Sunday 26 December 2010

Keputusan Pemeriksaan Kesihatan

Sebelum ini, entri mengenai serangan sakit batu karang telah ku muatkan. Bagaimana ia menyerang dan kesakitan pada waktu itu. Pelbagaikaedah untuk mengubatinya telah ku usahakan. Daripada petua hinggalah berubat secara tradisional. Syukurlah sewaktu ku berada di luar negara, sakit itu tidak menyerang atau memberikan impaknya. Pada 23 Disember yang lalu, perjanjian dengan pakar telah dibuat. Kali ini untuk memastikan perjalanan pada saluran kencing. Kaedah yang digunakan adalah IVU ( IntraVenous Urogram ).

Kaedah ini akan melihat kelancaran tersebut melalui sinaran XRay daripada liquid ( radiopaque contrast dye ) yang akan dimasukkan kedalam badan. Suntikan ke dalam pembuloh darah dan akan mengalir ke saluran kencing serta berkumpul di pundi-pundi kencing. kelancaran aliran inilah yang akan menunjukkan samaada ada batu karang atau tidak yang menggangu serta akan mengakibatkan tersumbat.

                          IMG_0596  IMG_0597

Hasil yang ku perolehi daripada kaedah ini amat mengembirakan. Segala batu karang yang ku alami dulu sudah tidak ada lagi. Aku bersyukur dengan Rahmat serta IhsanNYA. Peralatan yang digunakan dan disediakan di Hospital negara kita menelan belanja yang banyak. Syukur atas limpahan Rezeki yang Allah kurniakan pada negara kita hingga Kerajaan KDYMM mampu memilikinya.

                         IMG_0593  IMG_0594

AlHAMDULILLAH………

Monday 20 December 2010

Ninh Kiew Hotel 2 : Vietnam

      IMG_0260  IMG_0263

Sunday 19 December 2010

Percutian Hujung Tahun

Bila melihat dan mendengar kisah lawatanku ke Ho Chi Minh City, Keluargaku pun tertarik hati untuk mengalaminya sendiri. Bulan Disember 2010, kebetulan waktu cuti sekolah, cuti hujung tahun. Kami pun merealisasikan impian tersebut. Vietnam menjadi destinasi pelancongan. Setelah berurusan dengan pemandu pelancong ku di Vietnam, semuanya telah diuruskan dan tinggal untuk harinya sahaja lagi

Semua perjalanan termasuk lawatan dan makan telah ditanggung. Perjalanan diprogram dengan rapi. Lawatan pertama adalah kawasan Mekong Delta. Di sini, perjalanan amat amat menarik, menaikki kereta kuda, sampan dan melawat perkampungan di Ben Tre Island. Seronok. Anak lelakiku amat teruja dan sangat gembira bila berkesempatan menaikki kereta kuda tersebut. Anak perempuanku seronok menaikki sampan kecil. Bagiku ini adalah pengalaman ke dua ku. Memang seronok.

Di hari kedua pula kami dibawa melihat sendiri ‘Mekong Floating Market’. Di sini suasana sangat berbeza, bot-bot sederhana besar akan bersadai dan menjual barangan mereka. Kebanyakkannya datang dari kampong-kampong dan berjaja secara borong. Mungkin harga juga murah-murah. di samping itu kami juga dibawa melawat rumah yang membuat ‘paper rice’ ( nasi ) dan juga membuat mee. Warisan perniagaan tradisi keluarga. Pada malamnya pula kami melihat pertunjukkan ‘Water Puppet Show”. Pertunjukkan ini amat menarik hati ditambah lagi kesan-kesan sampingan, seperti bunyi, hujan, tarian daripada ‘puppet’ itu sendiri. Akhirnya impian keluargaku terlaksana.

Pada hari ketiga adalah hari bagi terakhir. Peluang sehari suntuk telah diprogramkan untuk berbelanja. Supermarket, China Town, Ben Than Market, Saigon Square. Berbelanja dengan harga yang murah dibanding dengan harga di sini.

Jika ada peluang, Insyallah akan menjadi destinasi ku lagi. Perancangan akan dibuat bersama teman-teman photografi.

Cutiku masih ada… Destinasi seterusnya? mungkin ke tempat-tempat yang dekat sahaja dan juga lawatan dalam negeri.

 IMG_0245          IMG_0487    

 IMG_0235          IMG_0380

IMG_0472          IMG_0271

 

IMG_0230IMG_0254 IMG_0312

 

 

 

 

 

 

 

Pic Taken with Iphone..

Thursday 9 December 2010

Salam Hijrah 1432

Muharram 1432 tiba setelah meninggalkan Zulhijjah 1431H.

Sebelum terlalu lewat ku ingin mengucapkan selamat tahun baru HIJRAH kepada semua Umat Rasulullah S.A.W. Semoga tibanya tahun baru ini lebih membawa makna yang hakiki. HIJRAH sebagaimana yang kita maklumi adalah peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah  SAW. Kita ambil iktibar kenapa berlakunya penghijrahan. Kesannya pada waktu itu dan implikasinya pada zaman sekarang. HIJRAH yang dimanifestasikan sekarang lebih menjurus kepada sikap, pemikiran dan pembangunan. Yang sudah baik, bagus harus dipertahankan dan dipertingkatkan. Untuk membuat perubahan, pembaharuan memang boleh dibuat, namun untuk mengekalkan prestasi yang baik itulah yang sukar. Prestasi dan kemampuan diri hanya diri sendiri yang memahaminya. Terpulang kepada individu untuk memulakan langkah pertama untuk HIJRAH.

Azam yang sering dinyatakan..adakah sudah tercapai atam yang lepas? Biarlah kekal pada azam yang lama asal tercapai dan membuat azam baru sebagai landasan untuk HIJRAH. Azam Masihi sering ditanya jika penghujung dan awal tahun. Azam HIJRAH?

Untuk akhir kalam…selamat menyambut tahun baru HIJRAH ( Maal Hijrah ) dengan azam yang lama dan baru.