Sunday 13 November 2011

Raya Korban

Sekarang ini musim haji tiba lagi.. Para Jemaah haji sedang berjuang untuk mendapatkan keredhaan Allah dan berharap semoga ibadah yang dilaksanakan itu mendapat haji yang Mabrur dan diterima. Kita juga mendoakan semoga para jemaah Haji kita dan seluruh Umat Islam umumnya akan mendapat haji yang mabrur serta penghijrahan yang hakiki.

Dalam pada itu, sudah menjadi tuntutan dan adat apabila tiba musim haji.. ibadah korban akan dilaksanakan. Ini seiring dengan amalan yang dituntut oleh Syiar Islam. Kisah bermula dari Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ( kisah bermulanya tuntutan Ibadah korban ).

Di negara kita juga tidak ketinggalan dengan perayaan Haji ini disamping menunaikan ibadah korban. Sama ada untuk ibadah aqiqah atau korban haji. Dimana-mana adanya majlis ini. Baik secara persendirian, acara kampong, institusi kerajaan ataupun acara negeri.

Alhamdulillah aku juga tidak ketinggalan untuk melaksanakannya. Aqiqah sudah buat anak-anakku. Syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan.

Kementerian tempat ku bertugas juga tidak ketinggalan melaksanakannya. Dijemput kana-kanalk yang kurang berkemampuan bagi melaksanakan dan menyampaikan hajat orang yang berkorban.

IMAG0110      IMAG0111

 IMAG0113

ketika berada di pusat penyembelihan dan memunggah daging korban.

IMAG0114      IMAG0116

IMAG0119

Setelah selesai majlis

IMAG0117

Acara dilaksanakan dengan sederhana sahaja, pengagihan daging korban diiringgi dengan Takbir.