Syukurlah kami dianugerahkan sepasang anak. Anak adalah tanggungjawab kita. Amanah kitani untuk membesarkan dan mendidik mereka. Jika kita mewarnai fikiran dan jiwa mereka dengan hitam, maka hitamlah jalannya. Namun jika mewarnainya dengan putih, maka insyallah akan selamat perjalanan hidup. Warnai hidup dengan sesuatu yang berguna.
Anak yang soleh akan membawa keberuntungan kepada kita. Membahagiakan hidup selagi hayat dan juga setelah kita tiada. Aset kita yang sangat berharga. Ya Allah bantulah kami Suami Isteri mendidik dan menjalankan amanah yang diberikan......
Friday, 3 July 2009
Caps dan warna
Adakah warna memainkan peranan dalam emosi kita? Adakah emosi hidup kita bergantung pada warna? Apakah warna kegemaran kita? Adakah kita memahami pengajaran yang ada setiap warna? Seperti warna merah membuatkan seseornag itu semakin berani, warna oren membuatkan seseorng itu lebih aktif terutama kanak-kanak. adakah benar warna 'pink' boleh melemahkan kekuatan lelaki? Adakah warna boleh memutar belitkan deria rasa kita? untuk lebih jelas lawat saja link ini.
Caps selaku pelindung dari panas ataupun alat pelindung sementara di kala hujan..Namun cap juga membawa perubahan kepada sipemakai.bahkan memberikan impak pada penampilan..fesyen..tetapi ada juga yang bergantung pada caps untuk penampilannya. Jika tiada caps hilang 'macho'..Bagi ku..biarlah barang tersebut sebagai ALAT dan bukan sebagai TUJUAN...boleh fahamkan?..Maksudnya hanya dijadikan alat kemudahan kita dan bukan sebagai tujuan yang sangat-sangat difanatikkan hingga tanpanya kita merasa 'down'. Yang ketaranya bermegah dengan apa yang ada dan senyum sinis pada siapa yang tidak memilikinya. "I own new branded caps with worth nearly hundred n blink-blink"..lols..

Subscribe to:
Posts (Atom)