Sunday 27 March 2011

Hasil Kerja

Waktu pagi sebelum hendak berangkat kerja, kelihatan sekumpulan pekerja mengali lubang longkang yang ditimbusi oleh tanah. Memang patut kerja-kerja pembaikkan ini dibuat. Ini disebabkan apabila hujan turun, jalan raya selalunya akan digenangi oleh air. Walau tidak seteruk mana, namun rasa kurang selesa ditambah lagi jalan raya yang berlopak. Ku ucapkan tahniah kepada Pejabat daerah atas usaha ini.

Pekerja tersebut sempat ku sapa dan ku tanya hendak dibuang kemana tanah-tanah yang digali itu. Jawapan ada pada gambar. Namun ku sarankan agar dibuang jauh ke tengah agar tidak susur semula ke longkang. Jika berlaku akan sia-sia sahaja usaha tersebut. Mereka akur dan berjanji akan melakukannya agar tidak susur. Ku harap selepas ku pulang dari kerja, janji dan kerja yang mereka usahakan adalah berbaloi sebab, kerja-kerja tersebut ku yakin berbayar atas sebab perkhidmatan samaada melalui tawaran atau sebutharga ( terpulang pada harga perkhidmatan ).

Namun apa yang dikata, dijanji hanya tinggal begitu sahaja. Dimana harga perkhidmatan tersebut? dan hingga hari ini, aku tidak jumpa lagi pekerja-pekerja tersebut. Tidak adakah peneliti melihat hasil kerja sebelum pembayaran? dan ingin juga rasanya mengetahui berapa harga perkhidmatan dan kontrak dalam perkhidmatan tersebut? adakah cukup untuk digali lobang longkang atau perkhidmatan pembersihan longkang dan sekitarnya?

Awda boleh membuat penilaian sendiri pada gambar bawah ini……

longkang1

Bukan untuk mengadu atau untuk memburukkan sesiapa namun sebagai rakyat, kita juga berhak untuk menjimatkan peruntukkan yang digunakan sesuai dengan konsep ‘Value for Money’… Semoga perbelanjaan yang digunakan disalurkan dengan sebaik-baiknya.

Terbaru:

Sekarang ini, bila dilihat hasil kerja mereka adalah licin dan teratur. Ini disebabkan tanah-tanah yang digali telah dipindahkan ke tempat lain. Mereka telah memunggah tanah-tanah tersebut. Tahniah dan terima kasih atas kerja-kerja yang baik.

Tuesday 22 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Filem epik genre sastera dan sejarah. Filem terunggul Arahan Yusry KRU, ( bukan hendak promosi ) cuma nak berkongsi.

Salute dan pujianku kepada KRU Studios dan pengarahnya Yusry atas kejayaan beliau menghasilkan karya yang bagiku amat menarik. Jalan cerita, latar belakang, set pengambaran, costume dan yang paling menarik adalah seni tempur mereka, terutama tempur tangan kosong. Walaupun ada sedikit aksi yang ku rasa kurang sesuai, namun pujianku tetap pujian. jika diberi markah, 95 % ( terpulang pada awda untuk membuat penilaian sendiri )

Ku tonton filem ini di pawagam ku bawa keluarga, kedua ibubapaku dan adik bungsuku. semua tertarik dan memuji filem ini. Filem sebegini yang ku nantikan selama ini. Filem kependekaran, seni beladiri memang sudah kurang sekarang ini. Lahirnya filem ini sekurangnya mengubat rindu pada filem seni bela diri.

Awal pembuatan filem ini, Pengarahnya mengakui amat tertekan dan memakan masa 2 tahun untuk selesai. Menelan belanja 3 juta untuk pakaian. belum lagi untuk perbelanjaan lain. Dengan kemahiran program komputer Imej Janaan komputer ( Computer-generated imagery – CGI ) menjadikan filem semakin menarik.

Kepada yang belu melihat filem ini, jangan lepaskan peluang ini. Memang tidak menyesal. Akan ku cari DVDnya dan melihat lagi.

Ku rasa filem ini akan menjadi filem antarabangsa jika diketengahkan. KRU Studios, buatlah lagi filem begini.

Pengarah, pelakon, skrip dan sebagainya dibawah ini;

Mau lagi ada filem epik sebegini nanti…….

Sunday 20 March 2011

Ole-oleh dari Bandar Miri, Serawak.

Berlibur sekejap di Bandar Miri, Serawak.

Tujuan sekadar jalan-jalan sambil membeli mana-mana yang diinginkan. Bersama keluarga dan ipar-iparku.Ku ingin memperkenalkan tempat makanan melayu iaitu restoran Selera Rasa Segar. Menu utama adalah Nasi lemak. Memang sedap dan pedas. Ku diperkenalkan oleh temanku. sekarang ku bawa keluarga dan teman-temanku bila kami datang ke Miri. Harga sederhana dan terpulang menu yang kita pilih. Bagi ku, aku makan nasi lemak ayam percik dan harganya RM$ 10.50. Memang sedap sebab rasa nasi lemaknya memang diutamakan oleh si pemilik restoran ini., Jarang kami lihat kosong, tentu ada saja pelanggan yang duduk makan. 

