Monday 21 February 2011

Jadilah diri kita sendiri ( Be Ourself )

Entry kali ini ku khususkan bagi mereka-mereka yang selalu beranggapan bahawa bodek ketua / ampu atasan adalah jalan terbaik untuk maju.

Tidak semua perkara tersebut boleh melunakkan ketua. lebih-lebih lagi jika atasan tersebut memang berpengetahuan luas dalam etika kerja. dan juga tidak akan mendatangkan kesan jika yang diampu tersebut jenis tak masuk ampu. Kisah ini sering ku lihat dimana-masa tempat kerja. tidak kiralah sektor swasta ataupun pejabat-pejabat kerajaan. Fenomena ini sukar dibendung sebab modus operandinya memang licik dan teratur. Ada dengan menunjukkan kerja yang baik depan ketua, padahal yang bertungkus lumus mengerjakan tugasan adalah teman sejawat atau kakitangan. Ada juga dengan menjarumi ketua dengan kata-kata pujian dan menjatuhkan orang lain. Terpulang kepada individu tersebut untuk merealisasikan impiannya. Namun perlu diingat, sesuatu yang diusahakan dengan cara dan niat yang tidak betul akan memakan diri sendiri dan tidak akan bertahan lama.

Pernah suatu ketika dahulu, apabila aku diberikan tugasan secara total. Arahan diberi kepada ku untuk menerajui satu perkara. Alhamdulillah ku usahakan dengan terbaik ku mampu. Cuba membuat pembaharuan dan kemajuan. Namun dipandang serong. Sewaktu melaksanakan tugas, aku jarang berjumpa dengan atasanku untuk mengatakan masalah, segala masalah akan cuba dirungkai bersama komiti ku. Permohonan selalu dipersetujui. Ini yang mungkin ada yang disalah anggap oleh yang lain. Desas desus mengatakan aku kaki ampu. Akhirnya aku temui sendiri sumber yang menyebarkan propaganda tersebut. Ditanya masalahnya denganku dan ku terangkan tujuanku bekerja, ku terangkan perincian tugasanku. Dan dengan rela hati akan diserahkan tugasan tesebut jika beliau mahu. Namun ditolak dengan alasan tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ku pegang. Tidak sanggup akhir balik dari kerja, tidak sanggup mengeluarkan duit sendiri, tidak sanggup menyelesaikan masalah yang timbul. dan akhirnya tidak sanggup membuat perancangan dan program. Memang geram berhadapanan dengan jenis manusia yang hanya tahu melihat luaran tanpa menyelidiki hakikatnya. Umpama hanya menilai cawan yang indah tanpa mengetahui rasa minuman tersebut. Bagi ku manusia jenis ini memang jijik dan akhirnya ku ketahui dari cara pergaulan dan tuturkatanya yang beliau memang mahukan kuasa dan pangkat. Serta merasa cemburu kerana kurang dipercayai dalam melaksanakan tugasan tambahan. Aku akur namun sempat ku bepesan dengan tegas bahawa “Aku bekerja dengan niat baik untuk kehidupanku, dan jangan sesekali diganggu tebuan dalam sarang, dan jangan sesekali dibanguni harimau yang sedang enak tidur”. Akibatnya aku diboikot dan ditabur fitnah yang bukan-bukan. Itulah antara bahana dan bahayanya jika dalam kelompk kita ada yang kaki ampu. Dan bagiku, aku cukup pantang dengan manusia spesis begini. Kepada kakitangannku juga ku nyatakan tidak perlu aku untuk diampu atau bodek. Sebab tiada kuasaku untuk memberkan kredit lebihan.

