Saturday 29 August 2009

In Action

Sekadar ingin mencuba apa yang dibaca dari buku mengenai photograpi..PANNING.
Sebelum ini ku telah mencuba teknik mengambar aksi-aksi. Dan setelah bertanya dan membaca serba sedikit panduan mengenainya, akhirnya ku berjaya mengambil gambar tersebut. Dan memang belum cukup baik ku rasa. Nanti akan dicuba lagi.
Modelnya berlari dalam keadaan masih berpuasa. Ketika mereka bermain-main sementara menunggu waktu berbuka puasa dan saat keriangan mereka itulah ku rakamkan aksi mereka. Anak-anakku model yang tidak banyak karenah. Boleh bergaya sendiri tanpa diarahkan..ada bakat dan mewarisi bakat 'amit' mereka mungkin.
Atas si abang dan bawah aksi di adik

Hajat orang berpuasa


Semalam, kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk bersungkai restoran..kami mencari tempat dan kawasan yang tidak sibuk dengan pelanggan. Maklumlah sekarang ini kebanyakkan restoran dan kedai-kedai makan akan dipenuhi oleh pelanggan yang hendak bersungkai puasa.
Tempat yang dituju adalah sederhana, selesa dan tidak sakit kepala untuk memikirkan karenah orang lain..( berebut mengambil makanan). Berebut-rebut memang perkara yang tidak ku gemari.
Melihat anak-anakku dan isteri makan lebih dari biasanya membuat hati rasa senang dan bahagia. Menikmati makanan dengan selesa.
Cuma perlu diingat, tujuan kita berpuasa dan bersungkai..Jika berpuasa hanya sekadar adat dan bersungkai dikedai-kedai dengan niat menunjukkan kemewahan, perlulah difikirkan semula mengenainya..Perkara ini ku dengar dari teman, katanya bersungkai direstoran menunjukkan prestij dan status..bagiku hal ini yang boleh mengurangkan darjah puasa, sebab terdapat ri'a didalamnya...tetapi jika sekiranya niat untuk bersedekah semata, bagiku perkara ini tiada menjadi kesalahan...apapun juga, betulkan niat dan hala diri ke Siratulmustakim.

Selamat menunaikan ibadah Puasa. Sehingga sekarang kedua-dua anakku belum pernah ponteng puasa...latihan awal, membentuk sedari kecil.

Friday 28 August 2009

Semarak Ramadhan







Ramadhan Al-Karim..bulan yang suci, bulan mulia dan bulan rahmat. Bulan yang didalamnya terdapat malam yang agung..Lailatul Qadar. Kalam Allah juga diturunkan pada bulan ini 'Nuzul -Al-Quran'.
Seperti lazimnya, apabila tiba bulan Ramadhan masjid-masjid akan lebih meriah dan jemaah datang untuk menunaikan solat Terawih dan begitu juga membaca Ayat-ayat suci Al-Quran. Perkara ini tidak hanya tertumpu pada individu bahkan Kementerian kerajaan, persatuan pertubuhan juga tidak melepaskan peluang yang ada ini untuk mengunjungi masjid-masjid. Bagi Kementeria pula, majlis sering dilaksanakan dan seterusnya menyampaikan wakaf kepada masjid-masjid yang tertentu. Inilah budaya yang diamalkan di Negara kita. Selaku Umat Islam, kita sepatutnya bersyukur akan nikmat yang dianugerahkan kepada negara kita. Sebab kita mengamalkan suruhan agama secara terbuka dan tiada ketakutan.
Bulan Ramadhan lebih sinonim dikatakan dengan bulan tiada makan dan minum disiang hari( berpuasa). Kanak-kanak mengetahui asas sebegitu. dan semakin dewasa mereka akan lebih mengerti apakan yang dimaksudkan dengan berpuasa, hikmah dan tujuan kita berpuasa. Namun Tipikal orang kitani kadang-kadang keliru dengan istilah puasa. Hanya tidak makan dan minum hingga waktu maghrib, bahkan ada penyakit yang datang setahun sekali - gastrik.
Ramadhan peluang untuk makan diluar, berbelanja lebih sikit dari biasa, makan makanan yang lazat-lazat sesuai keinginan atau 'liur orang berpuasa'. Berlebihan ini yang dilarangan dalam agama kita. Jangan dicemari bulan puasa dengan perkara yang tidak diingini. Dan janganlah menimbulkan pertanyaan kepada non-muslim hingga keliru dengan puasa ini. Makan dan minum tidak boleh tetapi maksiat tetap berlaku. Puasa Umat Islam berbeza dengan puasa yang diamalkan oleh agama lain..'Mereka tidak makan dan minum seharian' tetapi kita diperbolehkan untuk bersungkai apabila waktu Maghrib.
Ramadhan..Zakat, Tedarus, Terawih, ziarah pusara, bertahlil diantara yang lazim diamalkan. 11 rakaat Terawih yang dilakukan adalah lebih afdal dilakukan dibanding 23rakaat yang dilakukan dengan terburu-buru. Berpada-pada membaca Al-Quran. Membaca dengan laju dengan hasrat khatam awal sebaiknya dielakkan. Sebaiknya membaca dengan khusyuk dan menjaga nahu serta sarafnya adalah lebih dituntut.
Jadikanlah Ramadhan ini bulan memperbanyakkan amal ibadah. Marilah kita bersama-sama menyemarakkan bulan Ramadhan dan mensyukurinya kerana diberi peluang untuk bertemu Bulan Suci ini.