IMG_0888 Menu: Nasi lemak, Ayam salai Percik, Telur mata Lembu, Daging masak rendang dan sambal. Memang agak Popular dikalangan orang-orang Brunei restoran ini. Dulunya jika datang Miri, makan tengahari pasti makan d KFC, Sugarbun dan sebagainya. Nah sekarang cuba lah.

Disamping hendak makan, ku tidak melepaskan peluang untuk membeli kasut sukan. Hajat hendak membeli sudah lama bila kasut dahulu sudah usang. Kasut untuk berjogging dan dan kasut khas untuk bermain badminton. Niat hendak bersukan sudah ada, dan peralatan pun sudah tersedia. Cuma bila lagi ada masa untuk merealisasikannya. Motivasi barang baru. Ku harap-harap semangat sukanku akan meningkat semula seperti dulu. Semenjak cedera pada lutut, ku rasa keterbasan untuk bersukan. Seingat aku sudah 8 kali ku mengalami cedera pada lutu. Bermula dari bermain bola, badminton, silat, tarik kalat dan akhirnya bila hilang kawalan imbangan badan sewaktu berada dipermukaan yang tidak rata. Lutut sakit dan membengkak. Syukur bila sembuh semula dan pulih seperti biasa. Memang sengsara rasanya. Kaki bersimen, berjalan pun sakit, apatah lagi untuk membengkokkan kaki.

Mudahan kali ini ku dapat menjadi ahli sukan semula walaupun tidak sepantas atau berstamina seperti dulu. Cuma sekarang bersukan untuk kesihatan dan menurunkan berat badan.

IMG_3595

Rancangan bersukan selepas waktu bekerja atau sebelah malam. Jogging dan kemudian bila badan sudah menerima keadaan bersukan barulah dilaratkan kepada sukan badminton. Sudah berhabuk peralatan badmintonku. Bersukan harusku mengawal pergerakkan ku sekarang agar tidak cedera lagi. Mudahan.

Wednesday 16 March 2011

Hari Ulang tahun IBUBAPA/ MENTUA/ NENEK

Rancangan berjaya, Rancangan ini sebetulnya bermula dari abangku mengenai hasratnya mempelawa makan malam sempena meraikan ulang tahun kelahiran ibu bapa kami. Jamuan makan malam semua ditanggung oleh beliau. Kami adik beradik yang lain diberi mandat untuk mengusahakan kek hari lahir. Semua sudah sedia. Kakaku menerima mandat tersebut. Manakala aku pula mengusahakan hadiah kejutan. Adik beradik telah bersetuju dengan cadangan. maka bermulalah misi untuk membuat kejutan. Ku hubungi seseorang untuk menghantar hadiah yang dibeli.

Ku berpakat dengan pemborong agar menghantar pada alamat yang ku berikan. dan ku hubungi adikku yang berada di alamat tersebut agarr memastikan mereka berada dirumah. Akhirnya pemborong sampai dan hendak memasang hadiah tersebut. Ayahku berkeras agar jangan dipasang sebab beliau tidak membelinya atau tidak pernah memesan untuk dipasang. Pemborong menjalankan tugas dengan baik. sebab sebelum ini, aku memesan agar jangan beredar jika disuruh pulang oleh orang tua ku. Pemborong hanya mengatakan mereka menjalankan amanah dari seseorang yang mereka tidak ketahui. Pemborong telah menerima pembayaran dan diarahkan untuk tindakan selanjutnya. Akhirnya ayahku akur tetapi dengan tegasnya beliau tidak akan bertanggungjawab jika ada perkara tidak diingini berhubung dengan pemasangan itu.

Pada sebelah malam, acara makan malam berjalan seperti biasa. Bermesra, jenaka, menikmati jamuan. Menu pun sedap. Ku lihat wajah kesayangan kami nampak ceria dan gembira. Melihat anak-anak berkumpul bertemu kesemua cucu. Mungkin terubat rasa rindu mereka. Sekali lagi kejutan dibuat apabila ada 2 kek harijadi dihadapkan pada mereka. Lagu dinyayikan oelk semua anak dan cucu mereka. Sungguh terharu. Acara meniup lilin dan suap menyuap berlaku. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Menu terakhir diumumkan iaitu steamboat ( shabu-shabu ). Memang enak dengan sup dan bahan-bahannya. Akhirnya diumumkan bahawa berlaku perkara yang diluar jangkaan ibubapa kami pada waktu paginya. nah sekarang barulah mereka yakin bahawa semua kejutan pada pagi itu adalah rancangan kami adik beradik. nak tahu apa? inilah yang kami hadiahkan. Sebermulanya adalah hasrat ibubapa kami untuk memilikinya semula apabila yang dulu milik mereka telah tidak berfungsi lagi, sekarang kami cuba merealisasikan impian mereka.

