Monday 26 July 2010

Batu

stone

Entri kali ini berkisar tentang BATU. Bermacam-macam ungkapan dikaitkan dengan batu, dalam pepatah, pantun, sindiran ataupun perumpamaan.

Jika merujuk kepada sikap manusia akan terdengarlah ‘kepala batu, hati batu, dan sebagainya’. Bila melihat pada perbuatan pula, ‘batu api’ akan terlintas di minda. Kesemua perkara di atas merupakan sikap yang secara ironi sesuatu yang negatif. Tetapi pada saat-saat/keadaan tertentu ia akan menjadi perkara yang baik umpamanya perpegang teguh pada pendirian dan tidak terpengaruh pada unsur lain hingga dikata hati batu. Tetapi menjadi ‘batu api’ ini sebaiknya dielakkan kerana dengan lidah yang mengeluarkan kata-kata boleh membunuh jiwa seseorang. lidah adalah lebih tajam daripada mata pedang. Awas jangan sampai termasuk ke dalam golongan ini. Fitnah adalah sinonim dengan batu api ini. Dan fitnah juga mempunyai potensi dosa yang besar.

Hal ini ku nukilkan juga melalui pengalaman sendiri bila menegur seseorang. Diberi nasihat, diberi tunjuk ajar, diberi teguran, ditunjukkan tauladan, diceritakan kisah agama, namun umpama menjirus air ke daun keladi, atau air embun di pagi hari, bila datang panas akan hilanglah ia. Perkara ini tidak kiralah dimana sahaja, pasti akan berlaku. Di sekolah ataupun di tempat kerja bahkan sewaktu bersosial. Guru kepada murid, ketua kepada orang bawahan, ibubapa kepada anak, antara sesama keluarga, rakan dan sebagainya. Mudahan kita termasuk orang-orang yang bijak dan mahu menerima teguran. ( teguran biarlah yang membina dan bukan meruntuhkan). Yang pastinya orang yang memberi nasihat atau teguran mempunyai pengetahuan perkara yang diungkapkannya, jadinya dengarlah dan fikirkanlah.

Ada perumpamaan dari orang tua-tua dan merupakan bentuk soalan. Untung sabut timbul dan untung batu tenggelam. lebih baik sabut sebab ia timbul. Tetapi dalam konteks perhubungan, manakan yang lebih baik? Sabut atau batu? Sabut yang akan hanyut atau batu yang akan bertahan dalam air? terpulang awda membuat tafsiran sendiri.

 

Yeah lets Rock ( yeah mari membatu…hehe )

stone2

Wednesday 21 July 2010

Memburu cahaya

Gadong

Sekadar mencuba menggunakan slow shutter. Hasil yang diperolehi belum memuaskan hati. Tetapi Alhamdulillah beroleh gambar di atas. Diaplikasikan tutorial yang rakan berikan.

Yang mengembirakan adalah aku berjaya dan terlaksana mengambar panorama ini dari atas.

Merakamkan ‘Light trail’ memang seronok namun perlu ada kesabaran.

Sunday 11 July 2010

8th Birthday

Selamat Ulang Tahun yang ke lapan kami ucapkan kepada Md. Zawir

Dengan ucapan semoga menjadi anak yang berwibawa ssesuai dengan nama yang diberikan ( Zawir- Ketua(kepimpinan), menjadi anak yang soleh, pintar dan sentiasa dalam keadaan sihat. Majlis ulang tahun ini juga merupakan interpretasi kepada rasa kasih sayang kami. Semoga menjadi penawar kepada kekusutan hati Mu anakku, dan semoga dapat memberikan impak di hatimu, dan semoga dapat mengembirakanmu..harapan kami hanya 1 iaitu memberikan yang terbaik.

We love you so much

IMG_4557IMG_4451 IMG_4459IMG_4482IMG_4477IMG_4498IMG_4528IMG_4545IMG_4590IMG_4610IMG_4640           Kami sekeluarga ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian para keluarga di majlis hari ulang tahun tersebut dan juga diucapkan trimas atas sumbangan yang diberikan. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

Nusa Jaya School – Walkaton Kesihatan

IMG_4283

Anjuran bersama guru-guru sekolah dan Ibubapa murid ( Persatuan IbuBapa Guru - PIBG )

IMG_4275 Tetamu Kehormat :

Cg Kani bin Abdullah Ulang

Jabatan Sekolah-sekolah,Daerah TutongIMG_4260IMG_4307IMG_4320IMG_4328IMG_4335IMG_4355IMG_4360IMG_4386IMG_4408Hakikatnya hubungan mesra dan harmoni antara guru-guru ( pihak sekolah) dan ibubapa murid hendaklah wujud bagi mengekalkan tahap pengajaran dan pembelajaran anak-anak. Disamping itu, ia boleh menjadi landasan untuk perbincangan kearah kecemerlangan yang kita harapkan. Aktiviti yang bercorak ‘win-win situation” antara kedua pihak hendaklah diteruskan. Signifikannya amat ketara dari pelbagai sudut jika dibanding hanya untuk kepentingan peribadi.

Sekolah adalah rumah kedua bagi kita, masa yang diperuntukkan dalam setengah sehari tersebut walau singkat tetapi memberikan impak yang sangat mendalam. Kesan negatif atau positif amat menentukan masa hadapan. Jadikan sekolah tempat yang indah , dan masa yang berharga. Apa peranan kita kearah tersebut? Belajar memang susah dan mungkin membosankan…tetapi jika wujud keadaan yang kondusif untuk menimba ilmu, insyallah akan lebih mendorong untuk belajar. Aktiviti luar kelas pemangkin kepada pertumbuhan psikomotor dan kognitif kita.