Jadilah kita sebagai diri kita sendiri. Kita yang mencorakkan arus kehidupan kita, bukan orang lain. orang lain hanya sebagai peransang, motivator, contoh , pencetus semangat, tempat belajar dan juga tempat kita menilai. Yang penting adalah pengetahuan dan pengalaman kita. Tidak tahu biar bertanya agar tidak sest, bertanya tidak semenstinya kita bodoh dan hina. Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin merendah diri. jangan seperti tin kosong yang hanya tahu bersuara tetapi hakikatnya tiada apa-apa. Sesekali biarlah kita menjadi watak antagonis/pembangkang demi untuk kemajuan dan kejayaan. Jadilah kita sendiri dengan identiti sendiri. Mana yang kurang harus ditambah, yang terlalu lebih harus dibatasi dan diimbangi.

Terakhir aku berjumpa dengan kaki bodek adalah kemarin dan terasa meruap melihatnya. Masyallah…Aku tidak mengatakan yang aku adalah baik ataupun yang terbaik, pintar atau banyak kebolehan..Aku adalah aku yang masih belajar erti kehidupan…

Jadilah kita sebagaimana kita dengan keyakinan…seperti gambar dibawah ini….( gambar ini ku muat turun dari sesawang siber, kredit kepada yang empunya gambar-ku ubahsuai sedikit)

Courage cat Seekor kucing yang melintas dihadapan sekumpulan anjing yang nampak garang. Hanya diperhatian tanpa diganngu. Kucing yang mempunyai wibawa akan digeruni oleh yang lebih berkuasa. Begitu juga kita, jika kita melaksanakan tanggungjawab dengan lurus, kita juga tidak mustahil akan digalati / dihormati oleh atasan kita. Semoga kita beroleh manfaat. Dan sama-samalah kita berusaha kearah kebaikkan…

Bekarih, Bejarih dan Belurih ( Berkesanggupan, usaha kental, kejayaan)

Sunday 20 February 2011

Life Is Like A Cup of Coffee - Inspirational Video Movie



Hidup dengan tekanan yang direka sendiri. Fikirkan sejenak mengapa kita perlu berusaha dan bekerja. Untuk apa kita bekerja?
Bila tekanan melanda memang pahit untuk dihadapi. Namun kita ada tempat untuk mengadu dan memohon pertolongan dan perlindungan.... tempat memohon yang hakiki....

Saturday 19 February 2011

Stork / Kenawai / Bangau

 

Beberapa ekor bangau kelihatan hinggap di atas pokok kelapa sebelum pulang ke ganggang. Berkumpul bersama. Kurakamkan dengan kamera DSLR ku ketika hendak maghrib. Memang indah pemandangan bila mereka terbang pusing keliling secara berkumpulan. Bila ada yang hinggap, maka keseluruhannya pun hinggap di pokok. ( Gambar bawah tiada superimpose atau editing untuk menambah burung )bangau1-1-1Oh Bangau oh Bangau
Kenapa engkau kurus, Macam mana aku tak kurus, Ikan tidak timbul 2x
Oh ikan oh ikan
Kenapa engkau tidak timbul, Macam mana aku nak timbul, Rumput panjang sangat 2x
Oh rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat, Macam mana aku tak panjang, Kerbau tak makan aku2x
Oh kerbau oh kerbau
Kenapa engkau tak makan rumput, Macam mana aku nak makan, Perut aku sakit2x
Ok perut oh perut
Kenapa engkau sakit, Macam mana aku tak sakit, Makan nasi mentah2x
Oh nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah, Macam mana aku tak mentah, Kayu api basah2x
Ok kayu oh kayu
Kenapa engkau basah, Macam mana aku tak basah, Hujan timpa aku2x
Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu, Macam mana aku tak timpa kayu, Katak panggil aku2x
Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan, Macam mana aku tak panggil, Ular nak makan aku2x
Ular oh ular
Kenapa engkau kau nak makan katak, Macam mana aku tak makan katak, Memang makanan aku2x