Friday 21 August 2009

Salam Ramadhan

Pertandingan Akhir Pencak Silat

14 Ogos 2009 - 19 Ogos 2009
Dewan Serba Guna, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Anjuran PERSIB sempena Hari keputeraan KDYMM yang ke 63 tahun.
Sayembara Pencak Silat telah berakhir pada 19 Ogos 2009. Yang Amat Mulia Pengiran Anak Kharul Khalil bin Pg Syed Hj Jaafari, telah dijemput selaku tetamu kehormat majlis, dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada juara-juara. Penutupan dilansungkan dendan cara beradat iaitu menyarungkan semula keris sebagai lambang berakhirnya gelanggang pertandingan.




Barisan Wasit dan Jawatankuasa Teknikal yang bertugas.
Juara keseluruhan disandang oleh Majlis Sukan ABDB (6 Emas) dan seterusnya diikuti oleh Daerah Tutong (4 Emas).


Pesilat Sekarang lebih membuka mata untuk bertanding. Hanya bersaing d gelanggang yang disediakan. Selepas bertanding tiada rasa dendam dan sakit hati. Inilah yang dinamakan Semangat kesukanan. Yang juara akan cuba mengekalkan kejuaraan dan yang tewas akan berusaha untuk meraih gelaran juara. Untuk Juara boleh dicapai tetapi untuk mengekalkannya memerlukan stamina, mental,semangat dan latihan yang mantap. Kepada juara..berusahalah lagi bagi pertandingan antarabangsa seterusnya mengharumkan nama Negara. Pencapaian adalah sejarah diri dan sebagai 'value added' peribadi. Dan yang kurang berjaya, jangan mudah patah hati untuk berusaha.

Monday 17 August 2009

Sunday 16 August 2009

Outing bersama Gemilang@Pulau Kg Tg Maya

Hari Juma'at yang lalu, ku telah dijemput oleh oleh teman ( Persatuan Gemilang) untuk sama-sama menerokai Pulau Kg Tg Maya. Acara dimulai dengan senaman/tarian Poco-poco (yang lazim dilakukan oleh penduduk kg ini setiap minggu). Aku yang baru mengatahui langkah poco-poco ini merasa kaku. Namun setelah diajarkan, semakin seronok dan ternyata senaman riadah yang menyeronokkan. Aku yang hadir bersama temanku, telah ditunjuk ajar dan tips untuk mengambil gambar yang lebih elok. Rasanya tidak rugi kami turut serta bersama-sama yang pakar, dan berharap akan ada lagi peluang sebegini. Terima kasih kepada keluarga HAR atas jemputannya.



Peralatan untuk Macro belum mencukupi. Tetapi inilah hasilnya

Dari Negara Korea mewakili UNESCO, untuk mengkaji tumbuhan yang ada. Penerangan diberikan oleh DR Hamzah HAR. Mereka dibawa melihat secara dekat mengenai tumbuhan yang ada. Cara-cara menangkap burung juga telah ditunjukkan.

Friday 14 August 2009

testing

Menggunakan windows 2007 untukposting ke dalam blogger

Monday 10 August 2009

Jerebu@Tutong


Negara kita sekali lagi menerima dugaan...H1N1 dan sekarang Jerebu...cuaca pun terasa panas..Apapun dengarlah nasihat daripada Kementerian Kesihatan kitani..banyakkn minum air putih..kurangkan aktiviti luar dan sebagainya..

Sunday 9 August 2009

Masjid SOAS dan Jame 'Asr

Percubaan kali pertama shootin' masjid waktu malam. Pastinya banyak perkara yang perlu diambil kira seperti dari segi cahaya, sudut dan sebagainya..memang seronok cuma banyak shoot yang tidak berhasl...maklum still learning..learn from d mistake..aku ada menerima nasihat dari yang ku kira mahir dalam bidang ini.."gambar saja dan dari sana belajar untuk setting"..."The more u shoot, the better u shoot". Masjid memang sudah lama ku hajati dan semalam barulah tercapai. Setelah latihan di Kompleks Sukan Menglait, ku gagahi jua untuk mengambar..Bekarih Bejarih Beluruh...Anilah diantara hasilnya..jika ada komen, dipersilakan..dan terus berikan teknik untuk ku pelajari..Terima Kasih.

