Thursday, 21 May 2009

Aktiviti menguji emosi


Semalam aku cuba melihat aktiviti di tebing sungai Tutong, Pekan Tutong. Tidak seperti biasa gayanya..biasanya ramai yang turun untuk memancing..tetapi semalam sunyi dan tidak ramai yang memancing.Khabarnya disini jika rajin dan ada rezeki akan mendapat udang galah..ehe.
Sewaktu kecil kami adik beradik memang sering dibawa oleh bapa untuk menangkap ikan di sungai..Aktiviti ini samaada 'mengandang', 'Mengikis', 'memancing','merambat' ataupun 'membintur katam'..Bapaku memang seorang yang cekal dan rajin turun kelaut walaupun bukan sebagai hasil pendapatan utama.sekarang sudah pencen dari tentera. Yang rajin dibawa adalah abang aku.beliau juga ku rasa seorang yang tidak banyak karenah..bila bapa bersuara untuk menangkap ikan.ia akan segera menyediakan peralatan yang perlu..seperti memeriksa perahu, enjin dan sebagainya..Kepada Bapa dan Abangku, aku memang respek kamu berdua..tidak pernah ku dengar mengeluh. Pernah setelah pulang dari sekolah, bapa terus membawa abang mengikis..Abang akur. Memang terasa letih dari belajar di sekolah..tapi demi untuk tidak mengecewakan hati bapa..abang pun ikut...Ini kah yang juga dikatakan sebagai Bejarih dan Belurih? ku rasa 'YA"..Setelah abang bekerja, maka akulah teman bapa..ehe..
Banyak pengajaran yang bapa turunkan kepada kami adik beradik secara tidak lansung.Terima kasih bapa..semua pengajaran yang ku dapat tentang menangkap ikan ini, insyallah akan ku ajarkan juga pada anak-anakku nanti..
Nah dari hal memancing dan yang sewaktu dengannya..memang ada membawa pengertian pada kitani..mengajar erti kesabaran, berusaha dengan titik peluh sendiri, disamping itu kita akan dapat lebih menghargai betapa pentingnya masa jika dibazirkan sebegitu saja dengan perkara /aktiviti yang tidak berfaedah..Info terbaru, sekarang ini perlu ada lesen untuk memancing..kita akur sahajalah dengan peraturan yang dibuat..

No comments:

Post a Comment