Wednesday 29 September 2010

Bi Mauizzati Hassanah

2

Muzakarah, perbincangan dan perundingan adalah jalan terbaik untuk menentukan hala tuju dan perancangan yang terbaik. mempunyai dua pandangan adalah lebih baik daripada hanya satu pandangan. Bahkan lebih banyak pemikiran lebih baik, tinggallah kepada ahli fikir tersebut mencari yang mana lebih bernas dan boleh digunapakai. Cuma tinggal segelintir, bila duduk dikerusi perundingan hanya berdiam diri kerana kurang keyakinan untuk menyatakan pandangan, ataupun disebabkan merasa yakin pandangan tidak akan dihiraukan. Kelaziman berlaku. Timun dan Durian istilahnya.

Memang ada dalam perkara ini, kadangkala kita merasa geram dan kecewa dengan cara perundingan. Tidak menghasilkan manfaat dan akhirnya menimbulkan persengketaan. Namun jangan hanya agguk dan geleng serta terus bersetuju dengan keputusan yang dibuat. Biarlah lebih teliti, dan perihatin tentang isu yang dibincangkan. Jika tiada yang membantah, tidak mustahil perkara yang buruk juga dipersetujui..Terpulanglah kepada kita untuk merenungkannya bersama.

Saturday 11 September 2010

Semarak Aidilfitri

opis

Suasana Aidilfitri terasa di mana-mana menjelang raya. Kegembiraan terserlah bila mengusai dan menghias rumah. Di pejabat-pejabat juga tidak kurang meriahnya. Saya percaya di mana-mana pejabat telah dihias dengan cantik, diberi cucul, riben bahkan anyaman ketupat juga digantung tanda musim raya. Apa-apa pun dalam kemeriahan Hari Raya ini, perlu diingat kerja jangan lalai, tanngungjawab harus tetap dijalankan.

Disini ku mengambil kesempatan mengucapkan SHR dan MZB kepada Pegawai dan kakitangan di tempatku bertugas. Semoga Syawal kali ini akan menyemarakkan rasa muhibbah dan Mawaddah serta mesra sepanjang menjalankan tugas dan tanngungjawab.

mereka-mereka yang bertugas atau belajar diluar negara, setentunya merasa syahdu bila berjauhan dengan keluarga. “Tidak perlu risau sebab yang pastinya Hari Raya pasti akan berulang setiap tahun”.. ehe.( antara nasihat yang pernah ku dengar dahulu )

IMG_6591p/s: Kepada my staff, SHR dean MZB serta terima kasih atas bantuan dan kerjasama yang diberikan selama ini, walaupun saya baru ditempatkan bertugas bersama kalian. Selaku Pemimpin di sana segala arahan dan teguran adalah sebagai paradikma dan dinamika tugas menuju cemerlangan kerja yang lebih terarah.

Friday 10 September 2010

Tulus Ikhlas

Sempena Syawal ini, sekali lagi ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf dan ampun dipinta segala kesalahan dan silap.

Bulan Syawal inlah juga peluang dan tujuan utama kita berkunjung menziarahi sanak saudara, sahabat handai serta untuk memohon kemaafan, menghubungkan seterusnya mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang yang tulus. Terkenang sewaktu kecil dahulu ketika tibanya musim raya, beraya bersama kawan-kawan. Yang seronoknya dapat bersama kawan-kawan disamping diberi sampul hijau. Bila semakin remaja, beraya bersama kawan-kawan sekolah dan berkonvoi beramai-ramai ‘melanggar’ ( ziarah ) rumah kawan. Namun sebelumnya ziarah kerumah nenek, saudara bersama keluarga. Suasananya sekarang sudah berubah. Aku bersama isteri dan anak-anak. Membawa ziarah nenek mereka, dimalam raya lazimnya bertakbir raya dan memohon keampunan dari kedua ibu bapa.

Menziarahi kubur bagi memanjangkan fadhilat ayat-ayat suci Al-Quran tanda mengenang yang sudah tiada. Inilah dinamakan hubungan erat antara sesama manusia. IMG_0308

Negara kita adalah negara yang Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur iaitu negara yang sentiasa dilimpahi rahmat. Pemimpin juga sangat perihatin terhadap rakyat dengan menghulurkan bantuan berupa kemudahan dan juga wang ringgit. 

Ketulusan inilah yang membawa kita kepada kedamaian dan harmoni sebaagai satu institusi kekeluargaan dan kenegaraan.

IMG_6195a

Kasih Sayang terukir diintrepretasikan melalui tingkahlaku dan perbuatan

Setiap usaha dan amalan kita biarlah

TULUS DAN IKHLAS

Thursday 9 September 2010

Salam Aidilfitri

Shr

Monday 6 September 2010

Hujung minggu terakhir puasa

Kek

Hujung minggu ini dihabiskan di rumah saja , jadi orang rumahku mengisikan masa terluang dengan mem’bake’ kek Tapak Kuda dan roll Durian.Tahun ini first time Isteriku membuat kek roll, biasanya setiap tahun sempena menjelang Hari Raya selalunya kami akan menempah atau membeli di kedai jualan promosi raya. Kata Isteriku, berbaloi membuat kek sendiri walaupun penat tetapi seronok. Belanja membuat sendiri lebih jimat daripada membeli. Namun aku sempat juga menempah beberapa kek roll sekadar menambah menu dalam hidangan nanti apabila tetamu berkunjung. Aktiviti ini insyallah akan diteruskan pada tahun akan datang dan Isteriku juga berhasrat akan mempelajari lagi berjenis-jenis kek dan masakan, baik di layar Televisyen ataupun melalui buku. Berkongsi dan bertukar-tukar bahan dengan temannya, adik beradik, ipar serta mertua memang lazim dibuat. Memang naluri wanita suka memasak. Aku sendiri memang suka memasak namun tiada bakat. Tetapi untuk menikmati juadah memang bakatku….Hehe. Setakat ini beberapa kek sudah menjadi hidangan sewaktu santai menonton TV. Maaf ya…memang sedap.

Ku akui Isteriku memang pandai memasak dan berusaha untuk menyediakan masakan kesukaan kami sekeluarga. Terima Kasih atas usaha yang dilaksanakan selama ini.

Entry dibawah ini adalah antara juadah berbuka puasa kami tadi atas permintaan anak perempuanku yang berumur 6 tahun, dan Nasi Ayam. Biarlah isteriku berehat dari memasak bagi memberi ruang padanya untuk aktiviti membuat kek Raya

satay

Selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini akan diterima Illahi..Amin