Di atas adalah lagu kanak-kanak yang menceritakan rangkaian masalah dan puncanya. Mulai dari burung bangau yang kurus hinggalah kepada ular yang memakan katak. Lagu ini seolah-olah cuba mengelak punca masalah. Bangau yang kurus tidak makan sebab ikan tidak timbul. Disalahkan ikan, ikan pula memberikan alasan rumput panjang. Kerbau disalahkan sebab tidak makan rumput hingga rumput tumbuh panjang. Kerbau pula berdalih dengan alasan perut sakit, sebab itu tidak mampu untuk makan. Sebab nasi mentah perut sakit. Kayu basah pula menjadi sandaran untuk beralasan. Ular akhirnya menjadi punca masalah sebab hendak makan katak, walhal itu adalah makanannya. Demi untuk mengelak diri menjadi mangsa, katak memanggil hujan. Hujan pula disalahkan ? jadi semua itu salah siapa? apa penyelesaiannya? bolehkan mencari penyelesaian daripada saling menyalahkan.

Itu adalah senario bila berlaku masalah. Masing-masing cuba untuk membuktikan diri tidak bermasalah. Fenomena ini paling ketara di tempat kerja. Bila rakan sekerja tidak mempunyai wibawa selaku pekerja yang beramanah. Ataupun bila mempunyai ketua yang selalu marah, bengis atau terlalu menekan. Maka inilah akibatnya, semua berdalih. Seperkara lagi bila kakitangan ini merupakan seorang kaki bodek, ampu dan mengutamakan pujian ketua. Hanya bekerja bila dihadapan ketua. Bila ketua marah atau ketua kurang memerhatikan, mulalah membuat karenah atau bermasam muka dengan teman sekerja.

Gelagat ini memang lucu dan menyakitkan hati. Sebermula perkara ini, bila ku sendiri merasainya. Baru menjadi pegawai sudah berlagak dan menunjukkan diri menguasai pengetahuan. Namun bila diberi tugasan, mulalah kucar-kacir dan tidak sempurna. Tidak mahu bertanya, alasan takut dianggap kurang  berpengetahuan. Tidak salah untuk bertanya jika kurang memahami, dan tidak salah untuk bekerjasama untuk kemajuan. Terpulanglah pada diri sendiri untuk menimba ilmu. Berbagai cara untuk belajar.

Berbalik pada lagu tadi, jika sudah tugasan tidak menentu, maka mulalah dikatakan kurang kerjasama, kurang bahan dan menyalahkan orang lain. Bolehkan fenomena ini berubah? Insyallah…..

Kenawai ( dalam bahasa melayu Brunei ) atau burung bangau ini, jarang sekali kita melihat mereka bergaduh..dan yang sering kita lihat adalah berkumpulan..bahkan apabila hendak pulang ke sarang mereka, mereka akan terbang bersama secara berkumpulan. Perkara ini boleh kita aplikasikan dalam harian kita. Kurangkan rasa untuk gaduh, saling bekerjasama dan saling membantu.

Moral of the story : tidak usah menjadi seorang kaki bodek kepada ketua. Tidak usah menjadi ekor kepada ketua. Bekerja dengan ikhlas tanpa rasa untuk menjatuhkan orang lain. Ingatlah bahawa kita sendiri makhluk yang tiada kuasa… tidak berkuasa…

Friday 18 February 2011

Selawat & Salam

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Songkok MSOAS

Maulidur Rasul, Hari bagi mengingati kelahiran Baginda, menghayati peri kehidupan yang Baginda lalui hingga menjadi pemimpin Umah. Contoh teladan yang ditunjukkan dan diamalkan oleh Baginda menjadi asas kepada membentuk keperibadian Baginda sesuai dengan Akhaq Islami hakiki. Ramai yang mengatakan cinta Rasulullah tetapi sejauh mana dan sedalam mana cinta tersebut. Secara peribadi saya sendiri masih lagi cuba untuk menteladani Sikap dan Akhlaq Baginda. Akhlaq Baginda adalah Akhlaq Al-Quran ( Sila rujuk lagi kepada yang pakar mengenainya). Cukup ku katakan perkara tersebut. dan penghuraian dan kupasannya memang banyak di buku-buku ataupun ceramah-ceramah tentang Baginda dan hubungkaitnya dengan Al-Quran ini.