IMG_0871 Walau sederhana namun mempunyai impaknya. Gaya dan cara kami membuat kejutannya juga meninggalkan kesan. Niat baik insyallah ada keberkatannya.

Berikut sekitar majlis tersebut “ Keluargaku kehidupanku”

IMG_3332 IMG_3334  IMG_3361 IMG_3335 IMG_3406IMG_3374

Semoga Kedua ibu bapa kami sentiasa sehat dan dirahmati Allah…Amin

Teguranku

Disalah satu kawasan membeli belah. Ku hairan tempat meletak kereta dihalang dengan penyimpanan kerusi. Mujur ada tempat letak kereta kosong ku jumpai. Hasrat untuk membeli sedikit keperluan. sewaktu menuju kedai yang dituju. Ku lihat ada perkara yang menarik perhatianku untuk mengetahui. Setelah selesai belian, aku pun bertanya kepada beberapa pekerja yang memunggah barangan mereka.

Pertanyaan ku hanya muda, adakah tempat meletak kenderaan ini diperbolehkan untuk memasuki kawasan kaki lima? Pertanyaanku seperti angin dan mereka hanya tersenyum. Bila ku keraskan pertanyaanku semula, barulah mereka ( lebih kurang 7 orang ) rasa tersentak dan gelabah untuk menjawab soalan. Salah seorang daripada mereka cuba untuk menjawab soalanku, dengan mengatakan mereka hanya simpan barang. Ku tanya adakah boleh memasuki kawasan kaki lima? dan ku nyatakan laluanku terhalang. Selepas itu ada pemandunya seperti marah-marah dan menutup dinding kenderaannya. Ku tanya kenapa tutup dengan kasar? Tiada jawapan dan ku cuba panggil pemandu tersebut. Barulah ada supervisor datang menjumpaiku dan meminta maaf. Ku hanya orang biasa dan tidak mahu sesuatu perkara dibuat sesuka hati tanpa memperdulikan keadaan sekeliling.

Ku hanya meminta kepastian, jika memang boleh dan dibenarkan, aku ingin meminta kepastian sebab aku juga akan meletakkan kenderaanku pada tempat yang sama untuk menyimpan barangan belianku nanti. Jika memang dilarang dan ada dalam syarat maka mengapa perkara ini dilihat remeh oleh mereka? dan ku kesalkan mengapa tiada individu yang menegur perkara ini?

Memunggah dengan cara membalingkan dari atas kenderaan dan disambut oelh temannya dibawah. Jika ketika itu ada orang yang melintas, dan berlaku perkara yang tidak diingini, adakah akan ada sikap bertanggungjawab atau hanya sekadar meminta maaf?

Awda lihatlah dan pikirkanlah..mungkin aku terlalu sensitif mengenai perkara ini dan mungkin juga perkara ini tiada menjadi masalah.

Peniaga lain ada juga yang berniaga dekat kenderannya, tidakkah perkara ini menjadi gangguan pada mereka?

IMG_0865a

Tuesday 15 March 2011

Apa dah jadi ?

Terkejut dengan penemuan ini. Pada minggu yang lalunya ketika membuang sampah, tong sampah nampak elok. tetapi pada minggu lepas ku lihat tempat pembuangan sampah ini kelihatan rosak dan usang. Bila dilihat ada kesan pembakaran yang dilakukan dalamnya.

Apakah prosedur pembersihan? adakah memang disitu juga untuk melupuskan sisa-sisa sampah? Setahu aku ada tempat pusat bagi pembuangan sampah ini bagi proses pelupusannya. Tetapi bagaimana hal ini? Hartabenda Kerajaan hendaklah dijaga dengan baik dan menurut peraturan kewangan juga ada menyatakan peri pemeliharaan hartabenda kerajaan ini. Hatta barang yang sudah obsolet juga mesti dipelihara dan dijaga keselamatannya sehinggalah ada kebenaran penghapusan. Bukan hendak menyalahkan sesiapa, cuma apabila dilihat impaknya perkara ini sangat-sangat tidak perlu diamalkan. Nanti jangan pula jika sampah diletakkan di luarnya, kita akan marah-marah. Ada sebab perkara ini berlaku. Dan aku juga percaya ada alasan dan sebab tempat pembuangan sampah ini menjadi begini.

IMG_0866IMG_0867IMG_0868

Perkara ini perlu diambil perhatian. jadikan negara kita sifar kepada kekotoran.

I won a big sum $$$

Got a message via phone..indicate that i won a lottery… My question is, Since when i’m involve with lottery?

How they managed to get my number? Is there any systems that may block those spam?

If this for real..i will become a short term wealthy man..….

 

IMG_0864