Friday 26 August 2011

Majlis Khatam Al-Quraan

IMG_1618

Kelmarin, Jabatanku mengadakan majlis Khatam bagi pegawai dan kakitangan kami. Kali ini ia diadakan lain daripada tahun yang sudah-sudah. Hasil fikiran dan nikilan minda, Pengarah Jabatan bersetuju dan berkeinginan kali ini diadakah di kediaman beliau sendiri. dan Aku selaku setiausaha bersama pada majlis itu bersyukur majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah

Harap kegiatan yang berkat ini akan dilaksanakan setiap tahun dengan cara, pemikiran dan sistem yang baik lagi. Tahniah kepada para Pegawai dan kakitangan yang berjaya menyudahkan pembacaan mereka ( Al-Quraan ) pada Ramadhan tahun ini. 

Tetamu Kehormat majlis adalah Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan.

IMG_1615          IMG_1620

 

IMG_1621           IMG_1616

Friday 19 August 2011

Menyejukkan rumah

Khatam home 2

Sudah lama ku tidak membuat sebarang entri pada Blog ini. Kesibukkan masa dan sedikit urusan. Hingga beberapa peristiwa pun ku terlepas untuk berkongsi cerita mengenainya. Baru-baru ini Hari Keputeraan dan perkara/keraiannya. Kemudian menjelang Bilan Ramadhan. Ku rasa belum terlambat lagi untuk mengatan Selamat Datang Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua Umat Islam seluruh Dunia. Semoga Ramadhan memberikan impak yang positif kepada kita semua.

Mengenai tajuk di atas pun ada kaitannya dengan Ramadhan ini. Surah Al-Alaq adalah ayat / surah yang pertama diturun kepada kita semua melalui Rasulullah S.A.W. dan berempena hari bersejarah itu, majlis Tadarus dan Khatam Al-Quraan kami sekeluarga adakah di rumah kami. Alhamdulillah walau dilaksanakan secara sederhana, semuanya berjalan lancar. bermula dari Pembacaan Surah Al-fatihah yang dipimpin oleh Penuntut Sekolah menengah Arab Lelaki Hassanal bolkiah ( SMALHB ), seterusnya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quraan hingga selesai ( pembahagian juz-juz ). Solat Bersungkai, Solat Maghrib dan Isya’ berjemaah dan akhir sekali solat Terawih. Aku bersykur ke hadrat Illahi kerana berkesempatan turut sama khatam Al-Quraan.

Nah tajuk di atas merupakan sinifikan dari pembacaan ayat-ayat itu, Memberikan rahmat dan penyejuk kediaman. menghalau perkara-perkara yang tidak diingini seperti benda halus yang mengganggu, mendatang rezeki dan sebagainya.  Kami bersyukur diberikan peluang ini. Alhamdulillah ke hadrat Illahi

khatam home 1  khatam home

Semoga segala usaha ini ada memberikan kebaikkan dan Rahmat Illahi. Amin

Tuesday 2 August 2011

Price of my 5DMark II and its itemised additional gear

Kemaskini…. TERASA SEDIH DAN TERHARU

Sebelum ini aku tidak pernah melepasskan yang kusayang. ataupun menjual barangan yang ku sayangi. Tapi kali ini, ku beranikan diri dan ku kuatkan hati untuk sesuatu yang lain. Dengan ini ku harap ia menjadi sedikit motivasi tersendiri bagiku untuk mencapai apa yang dihajati. Akan ku miliki lagi nanti. Semoga akan dapat ku lipat gandakan.  Sangat sedih bila melepaskanmu … namun harta bukan dijadikan sebagai TUJUAN tetapi sebagai ALAT.

Tidak ada lagi aktiviti pengambaran. Terasa rugi dan sayang melepaskan. Namun biarlah menjadi kenanganku. Harap dengan ini ku akan lebih tabah menjadi pendapatan lebih. Beberapa nasihat yang kuterima. Bermula dari melepaskan yang disayangani ( benda ) demi untuk bergiat lebih tekun lagi. Yang disayangi itu akan mendapat gantinya yang lebih baik lagi.PRICE 5D

5DMII 24-105mm fasa 1 100mm macro  HD macro extflash 580 Ex II   IMG_2427IMG_2419 IMG_2420 IMG_2421IMG_2417  IMG_2394IMG_2393 IMG_2410IMG_2396IMG_2414 

  IMG_2412 IMG_2409

ALL SOLD OUT… THANX TO BUYERS….