Sambutan Maulidur Rasul di raikan pada setiap 12 Rabiulawal. Seluruh dunia meraikannya dengan cara masing-masing. DI negara kita akan bermula dikir di masjid-masjid mulai 1 hb Rabibulawal ini. bertitik tolak pada tahun Gajah di zaman Jahiliah inilah kelahiran Baginda. Majlis dikir tersebut berlansung selama 12 malam berturut-turut dan kemuncaknya adalah perarakan besar dan melaungkan selawat ke atas Baginda. Tidak perlu ku nyatakan disini  kelebihan dan keutamaan Selawat. Terlalu banyak yang kita perolehi. Diantaranya adalah sebagai syafaat/bantuan kepada kita sendiri di hari perhitungan, Sebagai penenang jiwa ketika gelisah, sebagai penawar dan sebagainya. Cerita-cerita kelebihan selawat juga banyak dibukukan dan dijadikan cerita tauladan dan pengajaran.

Ku rasa tidak perlu ku huraikan lebih panjang lagi mengenai Sirah Rasulullah, kelebihan selawat, Perarakan Maulud ( yang memang ulama’ berselisih pendapat mengenainya- ada yang setuju dan ada yang tidak, terpulang pada hujah dan niat masing-masing).

Untuk menghayati lagi Sirah Baginda, ku nukilkan beberapa persoalan yang berhubungkait dengan Baginda agar Iman dan kasih kita kepada baginda semakin mendalam:

1. Mengapakah Baginda di lahirkan di Kota Mekkah, dan bukan di negeri lain?

2. Mengapa baginda dilahirkan dalam keadaan hidup yang susah ( bukan kaya raya )?

3. Kenapa Baginda dilahirkan dengan keadaan yatim ( Ayahandanya meninggal ketika dilahirkan) ?

4. Kenapa Baginda di dalam keadaa yang Ummi ( buta huruf )?

5. Kenapa baginda dianugerahkan dengan Mukjizat Al-Quran dan tidak seperti para Rasul dan Nabi-nabi yang terdahulu?

Cukuplah dahulu soalan-soalan tersebut, semoga persoalan tersebut boleh menambahkan iman dan kasih kita kepada Baginda. Andai ada jawapan Awda, silalah buatkan pada ruangan komen. Semoga Allah memberkati kita semua..Amin

Monday 14 February 2011

Semut bijak

Sunday 13 February 2011

Insfrastruktur untuk keselesaan

Sudah lama tidak pergi ke pantai. Hari ini selepas minum pagi, ku mengajak famili untuk ronda-ronda Pantai Seri Kenangan , Tutong. Isteri menyarankan untuk singah sekejap dan membawa anak-anak menghirup udara segar di pantai. Secara lateralnya, memang belum banyak perubahan yang ada. Suasana masih seperti dahulu. Pemandangan memang masih cantik. masih ada gerai-gerai yang berjual. Pondok untuk berkelah.

Namun satu perkara yang menarik adalah, Kerajaan KDYMM telah menyediakan permainan untuk kanak-kanak dan dewasa. Permainan yang bukan sekadar untuk bermain bahkan juga disediakan peralatan bersenam. Peralatan yang digunakan untuk latihan senam di Gym dimanifestasikan dipantai dalm keadaan yang sedikit berbeza namun mempunyai kaedah, cara dan matlamat yang sama. Ku rasa bersyukur dengan kemudahan yang disediakan. Harap-harap sikap yang maharajalela suatu ketika dahulu tidak berulang lagi iaitu sikap pemugut atau suka merosakkan harta benda. Kemudahan ini adalah untuk awam menggunakannya, maka sama-samalah untuk menjaga. Bukan sedikit belanja yang dikeluarkan. Dan harap-harap juga harta benda ini akan sentiasa dijaga. Pantai bukan setakat dikunjumgi oleh tempatan bahkan juga pelancong asing. Di sini kita memainkan peranan dan menunjukkan budaya kita adalah budaya yang bertamadun. Mungkin melerat entri ini…dan mungkin juga terbawa-bawa dengan emosi tugas. Walau apa pun kita harus bersyukur kerana memiliki negara yang aman damai untuk hidup dengan keadaan yang selesa dan ekonomi yang beranjak maju.