Masjid Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, NBD


Masjid Jame 'Asr Hassanil Bolkiah, BSB




Masjid tempat kita beribadah, beruzlah dan mengenal diri. Tidak lama lagi Bulan Ibadah akan menjelang. Bertambah meriahlah masjid dengan Jemaah bersolat Terawih..Bersyukur lah kita selaku Rakyat Brunei kerana sentiasa berasa tenang dan aman untuk beribadah dibanding dinegeri lain. Jika di Zaman Rasulullah pada mula syariat Islam, kaum muslimin waktu itu beribadah dalam ketakutan dan bersembunyi. Tetapi dengan kewibawaan Rasulullah dan bimbingan Illahi, Syiar Islam semakin berkembang dan kuat...Tetapi sekarang kenapa Dunia dan Umat Islam sepi bila sejarah berulang? Sama-samalah kita berdoa agar kita sentiasa berada dalam keadaan beriman..Amin

Saturday 8 August 2009

Wah Kenapa nie?


Aku terkejut bila melihat tiang lampu isyarat seperti hendak tercabut..Anak-anakku pun hairan, katanya barangkali ada org kuat cuba ambil lampu tersebut ehe..ku nyatakan bahawa mungkin ada kereta yang terlanggar. Ku tanya isteriku adakah hal ini sudah ada sedari pagi td? mungkin baru berlaku..
Berhati-hati bila memandu..jangan jadikan nyawa sebagai taruhan. Jangan kecuaian kita menjadi punca nyawa hilang dan rosak harta benda. Tentunya harus membayar ganti rugi kepada kerajaan akibat kerosakkan tersebut...

Tapi mungkin juga dalam fasa mengubahsuai dan menggantikan dengan jenama produk baru..ya itulah yang sedang diusahakan....Renovation....menggantikan yang lama

"Ya Allah jauhkan kami dari wabak penyakit, kesengsaraan dan kesusahan, dekatkanlah kami akan rahmatMu, redhaMu dan nikmatMu..sesungguhnya kami terdiri dari hamba yang lemah..Amin" enantiasalah kitani sama-sama berlindung pada Al-Malikul Mulk.

Monday 3 August 2009

Suria Merah



Sunday 2 August 2009

Manifestasi Kasih Sayang

SELAMAT HARJADI YANG KE 7 TAHUN
Setelah menunggu hari yang sesuai, akhirnya kami suami isteri berjaya merayakan hari ulang tahun anak sulung kami yang ke 7 tahun. Majlis dibuat secara sederhana sahaja. Tiada iringan muzik, bouncer atau permainan hiburan. Namun kami menjemput anak muda tempatan yang mempunyai bakat dan kemahiran bermain silap mata. Syukurlah dengan adanya magik trik ini boleh menarik perhatian jemputan yang hadir dan lebih mengembirakan lagi, kami berjaya memenuhi impian "Mr birthday boy' melihat magik trik secara lansung. Terkebil mata dan tersenyum kehairanan apabila benda di tangan boleh berganda, bila daun terup boleh hilang, dalam kotak kosong ada keropok dan gula-gula. Aku sendiri merasa hairan dan kagum dengan kebolehan anak muda ini.

Majlis sambutan ulang tahun dimulakan dengan bacaan doa selamat dan seterusnya ucapan ringkas daripada anakku. Sengaja ku buat bagi menimbulkan daya keyakinan diri anakku..walaupun sangat ringkas namun ucapannya didengar oleh para jemputan dan disusuli dengan sorakan..

"Selamat Ulang tahun Md Zawir, Ayah dan mama mendoakan agar sentiasa menjadi anak yang soleh, pintar, tahu hikmah dunia, dianugerahkan kesihatan yang baik, selalu berada dalam naungan dan redha Illahi."


Manifestasi kasih sayang daripada ibubapa kepada anak. Sungguh sedap hati bila memenuhi impian orang yang kita sayangi

Jalan Naik Taraf


Alhamdulillah..akhirnya usaha bapaku berhasil. Beliau telah berusaha untuk memohon agar jalan masuk ke rumah dinaik taraf. Untuk renungan bersama, sketsa usaha bapa ku memang menghadapi dugaan. Pada mulanya..untuk mengubah suasana kampong, keadaan kampung, membuat perubahan, beliau menghadapi berbagai rintangan..dikata memandai-mandai, mendapat kejian. Tetapi beliau masih bersabar dengan kerenah tersebut. Saya yang mendengar semua itu terasa meruap tetapi dinasihatkan oleh bapa untuk bersabar. Nah sekarang apabila usaha bapa mendapat hasil dan menampakkan kemajuan, ramai warga kampung memuji..Memang inilah resam dunia. dan inilah ragam manusia yang selalu memandang negatif pada sesuatu perkara tanpa memikirkan dahulu kesannya. Dan inilah dugaan untuk menuju hala tuju yang lebih baik dan maju. Bapa bukan ketua kampung, cuma ahli MPK kampung. Banyak usaha beliau untuk memajukan kampung. Ini adalah bagi keselesaan semua. Kadang-kadang aku sendiri bertindak sebagai jurutulis, jurutaip dan tempat bapa berbincang. Sudah dewasa ini, bapa semakin percaya pada kebolehan anak-anaknya..Syukur pada asuhan kedua ibubapaku dan anugerah Allah yang memberikan kecerdasan akal fikiran. Dan Kepada kerajaan KDYMM, kami sekeluarga dan seluruh warga kampung mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas keperihatinan Baginda untuk melihat kesenangan dan kemakmuran rakyatNya.