p1                      p2

p3                     p4

                                          p5

Sekali sekala membawa keluarga ke pantai tidak rugi, bahkan kian mengeratkan institusi kekeluargaan…..Cuma kadang-kadang komitmen semasa yang membuatkan kita terhalang untuk mengadakannya…Terpulanglah pada kita sendiri untuk mengurus masa…Selamat berlibur di hujung minggu

Wednesday 9 February 2011

Katak oh katak

Frog

Tiada entri khusus mengenai gambar di atas. Cuma terkejut bila melihat katak ini berada di pagar. Selalunya katak ini akan melompat untuk bergerak. Tapi kali ini hingga separuh pagar dapur rumahku didakinya. Hebat. Jika dulu kita sering mendengar pepatah ‘Seperti katak di bawah tempurong’ , yang membawa makna seseorang yang tidak tahu menahu tentang sesuatu perkara/peristiwa atau keadaan. Namun pepatah itu telah diolah menjadi katak di atas tempurong.

Perumpamaan di atas seolah-olah seerti dengan gambar katak ini. Ini menunjukkan katak juga mempunyai kebolehan dan pengetahuan untuk bergerak. Atas tempurong sinonim dengan telah mengetahui atau memahami ataupun mempunyai daya untuk anjakan paradigma.

Keadaan katak ini awalnya diketahui oleh isteri dan kemudian ku rakamkan senario ini. Dengan keadaannya yang santai, tangannya seperti bertumpu pada pagar. Adakah katak ini ingin mencuba sesuatu atau mengejar makanan seperti lalat atau serangga yang berada di atas. Ataupun berusaha untuk keluar pagar.

*** jika sekiranya dicium katak ini, adakah akan berubah menjadi putera raja yang kacak?

Banyak pengajaran yang orang-orang dahulu membuat pepatah sesuai dengan kehidupan kita. Dan kita harus mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang Allah tunjukkan kepada kita.

Friday 4 February 2011

Happy Chinese New Year

I’m Wishing You All Chinese Community a Happy and Bright New Year 2011

[ A Year of Rabbit ]

IMG_2268

Tuesday 1 February 2011

S.H.U.T 2011 Buat Insan Penyeri hidup

Selamat Hari Ulang Tahun buat isteri dan ibu tersayang. Semoga sentiasa sihat, murah rezeki dan sentiasa dalam lindungan Illahi.

Sambutan Ulang tahun yang sederhana. Namun cukup untuk menunjukkan ingatan tulus ikhlas kami sekeluarga. Rancangan untuk memberikan kejutan tidak kesampaian. Semoga sambutan yang sangat sederhana ini akan dapat memgembirakan hati.

IMG_2103

Permata (Untuk Isteri Ku)
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

[ Kopratasa ]

 

- PADA SYURGA DI WAJAHMU -

Tuhan sengaja menduga kita, Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi, Lambang semangat cinta dunia
Pasti engkau terkenangkan.  Peristiwa semalam
Saat ku menggadaikan cinta, Pada onak dan duri asmara
Entah di mana akal fikiran, Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan,  Menguji kekuatan jiwa
Waktu engkau ku lupakan, Dalam kemarau cinta
Betapa hatimu rela, Demi melihat ku bahagia
Kau menahan segala siksa, Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku 'kan pulang, Agar terang cahaya
Ku yang hanyut di arus dosa, Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan, Kasih sayang sebenar
Air mata cinta darimu, Aku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu, Tiada tanda kau berdosa
Biar aku cium tanganmu, Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa, Di laut ribut melanda
Kau menahan segala siksa, Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan, Mencari cinta sebenar
Kan ku tahan apa hukuman, Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tanganmu, Sekali lagi bersama
Bukan sekali jalan berduri, Hanya Tuhan yang pasti mengerti

LEFTHANDED